Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, February 12, 2010

Tazkirah Jumaat...

Seperti biasa di Penghulu segala hari ini...ingin aku kongsikan sesuatu yang aku dpt dari inbox email aku...sesuatu yang berfaedah untuk dikongsi dan diamalkan oleh kita sebagai umat Islam...

Yang baik itu kita sebar2kan lah....berkongsi ilmu itu sesuatu yang mulia...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Cerdasnya orang yang beriman adalah,
dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat,
yang sekejap untuk hidup yang panjang.
Hidup bukan untuk hidup,
tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup.
 Hidup bukan untuk mati,
tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati,
jangan mencari mati,
 jangan lupakan mati,
tapi rindukan mati.

Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.
Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup,
tapi mati adalah awal cerita sebenarnya,
 maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.
Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.
Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid,
kerana masjid merupakan pusat keberkahan,
bukan kerana panggilan muadzin
tetapi
 panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.


Kelima:
Jaga sedekah setiap hari.
 Allah menyukai orang yang suka bersedekah,
dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib,
 "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat,
dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat.
 Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah.
Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.
Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.






...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

5 comments:

faridmw said...

salam....
semoga kita dirahmati selalu...

Erna said...

salam anie..terima kasih..atas tazkirah yang amat berguna ini

cj'alhafiz said...

cj pun tengah memperbaiki diri..... nak hati lagi dekat dengan Allah. semoga mendapat tarbiah dan hidayah dari Allah...trima kasih kak anie...

post terbaru di what cj says??
http://cjalhafiz-lifejournal.blogspot.com/2010/02/just-shut-up.html

Mak Su said...

thanks kak. zikir berterusan untuk kita sendiri x putuskan hubungan dgn Allah swt.

MAMAMIA said...

Thanks K.Anie, kerana menyampaikan...

Ramai orang takut mati, sebab tak cukup bekalan lagi... termasuklah org yg menulis ni.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails