Kelmarin...selepas cik abang aku sampai Melaka...
Dia menelefon aku...
'Anie kat mana...?
'Ke Giant kejap...beli barang dapur...'
Nada suara cik abang dah lain..aku tau dia mesti marah sebab tak cakap dia....
'Kenapa tadi tak cakap...?'
'Tadi masa abang call kan abang kat pejabat...anie takmo ganggu lagik...alah pi Giant beli mknan frozen bebudak ni je...'
'Pergi dengan saper?'
'Dengan anaklah...anie kalau keluar kan selalu dengan dia...'
'Manalah abang tau...'
'Kan memang anie keluar ke mana pun dengan dia...takkan abang tak tau lagi...' hati sudah sedikit hangat bila perkara kecik tu cik abang aku nak tanya macam2...
'Anie dah sampai rumah pun...'
Sampai aje aku terus masuk rumah menghulurkan telefon pada anak sulong ku...
'Nah ayah nak cakap...'
Semasa berbual dengan Munir...aku lihat sekejap Munir ketawa...sekejap tersengeh...
Munir kemudian menghulurkan semula telefon tu pada aku...
'Apa yang abang cakap kat Munir...'
'Abang cakap...Jaga ibu kau tu baik2...dia ramai peminat...'
'Eleh...apalah abang ni...patutnya abang yang pesan kat anie suruh tengok2kan anak dara kita tu...'
'Anak dara tu tak aper...ibu dia yang banyak peminat...'
'Aloo cik abang...abang cakap ni masa tahun berapa....? Sekarang dah 2010 tau...kalau abang cakap masa 2000 tu lainlah...'
Lepas aje berbual ngan cik abang aku cakap kat Munir...
'Ayah kau ni...asyik cakap ibu ni banyak peminat je...dia ingat ibu ni macam Siti Nurhaliza ke...kalau 10 tahun lepas lainlah...sekarang ni dah TAK RELEVAN lagik ayat tu dah...'
Agaknya betul kata Sya...cik abang aku tu dalam delusion...dia masih melihat aku seperti 10-20 tahun lepas...
Hmmm...memang le best kalau dia masih melihat aku macam tu...tapi ada jugak yang tak syoknya...sebab cemburunya masih seperti aku ketika muda dulu...sungguh TAK relevan...
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
18 comments:
kak anie, jeles skit2 tu oklah tp kalo dah jeles lelebih tu rimasla pulak..apapun, abg jeles sbb syg dgn kak anie..
hik hik hik, so sweet
Bertuah nya badan... makin lama makin syg ya.
salam kak anie
pB adalah salah seorang peminat kak anie
relavan tak statement tu???
makcik..like father like son la..tp kalo A-de kompom anak sulong da naik angin tros..hehe
salam kak...hehehe...
cemburu tandanya sayang....!!!!
bertuah badan tu...(look at positive aide)
Azzah8
tapi best jugak la.. kengkadang bila dia jeles :D
lama xkomen kat blog akak nih..
wahhh..masih jeles-jeles lagi ye..hehehe..
takpelah akak..tak releven tapi sebab dia sayang sangat2 tu yg cemburu masih ada..hehehe
idahani...betul tu...kadang sampai naik hangin dibuatnya...
----------------------
Maksu...dah terlebih sweet...
----------------------
Smallgun...alhamdulillah...memang bertuah le jugak
----------------------
PB...statement tu memang relevan..hahaha
----------------------
A-de....hahaha...tu sebab dia dah berusia.....kalau macam along tu...memang lah terus naik angin...sabau jelah...
----------------------
Azzah...dah bertahun akak look ad the positive side...kalau tak dah perang dunia dah...hehehe
----------------------
Shafarina...bukan kekadang tau..selalu... :P
----------------------
Leeya...tulah pasal...tapi akak rasa dah tak relevan dah...
eh mau dia tak risau? Pengikut anie aje dah ada 130. Itu yg bagi nama. Yg jadi pengikut senyap lagi.
Kalau 10 tahun dulu mungkin pengikut maya ni belum ada hehehe
seronoknya kalau suami still bayangkan kita cantik mcm2 dulu2 kan.. kalau tak cemburu mana tahu dia ambil berat atau tak..
cemburu tandanya dia sayang...
bertuah akak...
perbualan itu sangat comel!
he he he he
jeles sikit2 takper..jgn sampai tak bagi keluar langsung dah ler kan kak...rimas wooo... hehehe
You are still very relevant in his life... tu yang soal macam2 tu....
YB..ye tak ye jugak kan...10 tahun dulu takde rakan maya...tapi rakan maya & pengikut semua muda2...takde maknanya...hehehe
-------------------------
nuraarin...kalau dia dah tak cemburu lagik lagi risau kan? There must be something wrong somewhere...
--------------------------
oren...betul tu...cuma kadang rimas
-------------------------
tEDl...hehehe...tersangatlah comelnya...
------------------------
Mokcik ...seb baik dia bagi akak keluar tau...kalau tak...lagik fenin...
-----------------------
Mamamia...ye tak ye jugak...memang relevan...cuma tak relevan pada usia sekarang...hehehe
anie..sayang tu..lagi pun sentiasa berjauhan..tu yang tak reda lagi cembutunya..lain la..kalau anie ada depan mata dia..
kak anie, biarlah cik abang tu cemburu.. sapa lagi nak cemburu kat kita kalau bukan dia.. hehheheh
Post a Comment