Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, March 31, 2010

Maafkan Aku Sayang...



Dah berhari-hari kau seolah merayu...

Kau memandang aku dengan wajah sayu...

Merayu untuk dilepaskan...

Bukan aku tak mau...

Tapi aku takut kehilanganmu...



Sejak berbagai peristiwa aku jadi sangsi untuk melepaskan kau...

Minggu lepas...kau hilang beberapa jam...rupanya kau bertandang ke rumah jiran...tak ingat nak balik hingga terpaksa dihantar pulang...

Beberapa hari lepas...semasa jiran sebelah meletakkan kau di atas tembok pagar supaya kau boleh pulang...tapi kau degil...kau memandang pada aku dengan wajah selamba...seolah2 kau tak kenal aku.  Aku memanggil namamu...tapi kau cuma menjeling aje pada ku.  Dan yang buat aku jadi seram...bila kau terus meniti pagari menuju ke rumah jiran belakang...berdekatan dengan kandang anjing 'German Shepherd' mereka..
Kau tau tak...kalau kau terjatuh dlm kandang tu...memang anjing tu kerjakan kau...tapi kau tak tau kan?

Semalam...ketika jiran di hadapan rumah mengangkut barang untuk berpindah ke Johor Bahru...kau dengan sukarelanya bertenggek di tayar lori dan terus memasuki lori tersebut...masih untung ada yang mengenali kau sebagai kucing ku...lalu kau dihantar pulang...kalau tidak...pada waktu ini kau telah pun berada di JB.

Jadi salahkah aku mengurungmu...?

Kerana bagiku...biarlah kau berada di tempat yang lebih selamat...iaitu di dalam rumahku ...

Sekarang kau cuma dapat menikmati pemandangan luar melalui jendela ku yang sengaja kusingkapkan langsirnya untukmu....




Maafkan aku sayang...aku tak sanggup kehilanganmu...







...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

17 comments:

pak long said...

salam...
kucin comey cam ni kalau terlepas mau kena kitnap.....

Unknown said...

Sayang betul Kak Anie dgn kucing ni yer...

Zareda Norman said...

ya memang patut kena kurung.... hehehe

Sya said...

Ko tau tak Tito aku dah sebulan tak balik.. smlm dia balik makan.. tak sampai 20 minit pastu kuar balik, aku pegang pun dia kuar gak.. tadi Arif kata "mak malam tadi betul ke Tito?" wah suspen aku

Tirana said...

Aduhai comelnya dia duduk dalam beg..hehehe...

ida napi said...

kak anie..kdg2 demi syg gak kita terpaksa relakan utk lepaskan dia pergi..ewaaahh..tetiba jer jiwang..walhal psl kucing jer tu..kekekekekeke

ilah jy said...

kak anie.. gambar yg last tu nampak sangat sayuuu hati...hati ilah laaa... cian diaaa...cantik laaa gambar tu macam betol2 membayangkan perasaan dia yg dah terkurung tuuu hukhukhukkk

myQza said...

dia mesti faham kenapa dia di kurung!

ok lagi kak kurung dalam rumah.
dia masih bebas berlari2.

kalau dlm sangkar lg kesian.
Dak kimo sy dulu masa dia sakit kurung dalam sangkar , sampai berdarah2 dahi dia tolangsangkar tu.. x sampai hati terus lepaskan dia..

alahai.. x daoat bayang kalau si comel ni terangkut sekali ke JB!!

akak boleh emel sy, nanti saya tahan lori dekat highway ayer keroh..

he hehe he

Mak Su said...

ni namanya kes, ditelan mati kucing, diluah mati kucing, hehehe

Kak anie said...

Paklong...tu yang takut kalau dia keluar...sebab kat sini memang ramai tukang kidnap kucing...heheh...pernah jiran di hujung jalan mencari kucing gebunya yang hilang...

--------------------------

Yus...memang sayang...kalau nak tido dipeluk2...dicium2...hehehe

-------------------------

Zar...akak takut dia masuk dlm kandang anjing tu...mau dikitai dek anjing besar tu..

------------------------

Sya...tulah kau suka berleterkan anak2 bulus kau tu...diorang dah majuk dah...hehehe...sampai dah pi oversea..

-------------------------

Kak anie said...

Tirana...dia memang suka buat aksi2 comel tu...geram

-------------------------

idahani...akak tak rela lepaskan dia pergi...hehehe...biarkan dia terkurung depan mata akak..

-------------------------

ilah...ada satu gambar akak ambil dgn camera lagik sayu kalau ilah tgk...muka kesian je...dia buat muka seposen...heheh

-------------------------

tEDl...memang dia bebas dalam rumah...semua dah disediakan kalau kami nak keluar...makanan air...tempat najis dia memang ada kat dlam...

Jadi dia tak perlu keluar...hehehe

Kalaulah terangkut sampai JB...mau menangis tak berlagu kitorang...

Satu lagi yang buat akak takut...dia suka duduk kat tayar kereta...takut jadi macam Rona akak dulu...sedih bila teringat peristiwa itu...

Kalau akak email tEDl...sempat ke bukak email...heheh

-----------------------

Maksu...peribahasa baru tu...

Acik Erna said...

anie ...sian comel anie tu..mengintai nak keluar..tapi kerana sayang kan...

iina said...

Hehehe kak.. demi sayang kenalah tahan rasa kan hehehe ;)

~ez~ said...

kurung lolly tu kak..kalau hilang nanti sure sedihh..huhu..kucing mcm tu pengubat duka..hehe..

Kaktiny said...

comeynyer kak..

kurung, jangan tak kurung..
kalau tiny gi umah akak pon, akak wajib kurung dia..
meskipun dia comey sangat.. (serius comey).. tapi tiny TETAP GELI KUCEN!!!... huhuhu...

Anonymous said...

kak...kucing tuh jantan betina? klu jantan jgn kurung sbb dia mmg jenis merayau...klu betina mesti dia nak carik boipren nak bercengkerama...kesian kucing tuh tau..........

Unknown said...

Kak Anie...
Lama-lama dia fahamlah. Macam Max sekarang, asyik lepak depan pintu rumah aje. Berbaring kat situ. Macam takut kami pindah tanpa say goodbye. Sedih saya.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails