Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Saturday, April 24, 2010

Rindunya Melaka....!!

Rasanya dah hampir 2 bulan aku tak menjejakkan kaki ke negeri kelahiranku Melaka.

Tiap kali hujung minggu selalunya cik abang yang balik ke Shah Alam...

Hari ini...

Aku sudah berada di Melaka...sampai sahaja tadi ...aku dan anak2 terus ke Klebang...

Apa lagi...pekana 'coconut shake' yang sedap tu le..



Hmmmm....bagai hilang rasa haus dahaga dalam perjalanan...



Kalau balik Melaka aje...memang agenda hari2 penuh dengan
makan...makan...

Dalam kepala dah berangan....

Nak makan mee goreng bodoh...hehehe...kelakar kan nama ni...

Orang panggil mee goreng bodoh sebab...mee tu takde perencah lain...kecuali taugeh & sambal...

Rasanya kalau orang Melaka memang tau kat mana mee bodoh Tengkera ni...

Nama aje bodoh...tapi pelanggan berderet2...

Kemudian...mungkin esok nak ajak anak aku Ude pi tunggang motor aje ke Kampung Jawa...

Kat Kampung Jawa tu ada satu gerai jual satay yang terkenal di Melaka...sebab kat kedai dia aje yang ade jual sate kerang....Yummmy!!!

Balik dari Melaka esok kami ingat nak singgah Klebang atau Pulau Gadong...sebab semasa nak balik tadi aku nampak ada orang jaul kupang & pepahat...

Rasanya balik kali ni tak dapat nak pekena Asam Pedas Hajjah Mona di Kota Laksamana...sebab malam ni kami ada jamuan di Sri Bendahara...

Hmmm...ntah bila lah lagi nak pi makan Asam Pedas yang terkenal tu...

Kalau balik sekejap2 ke Melaka ni memang tak puas nak melayan tekak yang dah lama mengidam nak makan macam2...

Yong Tau Fu  Pantai Rombang....Nasi Lemak Penjara...hmmm....mungkin lain kali kot...






...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

13 comments:

tunbegia said...

sungguh sedap makan coconut float,

salamm,

Kiah Kardashian said...

wahhhhh ini betul balas dendam ni kak!....hehehhe....aduh...meriah dengan makan kan. Kat JB pun mmg meriah makan makan....

myQza said...

kak anie, dulu sy selalu minum coconut shake kat bachang, sekarang kat situ dah tak besh. kat klebang juga yg besh!!

satay kg jawa mmg best. Turu temurun kat situ. sayangnya nak g parking mmg susah!

idea bagus naik motorkan?

zino said...

kek mano nak cari asam podeh yg best kek banda melako tu tak jumpo2 hehe

Kopi Suam said...

kak ani saya balik hujung minggu depabn..coconut shake tu pun sedntiasa aje berderet org menunggunya..

kalau akak dtg makan yong tau foo (pantai puteri) calling ke umah saya dekat sgt kat sit...


jemput le jenguk blog saya shopping t-shirt muslimah..
http://arkedcyber.blogspot.com

ida napi said...

wuihh kak..blk kg jer terus bjln eh..siap jln2 carik mkn lagi..mkn utk saya skali yer..hehehe

Merah Baldu said...

salam k.anie..dah lama xminum coconut shake..dah terliur ni..kat s.alam ade x akak??

iina said...

wah kak nama2 makanan tuh memang canggih betul ler hehehe.. mee goreng pandai ada tak kak?? hehehe

Kak anie said...

TB memang sedap...terasa hilang rasa haus tekak ni...

------------------------

Cik Kiah...walau ke mana jua kita berada kita sering menrindui makanan tempat asal kita kan?

------------------------

tEDl...tulah pasal...tempat tu sempit...susah nak parking...akak suka pergi naik motor aje ngan ude...selit sana selit sini sekejap je sampai...tapi kadang bila hari cuti orang ramai...lambat sikit dah abis.

-----------------------

Zino...kedai Hajjah Mona tu bukak malam..di Kota Laksamana...kalau tak pun ada kedai yang berdekatan guna claypot pun sodap...tapi bukak malam hari jugak

------------------------

KS...memang ramai giler...yang nak membungkus tu berderet yang duduk makan sentiasa penuh...

OOh...rumah dekat2 situ je ke...okay nanti kalau ke sana akak calling2...

----------------------

idahani...kalau balik melaka memang jalan2 cari makan je...hehehe...sedap dah lama tak pekena makanan kegemaran di Melaka...

----------------------

Merah Baldu...anak akak suruh akak bisnes kat shah alam...hahahhaa....

----------------------

iina...mee goreng pandai banyak...yang bodoh tu satu je...heheheh

Ibu Sayang said...

Salam,

Boleh kita betulkan tajuk entri ni ... BALIK KAMPUNG CARI MAKAN. hihihi

Bila nak tunjuk gambar nasi lemak penjara, I tergodalah you....

Chop!! mi bodoh pun I also tergoda you

Zareda Norman said...

zar dah minum coconot eskrem tu kat pasar malam jengka 3.. memang sedaplah. Sesekali balik kg memang tekak teringin macam macam..

NaniRostam said...

Aduh Anieeeee........kau membuat ku terpanggil mahu singgah ke Melaka walaupun hampir setiap weekeng aku hanya lalu lalang sahaja. Ini nak kena calling2 Yusnita ni....

Shah said...

Wah..semuanya menyelerakan. Isteri saya orang Melaka tinggal di area Klebang. Selalu lalu sahaja gerai coconut shake itu bila cuti sekolah. Tapi sampai sekarang masih belum berkesempatan nak merasa. Malas nak beratur panjang. Rupa-rupanya begitu rupa coconut shake tersebut (gambar). Nampak sedap. Patut lah ramai pelanggan sanggup berbaris.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails