Hmmm....macamana nak tulis ye...
Sebab aku memang tak pandai nak berdandan.
Semua orang ingin kelihatan cantik...paling tidak pun sedap dipandang mata.
Bagi aku...berdandan atau 'grooming' biarlah berpandanan dengan usia.
Kalau dah berusia nak berdandan siap dengan bulu mata palsu...lipstik yang merah menyala...memang tak kenalah pada pandangan mata.
Anak2 remaja memang sesuai dengan solekan demikian.
Tapi bagi mereka yang berusia ... dandanan yang ringan dan ringkas adalah lebih baik
Yang penting ianya sedap dipandang mata.
Untuk tips2 agar wajah sentiasa bersih...berseri...penjagaan wajah hendaklah dilakukan setiap hari.
Mencuci...membersih...mengetone (toning)...melembap adalah penting. Bagaimana sibuk dan letih kita sekalipun...3 langkah berkenaan hendaklah dilakukan tiap pagi & malam.
...Jangan lupa menggunakan penghadang matahari sebelum menggunakan bedak compact atau loose powder.
...Setelah langkah2 asas tersebut diikuti...maka bersoleklah dengan tipis.
Aku selalunya hanya menggunakan celak mata ....dan sedikit lipstik bewarna lembut yang tipis
Pakaian bagi aku ... mudah sahaja.
Pilihlah pakaian yang bersesuaian usia dan majlis yang hendak dihadiri.
Aku lebih suka bebaju kurung atau kebaya pada majlis2 formal dan menghadiri majlis perkahwinan...dan jika ke majlis yang lebih santai...aku suka mengenakan blaus dan seluar...
Untuk rambut...disebabkan aku menggunakan tudung...maka ianya bukanlah masalah besar...
Cuma sebelum berdandan untuk keluar ke mana sahaja...pastikan anda telah membersihkan diri. Gigi haruslah bersih...rambut telah bersyampu...dan jangan lupa...deodorant untuk keyakinan diri...
Video Project Alpha ...1
Video Project Alpha 2
Project Alpha -3rd Video
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
5 comments:
macam abang yunus (bukan YB) bilang, tak cantek takpe, janji baik ati, ;-)
salamm,
tiny ni mmg cukup malas nk bermake up bagai kak oii...
tengok org (esp bebudak opis) make up beria dgn bulu mata palsu semua cukup, terasa kagum sgt sbb diaorg ada masa nk belek semua tu..
kalau tiny nih.. hari2 biasa (bukan bendera jepun dtg), lepas dhuha, nk make up, lepas zohor, nk make up, lepas asar, nk make up.. uish.. nanti habis masa kat make up muka, bukan kat kerja.. hehehe... takdak masa la kak oii nk ngadap cermin lama.. hihihi
Tb...heheh...leh caya ke orang laki ni...baik hati itu sudah mesti...tapi cantek itu untuk suami...kalau tak nanti suami pandang yang cantik...berpusing muka tu...kalau tak cantik pun...biar enak dipandang mata...
-------------------------
Tiny...betul tu...tak payahlah nak bermekap bagai...sebab apa yang diberi ALLAH dah cukup cantik..cuma kita kena jaga apa yang telah diberi itu dgn baik...jgn diabaikan...
Bulu mata pelesu..? Alahai!! Takpayahlah...leceh nak bersolat semua nanti..
Memang takde masa nak menelek muka lama2 kan...ala kadar sudah mencukupi
Dulu2 masa muda2 masa bujang trang tang tang memang rajin lerr menepek make up kat wajah ini. la nie yg penting penjagaan muka...muka bersih, kulit sihat, tak pakai bedak tebal sangat pun dah ok.
Betul tu mokcik...nanti kalau silap tempek macam opera wayang cina...hehehe
Post a Comment