Sekarang...orang sudah mula sedar tentang pentingnya kesihatan.
Ramai orang sedar tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat.
Ramai yang dah mula beriadah...bersenam...berjoging...mengambil segala jenis 'supplement' atau pun makanan kesihatan untuk menjamin diri sentiasa sihat.
Alhamdulillah...kerana dengan keadaan diri dan kesihatan yang baik...kita boleh menjalankan ibadah dengan lebih mudah tanpa halangan.
Aku pula...
Kesedaran tentang pemakanan sihat memang telah lama ada.
Sejak aku melakukan pemeriksaan menyeluruh tentang kesihatan di Hospital Putra Melaka dahulu..(ceritanya disini)...aku pun kalau boleh sedaya upaya ingin mengamalkan pemakanan sihat...
Cuba sedaya upaya mengelakkan makanan segera dan juga minuman 3 in 1 yang menjadi kegemaranku.
Cuba sedaya upaya mengelakkan makanan bergoreng dan berlemak...
Cuba sedaya upaya mengelakkan makanan yang berkolestrol tinggi...
Apakah aku berjaya...?
Hmmm....rasanya aku cuma berjaya mengurangkkannya...tapi sukar untuk mengelakkan.
Pada awalnya dulu...aku dah berhenti membeli minuman 3 in 1...
Dulu....stok minuman 3 in 1 aku...hehehe
Dulu....stok minuman 3 in 1 aku...hehehe
Sekarang...aku dah mula membeli dan mengumpul semula minuman 3 in 1...cuma aku kurangkan meminumnya...mungkin 3 kali atau 2 kali seminggu aje.
Sekarang ..tinggal yang ni aje...
Makanan...dulu...aku banyak mengambil makanan2 yang kurang menggunakan santan...selalunya 1 kali seminggu...dan mengelakkan nasi lemak...
Tapi sekarang aku dah mula memasak makanan bersantan...sebab anak bujang aku ada di rumah dan dia memang suka makan...dan rasanya dia dah tak larat makan makanan bersup aje...dia suka masak lemak cili padi...sesekali nak juga makan kari...
Jadi...sekarang dalam seminggu aku akan masak masakan bersantan 2-3 kali seminggu termasuk nasi lemak...
Benar kata jurucakap makanan kesihatan dahulu ....
Semua atau kebanyakan orang tau tentang makanan yang elok dimakan...dan yang patut dielakkan...
Tapi...untuk mengamalkannya adalah sesuatu yang sukar...
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
15 comments:
anie..akak pun dah lama sedar...kesedaran memang ada..tapi melaksanakanya yang kurang berjaya..
nasib baik tang minum tu..100perct..akak berjaya..sebab akak minum air masak je..
kak anie..roti canai sihat lagi..kalo nak sihat cer mkn roti boom..pergghh sure tebabo...kekekke
banyaknya jenis2 3 in 1 tu.. ada yg tak pernah sy nampak
erna tu jangan la ikut.. air kosong je sepanjang hayat hehe
Kak..bab makan tu susah bebenor nak menahan tekak ye...
Bestlah akak ni...anie ni sekarang kurang minuman manis...3 in 1...bila teragak aje...dah bnyk minum air sejuk...
------------------------
Idahani...roti boom...tu baru lah tebabooom!!
-----------------------
tEDl...dulu akak pantang jumpa 3 in 1 baru...mesti nak try...
----------------------
Zino...hehehe...jaga badan tu...
kak,
bakso best kat sini satu kat depan Hospital Melaka tu. Ada gerai kayu kecil arah bangunan baru hospital. Pernh 2-3 kali makan kat situ. Tapi dah jauh ke sana dan susah nak parking.
Satu lagi kat Melaka sentral. X pernah makan tp dengar2 sedap. Situ terlalu ramai pulekkk indon yg melepak.
skang kalau nak makan sangat g mydin MITC je kak. Biasa2 je lah!
OOhh....tEDl...yang bakso besar bola tenis tu ke? Aha...akak dah pi makan...biras ajak...masa tu kedai dah nak tutup...tapi ada rezeki dpt 2 mangkuk je...memang sedap...
Okay...nanti balik Melaka boleh pekena bakso MITC
Thanks tEDl
Amboi kak Anie, Lamb Aukdah tu nampak sungguh menyelerakan...beli kat mana tu kak, sini mcm tak pernah jumpa pun..huhu
hmmm..mmg kne jaga ksihatan..ksihatan adlh anugerah yg xternilai...
Berazam memang mudah.. tapi nak mengamalkan tu yang payah.. VITAMIN "M" (Malas) dan "T" (Tak Tahan) tu tebal sungguh.. huhuhu..
sama la ngan tiny ni kak.. azam tinggal azam.. cita2 tinggi melangit, nak menjayakannya??.. hmmm...
waaa...
amu mkn roti canai!
salam. anie, yang tak boleh makan selalu tu yang sedap dan itu jugaklah yang kita nak makan selalu.
Anyway.. dalam umur2 macam kakpah ni kena berjaga-jaga tentang pemakanan.
mkn lerr apa saja k.anie...tp mkn sikit dah lerr hehehe seminggu sekali or sebulan sekali ker...yg ptg kena detoks ye kak...puasa pon salah satu detoks jugekkkk
yg jadik penyakit tu klu hari2 mkn tak ingat dunia...
salam kak anie,
klu dah nak mkn apa kira kannn janji sedap.
nengok kat ruang komen ni aje semuanya promote kat tmpt maner mknan yg sedap.
Yus...aukdah tu akak makan kat seksyen 7 restoran nasi arab...memang sedap...makan dengan roti tu...berkeping2 akak makan...
-----------------------
Kaseh...betul tu...kalau kesihatan dah terganggu...atau penyakit dah menyinggah susah untuk pergi...kan?
----------------------
Tiny...nak menjayakannya tu terpaksa dengan semangat yang kental...susah tau
----------------------
Gostone...hehehe...syesyekali...
----------------------
Kakpah...sedang berusaha lah ni...hehehe
----------------------
Anon...makan sampai tak ingat dunia tu rasanya sebab dia tak sayangkan dirinya sendiri....
Post a Comment