Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, April 26, 2010

Kalau Dah Bukan Rezeki...

Semalam balik ke Melaka sebab cik abang tak balik Shah Alam...

Cik Abang ada program...

Jamuan Majlis Makan Malam Persatuan Karate Melaka...dan  Jasa Mereka Dikenang.



Cik abang beriya-iya suruh aku pulang..

'Balik le ni...abang dah bookingkan meja untuk anie dgn anak2...ada cabutan nombor bertuah'

Hehehe...cabutan nombor bertuah tu yang menarik bila ada Jamuan Makan Malam.

Majlis dihadiri oleh TYT Negeri Melaka dan Ketua Menteri Melaka.

Berbagai persembahan di majlis tersebut termasuk persembahan karete oleh ahli2 persatuan tersebut...

Makanan yang dihidangkan ada masakan 'chinese style'


Makanan dah abis baru teringat nak ambil gambar...tgk tu...sekelip mata aje makanan abis dihabiskan oleh Farhan...Fareez & anak sedaraku Wafy & Qayyum...(mak2 budak makan sikit je tau)


Tak abis nak posing bebudak ni...


Ramai yang menanti hingga ke akhir majlis kerana acara terakhirnya ialah cabutan nombor bertuah.

Semasa nombor2 di cabut...adik adik ipar yang datang bersamaku semua mendapat hadiah masing2...

Biras ku Ita & adik ipar aku dapat hamper makanan kesihatan.  Biras lelaki aku dapat handphone...dan yang paling bertuah adik ipar lelaki aku iaitu adik pada cik abang memenangi sebuah 'mountain bike'.


Adik ipar berposing dgn basikal yg dimenanginya bersama isteri...

Seronok melihat mereka yang kegembiraan mendapat hadiah2 tersebut.  Anak aku Farhan beriya-iya menanti hadiah utama sebuah motorsikal...hehehe  ...

Dah berangan...'Pakcik menang motor...'

Tapi sampai di akhir majlis...orang lain semua bawak balik hamper dan hadiah...aku 4 beranak tak dapat apa2 pun.  Aku cakap pada adik2 ipar yang lain...

'Tak apa lah...korang bawak balik hadiah...aku datang dari Shah Alam...bawak ajelah cik abang aku balik..itu lagi beharga....heheheh'

Tulah orang kata...kalau bukan rezeki memang tak akan sampai kepada kita.  

Kesian Farhan angan angan tak kesampaian...hehehe...


Mak mak dara sempat posing sebelum balik...
tak dpt hadiah pun muka tetap senyum



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

6 comments:

Zareda Norman said...

dapat makan pun dah ok dah tu... heheheh

shafarina said...

hot pink momma! tapi at least dapat makan best kan kak. saya pon bukan jenis yg bertuah sgt klu lucky draw nih.

MOKCIK AZWA said...

yang pakai baju merah jambu tu paling cun sekalik...takper la kak, tak dapek hadiah bertuah pun yang penting seronok outing dgn famili..[cover line...mokcik pun pernah mengalami peraasaan sedemikian...huhuhu]

Kaktiny said...

tiny mmg setakat hari ni tak penah bertuah kalau ada cabutan bertuah nih.. jadinya, tak penah nk aim utk menang hadiah....
so, enjoy makan je la. hihihihi...

Kak anie said...

Zar...ye jugak kan...dpt makan tu pun rezeki kan...hehehe

Shafarina...ada ke anak akak kata akak dah berat...jadi nombor ikut tuannya...hehehe...tak patut betul

Mokcik...hehehe...yg syok dpt bersama kengkawan...

Tiny...dulu akak ni selalu lah bertuah...sekarang dah kurang tuahnya...maybe bertuah tempat lain...

Mak Su said...

tak apalah kak, dapat makan pun sodap :)

kak, yg mana satu? merah, biru putih, biru biru atau kuning langsat?

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails