Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Sunday, March 28, 2010

Buffered Earnings...

Hari ini aku buka laman Nuffnang aku...aku lihat ada  7 Kempen di Buffered Earnings aku...



Aku ni tak pandai sangat pasal Nuffnang....

Nak memahamkan aper itu Buffered Earnings & Metered Earnings pun aku kena baca berkali2....

Lama-lama membaca aku jadi mengong...bukan jadi lebih paham...tapi jadi lagi tak paham...heheheh...

Mungkin sebab kepala aku ni dah tak boleh masuk banyak data di dalamnya...'Hard Disk' dia dah nak kaput...hahahahha

Yang aku tau...

Lagi banyak Buffered Earnings yang kita dapat...peluang untuk pendapatan yang lebih adalah lebih cerah.

Thank You Nuffnang...!! Love U...!!

Bagaimana untuk mendapatkan Buffered Earnings....
sila baca keterangan di bawah...jgn jadi macam aku dah lah..
.lagi banyak aku baca lagi fenin kepala aku


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Keterangan dari laman web Nuffnang....:


Secara umumnya terdapat 2 jenis iklan berbayar daripada pihak pengiklan, iaitu kempen CPC (kos per klik) dan kempen CPM (kos per impression). Kempen MCPM (kos per impression bermeter) berada di bawah kategori kempen CPM.


Kempen CPC


Dilancarkan atas permintaan pengiklan. Ia akan dipaparkan ke dalam semua blog didaftar bawah rangkaian Nuffnang yang telah memilih opsyen 'Papar Iklan Global CPC' di dalam Pilihan Iklan halaman Pengurus Blog mereka. Kempen CPC (Cost Per Click) hanya akan dipapar pada blog yang tidak terlibat dengan mana-mana kempen CPM 9Cost Per Impression) yang berjalan pada masa itu. Blogger akan dibayar berdasarkan bilangan klik unik yang dijana oleh pengunjung unik blog masing-masing. Kempen CPC akan tamat setelah ia mencapai bilangan maksimum klik dan akan mengemaskini bayaran untuk setiap blogger terlibat yang telah menjanakan klik unik ke atas kempen CPC itu di dalam blog mereka. Jika terdapat blog yang telah memaparkan iklan kempen CPC tetapi tidak menjana sebarang klik, maka tiada bayaran akan diagihkan kepada pemilik blog tersebut


Kempen CPM


Pengiklan kami akan memilih senarai blog yang mereka ingin paparkan iklan mereka kerana kadar bayaran lebih tinggi berbanding bayaran bagi kempen CPC. Keputusan mereka mungkin bergantung kepada beberapa faktor seperti demografi pembaca blog, lokasi-lokasi unit iklan di dalam blog, status keahlian blogger Nuffnang dan kewujudan unit iklan di dalam blog. Jika anda terpilih, anda akan menerima e-mel notifikasi mengenai kempen iklan atau boleh dijumpa dalam halaman Pendapatan, di bawah bahagian Pendapatan Terumpuk  (Buffered Earnings)


Oleh kerana pihak pengiklan mementingkan sasaran penonton untuk melihat kempen iklan mereka, hanya blog yang mempunyai pembaca blog yang sesuai akan dipilih. Jika pembaca blog anda jatuh di dalam kategori yang berkaitan, anda pasti akan dipilih masuk ke dalam senarai mereka.


Lokasi unit iklan adalah penting dalam industri pengiklanan. Pihak pengiklan kami telah membelanjakan wang yang banyak untuk mereka dan membeli ruangan iklan. Mereka mahu mesej iklan mereka disampaikan dengan sebaik mungkin kepada sasaran penonton. Oleh itu, mereka mahukan ruangan iklan yang berada di lokasi yang optimum dan sesuai. Sila pastikan unit iklan anda berada di lokasi yang sepatutnya dan pihak pengiklan semestinya berpuas hati dengan faktor ini. Unit skyscraper sepatutnya menjadi elemen pertama di dalam bahagian sidebar dan bukan di bahagian lain. Unit leaderboard juga mempunyai peraturan yang sama di mana ia perlu menjadi elemen pertama yang dilihat pengunjung blog anda semasa memasuki blog anda dan bagi unit Large Rectangle, ia perlu diletakkan di bawah petikan blog pertama anda. Sekiranya unit iklan dalam blog anda tidak berada dalam sususan ini, ia akan memberi mempengaruhi keputusan pihak pengiklan untuk memilih blog anda dan mereka mungkin memilih blog lain yang mempunyai lokasi unit iklan yang lebih bagus.


Kewujudan unit iklan memainkan peranan penting bagi pihak blogger untuk dipilih ke dalam kempen. Semua pihak pengiklan kami membahagikan bajet mereka ke dalam 3 unit iklan kami (Leaderboard, Skyscraper dan Large Rectangle) apabila mereka berurusan dengan kami. Jumlah bajet yang diberi adalah terhad dan tidak dapat diberikan kepada jumlah blog yang banyak bagi setiap jenis unit. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 jenis unit iklan, ini dapat meningkatkan peluang anda untuk dipilih.


Status keahlian juga memainkan peranan dalam pengiklanan kempen kerana pihak pengiklan kami mengutamakan blog Glitterati untuk iklan mereka kerana ia merupakan sebahagian daripada program ganjaran terhadap blogger setia kami. Ahli biasa akan tetap dipilih untuk kempen iklan tetapi dalam bilangan yang lebih rendah berbanding ahli Glitterati.



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

10 comments:

Azzah8 said...

Kak Anie,
Azzah pun tak paham...atau sengaja tak mahu paham...hehehe
sebab tak mahu fenin-fenin ....

apa-apa je lah... yang penting azzah masuk blog akak azzah klik kat mana2 yg patut...hehehe.. nanti akak pun klik lah kat mana-mana yg patut ya...

AyunasiA said...

tak kuasa nak faham hehe

ida napi said...

kak anie..yang penting masyuuukkk..hehehehe

Unknown said...

boleh kaye ke eh pakai nuff.

main ikut orang je letak kat blog.haha.

zura aini said...

saya pun malas nak fahamkan diri ngan benda2 iklan tu kak, nanti senget sebelah jalan sebab dah terlalu banyak benda nak kena fikir & faham, he, he...

Ken Wooi said...

i just accept whatever earnings i get.. =)

Unknown said...

tak kisah la berapa banyak buffered yg dapat janji duik masyuk :D
anastasyea.blogspot.com

aReaL said...

Aku Da Setaun wat Blog, Skrang Ni Baru Dpt... Thanks NNang.. We Love U

zue said...

salam kak anie,
baru le sy faham..patutlah iklan kat blog sy x naik2 rupa2nya x terpilih.

kak anie said...

Azzah...kadang kena paham...sebab ada masa kita silap...iklan takmo kluar...hehehe...

Dulu akak tak tau...tu sebab pendapatan tak naik

---------------------------

Ayunasia...akak rasa kalau dah paham sikit2 okaylah tu...heheh..kalau sampai nak fenin2 tu tak yah lah kan?

---------------------------

idahani...memang itu paling penting

--------------------------

Hazen...letak pun letak jugak...tapi kalau masyuk lagik best

-------------------------

Zany...hahahah...kalau senget sebelah sebab poket sebelah berat okaylah jugak...

------------------------

Kenwooi...the more the better...hehehe...but its better than none...

----------------------

anastasyea...kena fight untuk dpt buffered earnings tu...sebab nanti lagi banyak masyuk...hehehe

----------------------

aReal...seb baik akak lom setahun dah dpt...sebab banyak baca tips dari orang

----------------------

Zue kadang2 kita kene ubah something baru boleh masuk..

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails