Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, March 18, 2010

Berbaloi-baloi....

Pagi tadi semasa ke Mini Market...aku ajak Farhan...aku malas nak turun kerana aku cuma berkain batik saja.

Semasa Farhan turun ke kedai...aku duduk dlm kereta...terus menekan kunci pintu kereta. Memang itu yang aku amalkan...kalau berhenti di mana2 menanti siapa pun aku akan mengunci pintu kereta. 

Ketika aku sedang mengelamun dalam kereta aku tak sedar Farhan dah pun sampai dan mengetuk cermin kereta...

Masuk aje dalam kereta Farhan terus bersuara...

'Apalah ibu ni...duduk dalam kereta kat sini pun nak kunci pintu...'

'Yelah...nanti ade orang datang...bukak je pintu...ambil pisau...cucuk perut ibu...camaner...?'

'Alah...ibu bukan bawak handbag pun...apa yang diorang nak curi...'

'Eh...tak bawak handbag pun kena kunci...nanti kalau ada orang masuk tikam ibu...tapi takde duit nak rompak ...kan tak berbaloi kalau ibu kena tikam...'

'Ibu ni...dia lah yang rasa tak berbaloi...sebab dia tikam ibu tapi tak dapat curi duit..'

'Ibu pun rasa tak berbaloi kena tikam...sebab ibu kena tikam tanpa ada sebab...jadi tak berbaloi...'

'Jadi kalau dia dpt curi duit...dpt tikam ibu...ibu rasa tu berbaloi ke...'

'Kalau dia tikam ibu...pastu curi duit...baru ler berbaloi kena tikam sebab ada duit yang nak dicuri...'

'Apa ibu ni...ada macam tu pulak...'

'Betul ler...'

'Dia lah yang rasa berbaloi sebab tikam ibu...pastu dapat duit...'

'Yelah...dia tikam ibu ....pastu dapat duit....ibu berbaloi kena tikam...orang tu pulak dapat berbaloi-baloi baloi....'

Farhan tak tahan ketawa masa tu...

'Aper ibu ni...konfius Farhan lah...'

Betul ke idak ...aku sendiri pun jadi konfius...saper yang berbaloi...saper pulak yang berbaloi-baloi...atau langsung tak berbaloi....eiiiiii....konfius...!!





...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

10 comments:

iina said...

kak kalau sambung byk2 berbaloi tuh.. leh buat lagu cam ikan kekek mak eloi2 hehehe ;)

Zareda Norman said...

kak ani

yg penting berbaloi baloi dapat bersembang dgn anak bujang tu

Qasfirdaus said...

hehehe. qas pun naik konfius. sgt banyak perkataan berbaloi disituuuuu

ilah jy said...

salam kak anie..
mula baca tegang juga ...sbb suspen... pastu .. heheee.. mcm iklan la pulaaa..

ilah teringat sorg kakak sama2 poco2 di tasik keramat.. dia pernah kena acu pisau ditangan nye semasa dia tunggu anak dia dlm kereta. org tu minta duit. nasib baik h,beg dlm dshbrd keta. yg panik nye anak dia masuk dlm keta langsung tak perasan kan pencuri tu dok acu pisau kat tgn mak dia.. pastu bila dia perasan apa lagi dia jeritttt laa sebab depan rumah saudara depa jer masa tu..masa tu ada kenduri jadi anak dia ingt saudara mara la bual dgn mak nye... tak ke nanyakan kak.. nsibbaik selamat..pencuri tu lariii.. elok juga akak kunci keta tuu...

Acik Erna said...

anie..sapa2 pun tak berbaloi...atau pun berbaloi baloi..
akak pun macam anie..tinggal dalam kete mesti kunci...berhati hati...

Kaktiny said...

mmg berbaloi-baloi la dialog akak ngan si farhan..

sampai naik konfius budak tu.. hehehe..

Mak Su said...

memang berbaloi-baloi :)

tapi kalu tinggal dlm keta, mmg kena kunci pintu. takut...ramai saiko :(

dEeWaN said...

sebenarnya dalam keadaan apapun kita kena bhati2 atau btindak awal untuk kebaikan

Kak anie said...

iina...hehehe...cakap merepek ngan dia sampai akak pun tak tau mana yang berbaloi...mana yang idak...

-----------------------

Zareda...memang berbaloi...pastu konfius...hahaha

----------------------

Qas...tulah pasal...fenin dah...

---------------------

Ilah...memang akak pun ajar anak2..kalau akak keluar je pintu...sekejap pun kunci pintu...bahaya kan...kita tak tau apa yang terjadi...so kena hati2...

---------------------

Kak Erna...kena berhati2 lebih2 sekarang...sebab macam2 boleh jadi

--------------------

Tiny...bukan dia je konfius...last2 akak yang konfius...berbaloi ke tak berbaloi...hahaha

--------------------

Maksu...betul tu...orang saiko ni dia bukan kira...kat tempat sunyi ke...tempat ramai orang pun diorang berani buat...asalkan ada peluang...

kak anie said...

dEewaN...betul tu...kena berhati2 sentiasa...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails