Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, March 16, 2010

Buat Kak Yan...



Semalam aku tengok Terjah...

Aku cuma dpt melihat segmen terakhir ...

Tengok Kak Yan...Azean Irdawati...

Sedih mendengar keluhan ...dan luahan hati dia...

Dengan wajah yang sedih...nada suara tertahan2...dia menceritakan kisah Benjy anak kesayangannya itu

Bukan pasal penahanannya...

tapi....

Apa yang di alami oleh Benjy...

Bagaimana Benjy tidak pernah diterima kehadirannya oleh bapanya sendiri...

Sedih...

Kalaulah kita melalui apa yang dilalui oleh Benjy...

Apakah kita dapat menerimanya dengan hati terbuka...?

Diabaikan oleh bapanya sendiri...tidak diterima...langsung tidak mau menemui Benjy hingga ke hari ini...biarpun sudah berkali Benjy cuba berjumpa dengannya...membawa anaknya untuk berjumpa ayahnya...tapi tak pernah berjaya.

Apa perasaan kita kalau diperlakukan begitu...?

Betul kata Kak Yan...bukan wang ringgit yang ingin diminta oleh Benjy...cuma dia ingin diterima sebagai anak...

Aku menulis tentang kisah ini...kerana aku peminat Kak Yan...dan aku juga seorang ibu...sedih seorang anak...adalah kesedihan kita juga...

Semoga Kak Yan lebih tabah menghadapi apa juga dugaan ALLAH...

kerana...

ALLAH tidak akan berhenti menguji...lebih2 lagi mereka yang disayangiNYA...






...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

12 comments:

Kak Ezza@makcik Blogger said...

begini lah perangai orang berada...walau pun Benjy ni tiada pertalian dari segi hukum, tapi dari segi biological nya dia tetap ayah nya...busuk betul hati sang bapa begitu..tak malu ke pada tuhan..anak itu tak bersalah...

tunbegia said...

kita dengar dari sebelah pihak saja,

wallahualam,

zura aini said...
This comment has been removed by the author.
zura aini said...

bapa dia org kuat PKR kan, anak yaakob latif. kenapa tak terima anak pulak? bab ni boleh respect org putih yang hargai anak walau apa pun taraf.

saya simpati pada kak yan dan juga pada benji, tapi kalau dia bersalah dia patut dihukum. biar mahkamah menentukan.

kita cuba letakkan diri kita di dalam keadaan kak yan dan benji, berat sungguh ujian tu semua. memang kita tak mampu tanggung. Nauzubillah.

Kaktiny said...

betul kak.. bila duduk dlm keadaan si ibu.. berat mata memandang berat lagi bahu memikul..

tapi, apa jua alasan, bukan penyebab utk benjy melakukan perkara yg membahayakan nyawa itu... DADAH!!... jika dia terlibat dan bersalah, mungkin ini peringatan dari Allah..

kifarah, balasan, ujian, hikmah, dan rahmat Allah... menjadi rahsiaNya dan tak siapa dapat merungkainya kecuali dengan mata iman kan kan kak..

Yang baik kita jadikan pengajaran, yang buruk kita jadikan sempadan...

zue said...

dgr citer ayah benjy kerabat raja.
kak anie kenal ke orgnya.

dEeWaN said...

saya pun tengok TERJAH mlm td.sedih gak bila mdengar keluhan kak yan. apalah salah benjy tu ya sampai ayh sendiri tak terimanya....kesian kan, dah suratan takdir kak anie. moga jadikan pedoman buat kita semua.

Masy said...

kita doakan yg baik2 saja utk mereka.. huhuhuhuhu

Diarihatiku1976 said...

takpelah.. kita dgr citer dari sebelah pihak jer.. apa je pun.. itu bukan penyebab utk kita terjebak dengan dadah.. gunakan akal yg waras utk membuat sebarang keputusan... sayangi diri sendiri.. kalo kita tak sayang diri kita sendiri mcmana kita nak menyanyangi org lain?

iina said...

Mesti ada sebab kenapa isu nie baru heboh kat media.. Biasalah kan kak isu2 camnie mmg best dijadikan bahan utk tarik penonton..

Zareda Norman said...

jadikan iktibar...

FaAtip said...

salam.
I pun suka lakonan Benjy. Berbakat. Can speak fluently. Adalah hikmah disebalik semuanya ini.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails