Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, March 22, 2010

Peralatan Seks...Sex Gadgets...

Dalam  minggu ni...terbaca di akhbar2...

Premis premis menjual alatan seks diserbu pihak berkuasa...

Kalau didengar di TV & juga di baca di akhbar2 utama...banyak juga permis2 tersebut telah beroperasi lebih dari setahun.

Kini di mana sahaja...bukan saja di KL...Shah Alam, Subang, Melaka, Perak...malah di kaki lima pun ada yang menjual alatan ini.

Hairan jugakkan..kenapa setelah mereka beroperasi begitu lama baru dilakukan serbuan2 tersebut.

Bertambah2 hairan juga...pelanggan yang masuk ke premis tersebut serta membelinya...

Apa nak jadi dah dengan masyarakat kita sekarang...?

Apakah mereka tak ada lagi perasaan segan silu...perasaan malu?

Dulu...masa zaman aku...tak penah terdengar ttg perkara ini...kami begitu naif...langsung tak tau ada benda2 sedemikian.  Baru sekarang mendengarnya.

Apakah ini juga dipanggil satu proses permodenan....atau satu tanda bahawa bangsa kita telah maju?

Tidakkah mereka sedar...dengan adanya premis2 yang menjual barangan tersebut...akan menggalakkan lagi anak2 muda terjerumus ke lembah maksiat?

Di harap operasi menyerbu dan  membanteras premis-premis sedemikian akan terus dilakukan kerana dengan langkah yang berterusan diharap dapat membantu menghapuskan sama sekali kegiatan seperti ini. 

Janganlah ianya cuma dilakukan bermusim...kerana dalam jangkawaktu itu ianya seolah2 memberikan peluang pada  pihak yang tidak bertanggungjawab mengembangkan perniagaan mereka tanpa kita sedari. 

Mereka yang melakukan kerja-kerja ini cuma memikirkan keuntungan tanpa mengira keburukan dan masalah yang akan timbul dalam masyarakat kita.





...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

No comments:

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails