Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, April 20, 2010

Maafkan Aku...Ibu kau Memang Tak Bertanggungjawab...

Kelmarin...semasa nak menghantar Farhan ke sekolah pagi2..aku tak sangka pulak si kecil ni ada duduk di bawah keretaku...

Lalu mungkin aku terlanggar dia sedikit membuatkan dia cedera...

Balik dari sekolah Farhan...aku terlihat dia duduk diam dihadapan gate rumahku...aku cuba angkat...tapi dia pula begitu garang dan mencakar aku...

Aku lihat kaki dia berdarah..tapi aku takut nak angkat...bila Ude balik...terus Ude angkat dan alihkan dia di tempat yang lebih selamat.

Keesokan harinya aku lihat dia terpisah dari emak & adik2nya yang lain.  Akibat kakinya yang sakit...dia tak berkemampuan untuk mengikut mereka...lalu dia tersadai di tepi stor belakang rumah aku.

Aku kemudian mengambilnya ...ku lihat matanya tertutup sakit penuh bernanah...tubuh tak berdaya kerana tak menyusu semalaman...

Aku ambil kapas...ku bersihkan matanya...lalu ku titiskan ubat...

Aku ambil sedikit susu dan makanan utknya...

Dia makan dgn begitu berselera...



Habis merawatnya...aku memasukkannya ke dalam sangkar...

Niat hati mau menjaganya sehingga dia sihat.

3 hari aku merawatnya...aku lihat dia kian cergas...dah boleh berlari..

Lalu aku letakkan dia bersama ibu dan adik2nya yang lain.

Gembira hati melihat dia berlari2 bersama mereka.

Selang beberapa hari...dia dah tak kelihatan...begitu juga ibunya...aku rasa mereka dah ke rumah jiran sebelah.

Tetapi...malangnya...pagi tadi semasa foreman kereta mengambil kereta Naza ku untuk diservis...baru aku ternampak dia sudah terlantar... tak bernyawa..mungkin dah seharian di bawah tu.

Aku rasa sedih...sebab kalau aku tau dia masih tak berdaya lagi...
pasti aku tak lepaskan dia bersama ibunya yang tak bertanggungjawab itu...

Maafkan aku...






...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

21 comments:

afiq said...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! sedehnyer!!!

sI tEDI said...

Ya Tuhan!

Saya tersenyum baca dari atas.. mahu sahaja saya taip
'kak, simpan kan dia untuk saya;.

bila ke scroll ke bawah. Airmata tumpah.

kakanie sudah buat yg terbaik untuk dia. tentu dia berterima kasih,

R.I.P si hitam yang comel :((

sya said...

Kat rumah aku sume anak Jihu mati.. anak dia lahir kecik2 last2 ni yg terakhir mati

idahani said...

uwaaa...tulah sebabnya naper saya x nak bela kucing kak..sedih sgt2 bila dia mati.

Zareda Norman said...

kak anie

saya pun tgh sedih, si comel saya yang dah gemok gedempol dan dah jadi teruna sunti yg sangat gentleman dan hensem.. dah dua hari tak balik.. :(

gitulah kalau tak betul betul kuat hati, memang tak moh dah pandang kucing kucing ni.. sedih giler kalau depa hilang, mati atau tak balik balik cam ni

f is fikah said...

sedihnya..
lagi sedih bila kuceng2 kesayangan 'pergi' waktu saya takde kat rumah.
haru sangat rasa.

shafarina said...

Ala kak, nangis dah ni. Tp akak jgn sedih tahu, bukan salah akak sepenuhnya. Anak kucing kan mmg lasak sket. Kena buli dgn adik beradik dia tu kot.

KAKTINY said...

huhuhu.. sedey la plak..
tapi kan.. dh sampai waktunya dia utk pergi kak..
jangan salahkan diri akak...

takper, nanti bela yg lain plak yer..

Sari Yusa Ibrahim said...

sedey..

jalilah_jy said...

kak anie jgn rasa terkilan kak.. akak dah buat yg cukup2 terbaik.. ilah pun tak akan termampu buat mcm kak anie buat... relakan dia ...

MOKCIK AZWA said...

u have done ur best kak..takdir tak dapat kita nak menahannya..selamat berpisah si hitam yang comel.

HANDMADE OWNER said...

takziah...pegi juga ia...jgnsedih2 yer

"MULAN" said...

dah sampai ajal dia.. tapi sedih gak la..

aiDieNa said...

Alahaiii.. sedehnyer entry nie..

Kak anie said...

afiq...memang sedih...sebab akak tengok ari tu dia dah sihat...

-------------------------

tEDl...akak lepaskan dia sebab dia masih menyusu dengan maknya...mak dia pulak bukan kucing akak...kucing mendatang...liar sungguh...nak ditangkap dari kecik dulu pun tak dpt...jadi anak2nya semua ikut dia bermusafir...

---------------------------

Sya..ni anak si cemong...dia beranak kat dalam store aku...dah besar dah...dah pun dibawa kluar dari stor...tapi malang semua tak panjang umur...dah tinggal sekor je ngan dia...tu pun dah ditinggal2kan

-------------------------

idahani...akak sekarang pelihara sekor je Lolly...memang kurung dia dalam rumah...takut nak bagi dia kluar...si hitam tu anak kucing mendatang...tapi sebab dia terluka akak rawat sampai sihat...tak sangka pulak memang nyawa dia tak panjang

-------------------------

Alahai zar...sedihnya...kalau dah besar...dah bulat camtu ilang ntah kemana...takut dicuri orang kot...atau dia pergi cari girlfren kot...

Akak doakan dia balik...akak tak sanggup kehilangan si lolly akak ...sebab dah sayang giler kat dia...

-------------------------

fikah...si hitam tu anak kucing mendatang...maknya berpindah randah...tapi beranak dlm stor akak...pastu anak2 dah besar dia dah bawak kluar...tapi tak pandai jaga tinggal sekor je tu

Orang kata kadang2 kucing ni merajuk bila orang yang biasa menjaganya takde...

---------------------

Shafarina...mak si kecik tu liar...akak nak tangkap pun tak dpt...dia tak pandai jaga anak...di bawa anak2nya bermusafir...tinggal sekor je lagik tu...ntah mana dibawanya pun akak tak tau...dia selalu duduk di belakang rumah jiran...

------------------------------

Tiny...si itam tu akak tak bela...akak amik dia sebab dia terluka...tapi rasa kesian sgt sebab akak lepaskan dia pada mak dia sebelum dia sihat betul...akak ingatkan dia dah sihat sebab berlari2 dgn maknya...

--------------------------

Kak anie said...

Sari Yusa...akak sedih sebab dia masih kecil...tapi mak dia abaikan dia...akak ingat dia dah pulih betul

-------------------------

Jalilah...semasa mengangkat dia terasa bersalah dan meminta maaf pada dia...sepatutnya akak kurung dia barang seminggu...tapi takut pulak nanti mak dia akan sisihkan dia kalau kita ambil dia terlalu lama...

-------------------------------

Mokcik...selama ni dia adik beradik memang suka bermain di bawah kereta2 akak...tiap kali nak start kereta mesti jengah di bawah ada anak kucing tak...walaupun tak memeliharanya...akak sedih sebab terjadi di depan mata...dan dia pergi sebab mungkin tak berapa sihat lagi

--------------------------

Handmade...dulu masa kucing peliharaan mati...berhari2 sedihnya..kali ni akak rasa sedih dan bersalah...

--------------------------

Mulan...dah sampai ajalnya kan?

-------------------------

aidiena...akak yang melepaskan dia sebelum masa bersama maknya lagilah rasa sedih...

iina said...

Sampai situ jelah hayat dia kan.. tapi memang kucing yg datang dan pergi memang xkan sama.. mak saya di kg suka bela kucing.. dah byk yg silih berganti.. bila sekor mati memang sedih ;)

nbk466 said...

K.Ani...jodoh & ajal ditanganNya..hu.hu..hu..

Mommy Lyna said...

mula2 td igtkan ada orang buang baby lagi huhuhu.

Masy said...

alahai cedeynye.. huhuuh

dah ajal dia kak. takpe ler.. at least akak dah usaha nk pulihkan dia..

kak anie said...

iina...tu yang akak dah takmo bela banyak2 lagi...tinggal sekor lolly je..tapi sedih juga tgk kucing2 yang mendatang tu...

NBK...betul tu...

Mommy Lyna...ibu kucing yang buang baby...

Masy...akak sedih sebab akak bela dia masa sakit...ingatkan dia dah baik

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails