Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, March 3, 2010

Terjah...!!




Malam Isnin kelmarin aku tengok rancangan Terjah...di TV3 ...yang dikendalikan oleh Nas dari rancangan Melodi dulu..

Aku suka tengok rancangan ni...

Bukan aper...

Kadang aku suka tengok...artis2 yang diterjah..terkial-kial nak menjawab soalan soalan panas dari penyampai2 Terjah ini.

Mau tak tergamam nak menjawab...

Contohnya Tiz Zaqiah  (Nur Aminah dalam Nur Kasih)...kita melihat dia di dalam drama sebagai gadis sopan pemalu...mungkin sebagai calon menantu terbaik.  Aku memang peminat drama Nur Kasih...dan begitu juga dengan hero & heroinnya...(Tiz Zaqiah & Remy Ishak)

Tapi ada yang melihat dia ...merokok...minum arak...dan juga tinggal serumah dengan teman lelaki...memang tergamam nak menjawab...sebab pemberita ni akan terjah ketika mereka tak bersedia untuk menjawab.

Tak taulah samada ianya gosip atau tidak.  Harap2 semuanya gossip kerana Tiz Zaqiah masih baru membina kareernya dalam bidang seni....tapi bila dah masuk dalam dunia artis...susah nak cakap.  Kalau ianya sekadar gossip...maka itulah yang perlu dihadapi oleh mereka yang bergelar artis....

Mata masyarakat akan sentiasa tertumpu pada mereka...apa yang mereka buat...apa yang mereka cakap...apa jua yang mereka lakukan...andai ada yang menjolok mata ...pasti akan menjadi topik hangat.

Kenapakah kebanyakan artis2 kita tidak pandai menjaga imej dan maruah mereka.?  Bukankah ada antara mereka itu bagai ikon di mata masyarakat?  Mereka punya ramai peminat ...dan seandainya baik akhlak mereka...insyaallah peminat2 yang kebanyakannya anak remaja akan menjadikan mereka model yang baik.

Mereka sepatutnya sedar bahawa wartawan ada di mana-mana...kalau tak ada wartawan pun pasti ada yang melihat apa yang mereka lakukan.

Yang penting mereka tau...bahawa mereka tumpuan masyarakat...kalau takde yang melihat pun...cukup sekadar mereka tau...bahawa ADA YANG MELIHAT.....





...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

12 comments:

KAKTINY said...

Betul kak.. tak kira lah sesiapa pun.. artis ker, kerani ker, bos-bos ker, anak, isteri, suami, ibu bapa, hatta alim ulama sekalipun..

ADA YANG MEMERHATI dan ADA YANG MENCATAT!!... itu yang harus kita pegang dan semat!!..

Ok kak.. jom layan WALI BAND!!... kehkehkeh....

Mak Su said...

yg saya ni pulak, rasa gelenyor tgk diskusi wartawan2 yg mcm over acting :(

MOKCIK AZWA said...

ramai golongan artis yg memang over..jadi artis bukan tiket jadi over. Tapi wartawan pun ada juga yg over melampau mcm hmnn...maleh nak sebut nama.

bukan artis jerr...org bukan artis pun sepatutnya jadikan Rasulullah sebagai ikon..takyah nak vote2 manusia2 biasa jadi ikon bagai.

aisey emo pulak mokcik huhuhu....jgn maree...

leeya said...

bila wardina komen yang golongan artis tak boleh dijadikan ikon tau pulak mereka ni melenting..

nak jadikan ikon camne kalau dah imej dan perangai cam haram gitu..

haish..ntahlah.saya mmg tak pernah berfanatik pun dgn mana2 artis.sekadar menghargai karya mereka sahaja. :)

ini pandangan peribadi saya sj.

Zareda Norman said...

Bila wardina bagi statement kata artis Malaysia tak layak jadi idola, tahu pulak melenting.. padahal memang artis ni dia hidup dalam dunia dia sendirilah.. ikut suka hati depa jer kan nak wat apa apa even Scha yang manis sopan tu kena serbu masa clubbing..

nurazzah8 said...

Salam Kak Anie...sebenarnya personally saya TAK suka tgk racangan terjah ni... dari awal lagi saya rasa konsep dia dah salah.. kenapa perlu terjah-terjah.. macam serkap jarang gitu... most of the times, apa yang ditanya, dan yg ditanya akan tergamam atau jawab ikut sedap mulut atau rasa hati ketika itu...bukankah dalam Islam kita digalakkan menutup aib seseorang, bukannya mendedahkan ke seluruh pelosok tanahair..orang yang tak tahu pun akan jadi tahu..... saya rasa rancangan ini macam membuka aib dan malu orang, membuka pekong di dada...tahulah wartawan tu dah itu kerja dia orang, kalau tak tak ada bahan berita... tapi jangan lah sampai memalukan orang lain... bukan itu cara nya..

wallahu'alam...

ini pendapat peribadi saya sahaja...

Kak anie said...

Kak Tiny..betul kan Tiny...orang lain tak nampak ALLAH nampak...tu kena ingat...

-----------------------

Maksu...yelah...wartawan2 ada yang over...hehehe...gelenyor ye mak su...hahaha

------------------------

Mokcik...bebudak sekarang ni...yang dilarang tulah yang dibuatnya...

Lagi dilarang lagik diorang suka...tak kira orang tu baik ke idak ke...

Memang sepatutnya Rasullullah dijadikan ikon yang patut dicontohi...

-----------------------

Zareda...kadang kita ni terpengaruh dengan watak yang mereka bawa dlm drama kan?

Memang terperanjatlah juga bila Scha yang jarang kedengaran gossipnya tetiba kena serbu masa clubbing...

------------------------

Salam Azzah...

Banyak betulnya apa yang Azzah cakap tu...tapi artis sekarang ni banyak yang hipokrit...kalau tak diterjah...ramai yang memuja2 mereka...hingga ada yang terlampau pulak.

Tapi memang betul...cara mereka tu kadang memalukan orang...sebab ada benda yang tak sepatutnya didedahkan...atau ditanya...



Tapi ada masa tak perlulah sa


-----------------------

Anonymous said...

saya suka tgk sbb ada kiah propa hehehe dia gelak mcm hantu...retis nih klu tak nak di aibkan jgn lerr buat perkara2 yg mengaibkan tul tak??? amy mastura pernah tak diaibkan??? dia cool kan...lagi sapa ek...

tp tu la wartawan hiburan kat malaysia pon ntah apa2 hehehe

gO mi NaM said...

btl..saya pun tk suka kiah propa..tk suka apa yg kuar dr mulut dia..seolah2 dia manusia yg perfect..

iina said...

Kena terjah kak sapa yang tak terperanjat hehehe.. klu kita kena terjah pun sure tegagap2 gak hehehe.. kdg2 klu terjah lebih2 kdg2 rasa cam tak patut pun ada terutama kalau bab menganggu privacy.. cukup tak suka hehehe..

kak ina kl said...

salam aNIe..tulah sebabnya bila wardina kat artis tak leh jadi ikon mereka marah..
tapi bukan semua kan...ada juga yang baik..
ina pun suker tenguk terjah..

dulu masa kecik pun mak/abah pernah tenguk kereta berhias kat Dataran Merdeka..best kan..

Kak anie said...

Anon...oooh...wartawan tu nama dia Kiah Propa eh...hahahah...dgr dia ketawa tak menahan...kalau memalam dgr kat tepi utan...mau meremang bulu roma....

Yelah...kalau takmo diaibkan jgnlah mengaibkan diri sendiri

--------------------------

Go mi Nam...rasanya dia ikut skrip ke atau semua yang keluar dari mulut dia tu skrip dia sendiri?

-------------------------

iina...tulah pasal...tak patut kalau bertanya pasal kisah suami isteri...tu akak tak suka...itu kan hal rumahtangga yang tak patut di dedahkan...

------------------------

ina...anie suka tengok terjah tu...sebab memang tak baca majalah hiburan...cuma dengar dari media aje...tapi syok lah jugak sesekali tau apa yang artis2 ni buat...

Kereta berhias sekarang dah tak dengar lagik kan...teringin jugak nak tengok...heheh

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails