Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, March 22, 2010

My Favourite Surfing Spot.

Aku baru terbaca tentang perkara ini dalam email yang aku terima...

Lambat membukanya disebabkan oleh kesibukan menguruskan urusan2 di hujung minggu.

Takpe...lambat pun lambatlah...kalau ada rezeki...saper tau kan?


Tajuk yang diberi...:

My Favourite Surfing Spot.

Tempat di mana aku selalu surf internet.  Tempat kegemaran aku.

Tak lain dan tak bukan....di ruang tamu...dihadapan peti televisyen aku.



Aku dan anak anak memang tidur di ruang tamu...luas selesa dan  seronok.

Seronok sebab...disitulah laptop aku...disitu juga TV aku.

Selalunya aku akan mula melayari internet setelah segala tugas selesai.  Biasanya waktu tengahari selepas anakku Farhan balik dari sekolah.  

Di sinilah aku duduk...sambil berblog...aku akan sebentar ke dapur...dan sebentar duduk semula.

Pada waktu malam adalah masa paling selesa untuk berblog dan melawat blog kawan2.  Di sinilah aku membentangkan mattress untuk aku dan anak2...dan meja laptop aku yang comel ni berada dihujung kaki anak2 yang tidur.

Bila mata dah letih...aku akan baring sebentar.  Selalunya aku akan berjaga hingga jam 1-2 pagi untuk melawat blog kawan2 dan berada di laman Facebook aku.

Tapi bila dah keletihan...aku akan baring hingga terlena.  TV...lampu ruang tamu...laptop...segalanya terpasang.

Adakalanya hingga jam 5 pagi baru aku tersedar....terus bangun...padam lampu...tutup TV...shutdown laptop dan menyambung tidur hingga subuh.  

Dan bangun dalam keadaan 'groggy' beberapa minit kemudian sebab tidur yang tidak teratur.

Tapi kalau cik abang aku ada...jam 1 adalah masa paling lewat TV di'offkan'...lampu dan semuanya ditutup.  It's bedtime...dan bila cik abang ada di rumahlah aku berada di tempat yang sepatutnya waktu tidur...hehehehe...


Buat masa sekarang aku melayari internet dengan menggunakan Streamyx...tapi kalau balik ke kampung aku selalu terpaksa bergantung pada Wifi adik iparku...teringin juga untuk memiliki P1 W1max yang bernama Wiggy ini supaya menyenangkan aku melayari laman2 web aku di mana saja aku berada....

Project Alpha Season 2 bakal disiarkan tidak lama lagi.  Kali ini dengan blogger2 yang lebih hebat.

Project Alpha Season 2 dipersembahkan  oleh  Adidas Action 3 dan ditaja oleh P1 dan MAS...sila ke link ini untuk berita selanjutnya...






...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

6 comments:

Tirana said...

Wahh..all in one spot..hehehe...

Acik Erna said...

anie..akak selalunya kat atas katil kat bilik tidor...tapi tak pernah lama..mata akak tak tahan berjaga..sebelum pukol 10 dah shut down semua dah...

ida napi said...

waaaaawiiii..kak anie, pulun jangan tak pulun ye..kekekekeke

all the best...!!

Kak anie said...

Tirana...hahaha...semua pada satu tempat...senang dan mudah...

---------------------

Kak...anie jarang bertenet atas katil...cuma kalau ada tetamu baru tidur kat bilik...

Mata anie tahan...tapi tu lah kalau dah terlelap...tak kira kat mana2 pun lelap...

-----------------------

idahani...hahaha...pulunnn...jgn tak pulun....

Mak Su said...

ruang depan memang siok untuk melayari internet, terbuka dan boleh memantau xtvt anak2 :)

aNIe said...

Maksu...memantau aktivit anak2 yang best tu...heheheh....

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails