Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, April 9, 2010

Hari Sukaneka SKBJ...

Awal pagi...sibuk di sekolah Fareez...

Ada sukan tahunan...disebabkan dia baru Tahun 3...makan Sukan mereka cuma dipanggil Sukaneka...

Selalunya dia sekolah petang...jadi sebab hari ini Hari Sukaneka...dia akan ke sekolah pagi ni...

Punyalah berkobar2 nak pergi...awal2 dia dah tido...tapi aku pulak terlajak tido...hahahaha...sian anak aku..

Walau bagaimanapun sempat sampai ke sekolah sebelum jam 7.30.

Dia suruh aku tunggu untuk tgk dia bersukan

Isssykkk!!  Malasnya nak menanti kat situ...cakap aje mula jam 8...pasti giliran dia lambat...sebab mereka ikut giliran dari Tahun 1...

Aku sampai ke sekolah jam 9.30...tepat2 ketika cikgu mengumumkan Tahun 3 menuju ke padang.

Anak2 yang berseronok di padang tak rasa akan kepanasan yang menyengat...





Aku cuma duduk di bawah kemah...sementara menantikan acaranya.

Semasa aku datang ke kemah pelajar...aku mendekatinya untuk mencium pipinya...tapi dia lari...dan terus berbisik...

'Ibu jangan cium Aeez kat sini ler...ibu pi duduk kat kemah tu...'

'Kenapa...aeez tak sayang ibu eh...'

'Bukanlah...nanti kengkawan aeez nampak ibu cium diorang cakap aeez anak manja...'

Heheheh...sebenarnya aku lagi nak menyakat...tapi dia dah lari...

Acara berlangsung sekejap aje...suka pulak bila memanggil nama2 acara yang akan berlangsung...semua acara dinamakan menggunakan peribahasa...

...Seperti pungguk merindukan bulan...

...Pucuk dicita ulam mendatang...

...Seperti menatang minyak yang penuh...

dan macam2 lagi...sambil menyebut nama2 acara itu...dia mengulas dan memberikan erti peribahasa sambil mengaitkan dengan acara sukan yang dijalankan...

Acara untuk Tahun 3 kelas Fareez...ialah

...Seperti kacang lupakan kulit...

Acaranya...

Menjunjung pundi-pundi kacang sambil berlari dengan mengepit bola...

Pasukan merah dia dapat nombor 1...cuma ada rumah2 lain yang tak puas hati kerana ada seorang peserta rumah merah yang tidak mengikut peraturan...mungkin dia tak paham peraturan yang diberi...kerana dia adalah peserta yang diambil kerana tidak cukup peserta untuk pasukan itu.

Selesai acara dan mengambil hadiah...anak2 tersebut menuju ke khemah.  Sampai di khemah mereka berperang mulut lagi...memanggil rumah merah...

...Merah tipu...!  Merah main tipu...

Aku terus menuju ke khemah cuba meleraikan anak2 tu...

'Dah...sudah...jgn gaduh2...kan kita bersukan....untuk suka2...kenapa nak gaduh2.' 
Mereka senyap sebentar...

Fareez nampak aku bersuara...terus menarik aku ke tepi...

'Ibu ni...biarlah...ibu jangan le masuk campur...'

Eh!!  Budak bertuah ni...Hehehehe..

Bila cikgu sampai dan menasihati mereka barulah mereka senyap dan berpuashati...

Tahniah untuk Fareez dan pasukannya....serta semua anak2 Tahun 3 Seraya SKBJ...







...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

8 comments:

sI tEDI said...

amboi!! senyum lebar dia menang!

kak Erna said...

itu la anie..anak bongsu ni..kalau kat rumah..dia la yang sua pp suroh kita cium..tapi..kalau ada kawan..konon..macho..nak pelok2 pun tak bolih..malu...

nuraarin-life said...

hehe.. budak2 kalau depan kawan2 mana nak tunjuk manja tapi kalau kat rumah bukan main gedik2 lagi kan..

apa2 congrats fareez dpt first place.. aarin slalu dpt no 4, maknanya takde hadiah,hehehe

umeboshi said...

ahahha..dah besar fareez ek..dah tau malu cenggitu. sabo je la. k.anie, dtg blog ume. amik tag!!! yeayy!!

iina said...

Hehehe budak laki kak malulah kena cium depan kwn2.. mesti emak dia pun excited bila anak masuk sukaneka.. hehehe

kak anie said...

tEDl...first time dia dpt no. 1

-------------------

Kak..memang pun...kat rumah bukan main lagi kejap2 nak peluk lah...nak cium lah...

-------------------

aarin...betul tu...kat rumah bukan main gedik2 lagi...hahaha

-------------------

Umeboshi...dia dah besar dah...sekejap je rasanya...insyaallah nanti akak buat tag tu...

-------------------

iina...tulah...depan kawan bukan main malu lagi...emak dia ni...selalu pi sukaneka si bongsu je...yang lain tu dulu tak pergi pun

-----------------

kakpah said...

anak bongsu kakpah masa drjah 3 dulu siap warning tak bagi panggil dia 'adik'. Bila tanya apasal, dia cakap malulah kawan dia dengar..
haha.. sekarang dah tingkatan 4, dia masih lagi kena panggil adik dan dah tak kesah pun kalau dipanggil depan kengkawan dia.

Kak anie said...

Kak pah...agaknya pada umur dia sekarang tgh nak jaga saham...hahahah...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails