Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, March 2, 2010

Kereta Berhias...

Gambar aku search di Yahoo Images...

Kelmarin...semasa dalam perjalanan pulang bersama salah seorang teman blogger...

Kami berbual2 dia dalam kereta...banyak topik yang dibualkan...

Yang banyak bercakap seperti biasa akulah...sampai rumah baru perasan aku aje yang membebel dlm kereta tadi...

Semasa kami berbual...keluarlah cerita tentang kisah lama2...

Kami bercerita tentang 'kereta berhias'

Kalau dulu masa anak aku yang pertama dan kedua masih kecil...memang aku pernah membawa mereka melihat permainan bunga api & perarakan kereta berhias di Padang Banda Hilir.

Bukan nak pergi sangat...cuma...aku ingin anak2 aku melalui kegembiraan melihat semuanya itu seperti yang pernah aku lalui dulu.

Biar bersesak...dan berpusu2 dengan orang ramai...(perkara yang paling aku tidak suka)...tapi demi anak2 aku ikutkan juga...

Melihat mereka ketawa kegembiraan melihat keindahan kereta berhias & bunga api satu kepuasan bagiku.

Semasa aku bercerita tentang kereta berhias...si kecik menyampuk dari belakang.

'Kereta berhias tu aper ibu...?"

'Kereta berhias tu...kereta yang dihias dengan lampu2 yang cantik...'

'Aeez tak pernah tengok pun...'

Baru aku perasan...anak kecil aku Fareez & Farhan tak pernah lagi melihat kereta berhias.

'Kalau ada nanti kita pergi tengok ye...'

Berjanji dengan anak memang sukar...

Selalu juga dia menyebut...bila nak pergi tengok kereta berhias...

Tak tau di mana nak ku bawa dia pergi melihatnya.....

Agak2nya...kalau kat Shah Alam...di manakah tempat terdekat untuk pergi melihat perarakan kereta berhias...dan bila agaknya?

Masih ada lagi ke?  ....atau dah takde?




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

15 comments:

Kaktiny said...

aah la kak.. lama tak tgk kerete berhias.. ada lagi ker eh??...

tunbegia said...

haku bukan tinggal kat shah alam,

salamm,

Sya said...

Apa susah keta Naza ko tu ada kan.. ko hias le letak bunga2 .. api2 banyak warna pastu jalan keliling kawasan perumahan ko, jadi le anak ko tenguk keta berhias...

he he he

Zareda Norman said...

mana yek nak cari kereta berhias dah sekarang.. tunggu hari merdeka ler gamaknya

Kak anie said...

Tiny...tak tau le ada ke idak lagi...lama dah tak dengar...

--------------------

Salam Tb...hehehe...tak dapat lah nak menolong ye..?

-------------------

Sya...kau ni biau betul...nanti orang ingat aku dah tak betol lagik...mereng..hahahhaa

------------------

Hari kemerdekaan ada ke Zar...akak tak dengar ade pulak...kalau ada kat mana eh?

zue said...

rasanya mcm kerajaan dah x buat kereta berhias kot...sbb thn lepas merdeka jatuh bulan puasa dan thn ni pun sama bulan puasa juga.

betul kata sya tu...hias keta sendiri le..he3.

zue said...

rasanya mcm kerajaan dah x buat kereta berhias kot...sbb thn lepas merdeka jatuh bulan puasa dan thn ni pun sama bulan puasa juga.

betul kata sya tu...hias keta sendiri le..he3.

iina said...

Betul lah dulu selalu tgk masa hari merdeka.. agaknya dah takde budget kot hehehe.. kat sini kdg2 ada peluang gak tgk.. hehehe ;)

Acik Erna said...

anie..dah sebut dan berjanji tu..kena juga la anie usahakan..mungkin nanti kat putra jaya ada..walau pun tak berlampu..setakat berbunga2 pun berhias juga kan...

myQza said...

sekarang pun macam dah x de je kak kete berhias kat banda hilir tu..

suruh je aeez hias kete ibu dia.

he he he

joegrimjow said...

klantan mmg meriah dengan benda ni

joegrimjow said...

klantan mmg meriah dengan benda ni

MOKCIK AZWA said...

rajinnya kak bawa anak2..elok jugakan. masa ni la nak bawa dorang kesana kemari dah...bila dah besar2 esok takmo dah jalan ngan kita..

~ez~ said...

aah..la..kat mana ada lg kereta berhias tu ek?


klaka la idea kak sya tu.. hehehe

Kak anie said...

Zue...agaknya kot...sebab dah lama tak dengar kan?

Hehehe...mau menangis cik abang tgk naza tu nanti...

-----------------------

iina...tulah...dah lama tak dengar kereta berhias...saja nak tunjukkan si kecik tu...maklumlah dia tak pernah tengok lagik...

-----------------------

Kak...tulah...orang kata kereta hias bunga-bunga tu ada kot...yang lampu2 tu dah takdedah....

Teringat lagi masa dulu seronok tengok lori2 yang dihias cantik menjadi kereta berhias...

-----------------------

tEDl....heheheh....kat Melaka pun dah takde eh?

Berapa budget nak hias kereta eh? Hehehe...nanti boleh mintak peruntukan...

----------------------

joegrimjow...oohh...kat kelantan ada lagik eh?

----------------------

Mokcik...memang masa kecik2 diorang nak ikut kita...bila dah bekerja masing2 dah ada life sendiri...

Nak tunjukkan sikecik ni...tgk gambar tak sama dengan yang real...kan?

-----------------------

Leeya...takde lagik kot...akak pun tak dengar lagi...

Hah!! Subahat dengan kak sya nak kenakan akak eh...hehehe

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails