Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, April 5, 2010

Sibuk di Hujung Minggu...

Hujung minggu yang sibuk...

2 hari aku tak dapat menjengok Blog...dan 2 hari juga aku tak dapat ber Facebook...

Hari Jumaat malam sudah ke majlis berinai di Setiawanga.

Hari perkahwinan anak pada adik sepupu suamiku...

Suami dan juga isteri adalah sepupu cik abang...

Suaminya sepupu sebelah mertuaku...isterinya pulak...sepupu sebelah bapa mertuaku.

Jadi orang kata kiri kanan terkena..tak boleh nak mengelak dari pergi untuk majlis berinai & langsungnya.

Anak sulong perempuannya yang cantik...menikahi pasangannya yang tampan...bagi aku sama cantik sama padan.





Majlis berinai malam tu ...pengantin perempuan memakai pakaian songket dan bersanggul lintang Melaka.  Dipakaikan oleh neneknya yang juga mak sedara suamiku ...Mak Busu adalah mak andam dari muda lagi...cuma sekarang aktiviti mengandamnya dah berkurang.  Dia diambil dari Melaka oleh anaknya untuk memakaikan sanggul lintang kebanggaan pengantin perempuan di Melaka.



Aku memang suka tengok pengantin memakai sanggul lintang.  Aku suka yang tradisional...sebab yang baru ni dah banyak diubah suai.

Tak ketinggalan malam berinai besar itu dihiasi dengan permainan bunga api buluh..yang juga didatangkan dari Melaka.



Anak2 yang melihat itu bersorak gembira...

Majlis malam itu dan keesokan harinya berlangsung meriah dengan kedatangan sanak saudara dari Melaka.  Maklumlah inilah kali pertama mereka menyambut menantu...

Okay...jom layan gambar pulak ye....






...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

9 comments:

Zareda Norman said...

hebat majlisnya.. semoga kedua pengantin kekal bahagia dunia dan akhirat

Sya said...

Sayangnya aku miss majlis ni.. jahat ko tak ajak aku.

pB said...

sakan ...

Diarihatiku1976 said...

suka tgk pelamin dia.. 2010 memang konsep gini ekk...

RaFFLeSiA MeRaH said...

meriah sungguh la kak....apepun slmt pengantin baru wat kedua-dua mempelai....

Kak anie said...

Zar...semoga kekal bahagia...sebab masing2 pun masih muda tu...banyak dugaan yang perlu dilalui nanti...

Sya...hahahah...aku lupa lah nak beritau kau...kelam kabut ari tu langsung tak sempat nak sms atau call kau...

PB...meriah...

Diarihatiku...pelamin dia memang cantik...simple but sweet...

RF...terima kasih...kalau diorang ada anak nanti...bertambahlah cucu sedara akak...hehehe

Kaktiny said...

comeynyer pengantin..

lawa la pelamin dia..

kalau anak2 tiny tgk bunga api tuh, mau melonjat-lonjat diorang..

Alina... said...

eh eh eh betullahh... mmg cantikk pengantin pompuan.. mmg sepadan nau...

aNIe said...

Tiny...pengantin perempuan tu tak jemu mata memandang...


Alina...memang cantik...sepadan...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails