Selalunya bila cik abang balik ke Shah Alam...keesokan harinya mesti dia ajak kami anak beranak breakfast di luar...
Aku happy bila dpt keluar sama2 dengan suami dan anak2...
Anak aku memang kaki makan...kalau breakfast kat kedai yang ada banyak makanan...diorang mesti 'brunch' sekali...
Aku dan cik abang pun sama...kata nak breakfast...tapi memang heavy breakfast...
Yang buat aku malas tiap kali pergi makan luar...Farhan atau Fareez mesti nak pi toilet lepas makan...
Kadang2 kalau ada plan nak ke mana2 lepas breakfast pun kena tangguh sebab nak bergegas pulang...
Tadi pagi...lepas makan aje...si kecik dah merengek nak balik...
'Ibu...jom balik...Aeez nak buang air...'
'Alah...kaco lah kau ni...ayah nak pegi kedai jahit lepas ni...'
'Ibu ni...orang tak tahan dah ni...'
'Meh ibu ajau...pintal baju ni...pastu cakap...pintal2 baju terpintal tahi aku...'
Fareez tersengeh2...
'Aeez tak tau lah ibu...'
'Buat le...betul..dulu abang buat...memang tak rasa nak be**k*
Si kecik memintal bajunya pelan2 sambil mulut kumat kamit membaca 'serapah' yang aku ajarkan...
'Eh!! Ibu..betullah...dah tak rasa nak buang air dah...'
'Tulah...dulu arwah nenek ajau ibu cakap...cong kecucong tali yak yak...takut antu pocong esok pagi aku ber*k'
Heheheh....kedua2 anak aku ketawa...
'Abih ibu...kalau nak buang air kecik boleh buat camtu tak?' Farhan bertanya...
'Abih kau nak cakap aper...'
'Cakap le...pintal2 baju terpintal bird aku...'
Aku dan anak2 ketawa terkekek2...
'Kau jangan buat camtu...nanti jadi macam screw nanti...'
Hahahaha....
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
12 comments:
Tergelak Cath terbahak-bahak baca entri Kak Lady ni... Sungguh kelakar... Cath kecik2 dulu pun ada kekawan ajar Cath buat yang sama...
macam ilmu sesat je ni hehe
Lawak ler kak.. terpintal bird krg susah pulak hehehehe ;)
ish2.
jadi skrew.
aww, nyilu i.
Kak Ani .. yg pintal2 baju tu memang menjadi tau, kalau dulu masa belajau aku selalu ada kes pepagi... bebudak ni Faji ngan Zerd mesti akan carik batu kecik utk letak kat pusat aku or kalau dlm kelas aku dok mantra mende ni aje.. esp kalau peluh sejuk pun dah kuar tapi toilet jauh lagik
hahaha kelakau tol la akak ni ...ilah tergelak sorg2 ni ..aishh kalu ilah tau dr awal ilah buat petua ni.. teringat kes rumah kami di P.dickson 2005.. ilah nak *** sakit yooottt memulasss..kunci rumah ilah tak bawa. depa semua p shoping dgn abah. ilah p persatuan. apa lagi ilah tawaf 5,6x keliling umah sbb tak tau nak buat apa dah..dah ujung tandukkk dah masa tuu..ilah call depa nak smpai 10 minit lagi.. tapi isi ni dah tak tahan..5 mt jer ..apa lagi..fhm2 jer laaa..kahkahkah..itu la pestime terkena sumur idop..eeeeeee geliii
anie..bagus petua anie..siap dengan mentera sekali..akak dulu diajar ikat ibu jari kaaki je...sampai kan genting ibu jari menunggu sampai tempat yang sepatutnya tu...
menjadik la pulak petua tuh..tapi yg tak tahan bab jadik screw..kakakakaka
mang lawak sungguh la hai..
hihihi mak saya pon ajar serapah yg sama. setakat ni mmg berkesan. psycho je tu kot.
Cat cat...betul...dulu2 kitorang semua buat camtu...especially yang takut antu pocong tu...maklumlah kat kampung nak pi membuang gelap ...takot...hehehe
------------------------
zino...hahahah...petua orang tua2 tu...
-----------------------
iina...tulah bebudak ni suka imagine yang bukan2
----------------------
hazen...jgn dibayangkan...hehehe
---------------------
sya...tulah...arwah mak ajar yang antu pocong tu...sebab kalau malam2 dulu kat kampung memang takut nak buang air kan? Aku tak tau pulak nak kena letak batu kecil kat pusat tu...hehehe
--------------------
ilah...hahahahha...adoi...cerita ilah ni buat akak tringat kat kawan sekerja dulu...terlepas dlam kereta...malu sungguh dia dgn anak2 dia...sebab selalu dia yang marah anak2 buang air dlm seluar...hahahaha
-------------------------
Kak...hehehe...kalau jauh tmpt nak membuang tu...mau lebam jari kaki tu...
-------------------------
idahani...tu bebudak nilah...ade ke terpintal bird aku dia cakap...mau tak macam screw nanti...hehehe
--------------------------
ayunasia...memang pshyco kot...mana boleh betul kan?
hahhahha, macam macam hal, tak pernah dengar ni tapi very interesting
Zar...hehehe...orang kampung ...petua orang lama...
Post a Comment