Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, March 15, 2010

Benjy oh Benjy....



Siapa tak kenal pada Khaeryll Benjamin...

Nama glamournya Benjy...

Dia terkenal kerana pernah menerima Anugerah ..

Dia juga terkenal kerana dia adalah anak pada seniwati Azean Irdawaty...

Kini dia lebih terkenal...kerana mendapat liputan meluas atas penahanannya oleh pihak berkuasa kerana disyaki memiliki sebuah makmal mini memproses dadah...

Aku adalah peminat Benjy...

Aku meminatinya kerana dia berjaya membawa apa jua watak yang diberikan padanya...

Paling terkesan di hati bila dia berjaya membawa watak anak istimewa ...kerana dia berjaya meruntun hati kecilku...

Tapi...

Kenapa jadi begini...

Kalau betullah dia bersalah...

Kenapa Benjy sanggup melakukan perkara terkutuk itu...

Tidakkah Benjy fikir tentang hati dan perasaan ibunya bila menerima berita ini...kerana ibunya masih berjuang melawan penyakit kanser yang pernah dihidapinya...?

Tidakkah Benjy terfikir tentang isteri serta anaknya...?

Sebelum ini...aku rasa aku tak pernah dengar gossip2 liar tentang Benjy...

Tapi sekarang...rasanya bukan aku sahaja kecewa...malah ramai peminat2 Benjy di seluruh negara terkilan dengan berita ini.

Apa yang kami harapkan ialah...biarlah ianya tidak benar....

Tapi kalau benar...

Maka...Benjy memang sepatutnya menerima hukuman...kerana kegiatannya itu mungkin telah membunuh ramai anak muda dan belia belia kita...

Dan perbuatannya itu memang keji...





...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

18 comments:

Qas Firdaus said...

tak sangka gile!

dia belakon dalam cite cinta saerah ke ape tajuk nye. tak ingat qas. yang dia belakon ngan umi aida tu. mmg sedihhhhhhh

Kak anie said...

Qas...ye betul...cerita Cinta Saerah tu...akak suka giler citer tu...watak yang dibwanya hidup...sedih betul akak...

Memang tak sangka kan?

zino said...

tak tau nak kata apa.. kita tunggu perkembangan selanjutnya..

Tirana said...

Kak Anie, saya pun terkejut..selama ini tak pernah dengar cerita tak baik tentang dia..Kesian pada ibunya..

afiq said...

isk... sumpah tak sangke.

pB said...

salam ...

bukan salah ibu mengandung

annie said...

Salam ziarah, sebelum tu..nama kita serupa, hehehe...

OOO...rupanya dia ya yg keluar dlm news tu, tak sangkanya, saya cuba utk tak miss menonton lakonan dia kat tv, sbb mmg best sgt dia berlakon, tapi bila dah jadi camni, minat tu dah tergugat sikit lah.. SUBHANALLAH, tak sangka betul.

nuraarin-life said...

Saya antara peminat benjy..masa dapat tahu mmg tak percaya tapi pantai pun boleh berubah, apa lagi manusia...

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam Anie,

Kak Yan pun peminat dia. Tak tahu apa nak kata, mungkin sudah suratan takdir mak dia terpaksa melalui liku kehidupan sebegitu. Siaannnn...dari hadirnya dia, mak dia menempuh berbgai dugaan. Memang berat sungguh ujian ini.

cikMilah said...

kalau tak silap . .bbrp lama dulu benjy pernah juga bersungut ttg masalah kewangan dia dan keluarga.. apalagi bila ibunya di sahkan kanser. Antara yang dia sebut ialah susahnya dia dapat tawaran berlakon sedangkan dia boleh bawa watak dgn baik. Barangkali tuntutan $$$ buat dia kelam mata....

Kak Elle said...

terdesak ke sampai membuat perkara yg sampai begini?

Mak Su said...

:(
saya pun peminat benjy...
:(

zany said...

sedih mengenangkan ibu dia bila anak ditangkap begitu. dahlah sakit teruk, baru nak sembuh, datang lagi dugaan berat. anak oh anak, mak mana yg lelap tidur bila anak ditangkap macam tu. moga ibu dia sabar dan tabah. kita yang diluar ni, moga dilindungiNya.

Erna said...

akak pun tak sabar2 nak tau perkembangannya..

iina said...

Harapnya berita tuh tak benar.. tapi kalau sahih kebenarannya.. seeloknya dihukumlah.. tapi kalau kena fitnah.. emmm.. harap dpt diperbetulkan

Kak anie said...

Zino...semoga apa yang kita dengar tak betul...kesian kat mak dia...

-------------------------

Tirana...tulah...akak sian kat mak dia...sebab kita pun ada anak...kita tau camaner perasaan dia

------------------------

afiq...tulah pasal...tak sangka...shocked

----------------------

PB...betul tu...anak dah besar panjang...tapi segala perbuatan dia...ibulah yang paling terasa...

----------------------

annie...aha lah...nama hampir serupa...

Semoga segalanya tak betul...

----------------------

nuraarin...betul tu...manusia ini akan berubah...harap2 kalau kita berubah...biarlah untuk yang terbaik

----------------------

Kak Yan...semasa menonton siri Terjah semalam...mak dia bercerita ttg kisah Benjy...kesian sgt...memang Mak dia banyak menderita ...terlalu banyak ranjau duri dlm kehidupannya...

--------------------

Cik Milah...oooh...ye ke ...dia pernah bercerita begitu...tapi tu lah...dia berlakon best...kenapa tak dapat job kan? Banyak pelakon sekarang pun belum tentu dpt lawan dia...

Mungkin juga kerana $$$ manusia akan berubah...

------------------------

Kak elle...kadang kadang manusia ni hilang pertimbangan

-----------------------

Maksu...sama lah kita

---------------------

Zany...bila anak ditimpa musibah begitu...hati mak mana yang boleh tenteram kan...mesti sedih...dan tak lekang doa dari mulutnya

---------------------

Kak Erna...kita tunggu ye...

-------------------

iina...harap ianya tak betul...

Luna said...

terharunya saya baca smua komen2 kat sini dan entry kak Anie...ye sememangnya kita takkan mampu menghadapi apa yg kak Yan hadapi...dugaan nya terlalu besar..

semoga Ujian ini menjadi kifarah bg kak Yan ...moga perhimpunan di akhirat nnt kak Yan bersih suci dari dosa dan ini tanda Allah sememangnya sayang kan beliau..

dEeWaN said...

kesian kak yan tu,berbagai ujian dia kena hadapi. apa pun yang salahtetap menerima hukuman tp hrp2 benjy tak bsalah.takut.......

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails