Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, April 15, 2010

Itu HANTU...Namanya....

Ada orang ...kawinkan anak dapat menantu....

Ada pulak...kawinkan anak dapat HANTU...

Semalam aku terdengar keluhan seorang isteri di Hot FM

Menamakan dirinya Along...wanita ini telah mendirikan rumahtangga selama 3 tahun

Dan selama 3 tahun itu juga suaminya tidak pernah menerima ibubapanya sebagai mertua.

Tiada langsung rasa hormatnya pada mertua.

Along begitu sedih memohon maaf pada ayah dan ibunya kerana dia tidak menyangka tindakan dia mengahwini lelaki itu akan mengakibatkan hubungan dia dengan keluarganya menjadi sedemikian rupa.

Dia memendam rasa kerana suaminya tidak pernah menerima dan menganggap ibubapanya sebagai mertua.

Tidak juga pernah memanggil mereka dengan panggilan yang sepatutnya.

Disebabkan sikap suami tersebut...Along hanya pulang ke kampung sekali sekala sahaja kerana ingin menjaga hati ibubapanya.

Kerana setiap kali pulang ke kampung pasti akan menimbulkan pertengkaran antara dia dan suaminya.  Suaminya tidak membenarkan ayah dan ibunya bermain2 dengan cucu cucunya.

Kadang terdetik di hati Along perasaan kesal kerana mengahwini suaminya itu.

Inilah yang dinamakan...'Bunga disunting ...perdu dipijak...'

Apakah yang ada dalam kepala hotak laki dia tu pun aku tak tau..!!.

Tidakkah dia terfikir bahawa satu hari nanti...dia akan punya menantu juga...dan balasan dari ALLAH adalah lebih dari yang dpt kita fikirkan...

Semoga suami Along akan sedar dan bertaubat...
serta dapat menerima keluarga mertua seperti keluarganya sendiri...

Bukankah kebahgiaan sebuah rumahtangga itu datang dari restu ibu dan bapa?

Aku juga punya anak perempuan...situasi begini kadang membuatkan aku bimbang...tapi aku tidak pernah putus berdoa agar anak2 ku nanti bertemu jodoh dengan mereka yang soleh dan solihin...yang boleh membimbing anak2 ku dunia dan akhirat....pandai menghormati orang tua....bertanggungjawab...dan doa2ku  tersebut sentiasa meminta yang terbaik buat anak2 dan kami sekeluarga....




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

11 comments:

Zareda Norman said...

kak anie

mungkin masa proses peminangan, pertunanag dan awal pernikahan tu suaminya ada terusik hati dengan kata kata atau perlakuan ibubapa mertua.. tapi apapun memang tak patutlah buat perangai hantu kat ibu bapa mertua..

leeya said...

hmmm...rsnya ramai dah menantu yang jd hantu sekarang nih..perangai mcm haram.masa sblm kawen..bukan main lagi lemah lembut sopan santun..dah kawen..perangai mcm hape.huuu..saya mmg geraaammm je dgn menantu yg mcm hantu nih..

harap2 saya tidak mcmtu dgn keluarga mertua nnt..jauhkanlah..

pB said...

akak


isu sensitif nieee

Mak Su said...

:(

saya pun ngeri ..... moga Allah permudahkan jalan

"MULAN" said...

tu la kan.. seme tu rezeki & dugaan masing2 kak anie.. moga kita dapat menantu yg baik.

teringat masa bawak budak sekolah pi action song wakil sekolah, kami mak2 & anak2 gurau pasal anak menantu.. saya cakap dgn kawan2 zharif & marsha, nak jadi menantu saya, time raya kena balik rumah saya sebab anak saya dua je.. ternganga je budak2 tu.. entah paham ke tak..

sI tEDI said...

restu itu penting dalam perkahwinan kan kak..

suami pula terlebih sudah..

zany said...

kak anie, kadang menantu ok, mertua yg hantu, semua tak kena di mata dia, ada pulak
mertua ok, menantu yg hantu.
semua tu ujian yg DIA saja tahu, kena pandai2lah settle, mesti ada sebab musababnya.

let's share everything said...

kite dengar jugak mase Along tu call Hot FM.
cam sedih sangat dengar keluhan Along tu.

kite doakan sume menantu2 Kak Anie baek2 belaka.

© Elee Mardiana said...

Minta dijauhkan dapat menantu macam tu. Memang hantu! Masa bercinta I lebiu, you lebai... mak I mak you, mak you mak I. Lepas menikah, kalau tak ikut cakap aku, tak cium bau syurga kau! Eleh... ALLAH Maha Mengetahui siapa yang tak cium bau syurga sebenarnya!!! Geram nih... ha ha ha.

kak anie said...

Zar ...mungkin jugak lah...tapi itu tak bermaksud dia boleh buat kedua orang tua tu macam tu...mereka dah pun menerima dia...

------------------------------

Leeya...tulah...kadang menantu baik...mil buat hal...mil baik ...menantu pulak cam hantu..

Harap2 ALLAH memelihara kita dari tergolong dalam golongan tersebut

---------------------------

PB...ye ke...akak sedih masa mendengan keluhat along tu...

----------------------------

Maksu..semoga si menantu akan insaf...

---------------------------

Mulan...tulah kan...macam akak anak perempuan tu dah le sorang...kalau bernikah nanti...biarlah dpt yang baik...dan boleh bertolak ansur

--------------------------

Kak anie... said...

tEDl...memang si suami tu terlebih sudah...rasa nak ganyang je...

----------------------

Betul tu zany...segala galanya ujian ALLAH....

----------------------

lets share everything...akak sedih masa dengar tu...terngat macam kalau lah anak kita dlm situasi tersebut...sedih...!

-----------------------

Elee...tulah pasal...suami yang camtu ...tak layak cakap syurga di bawah telapak kakinya...kerana syurga dia di telapak kaki ibu tu pun tak terjawab

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails