Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, February 22, 2010

Sudirman Hj Arshad...



Salam Terakhir

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

( ulang korus1, korus2 )

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini ...genap 18 tahun penghibur no. 1 Malaysia...
yang dilahirkan dari pertandingan Bintang RTM 1976

Sudirman Hj Arshad meninggalkan kita...

Pergi mengadap ALLAH yang Maha Esa pada 22 Februari 1992 di usia 37 tahun...

Seandainya Allahyarham masih hidup ...usianya sekarang sudah menjangkau lebih kurang 55 tahun.
Biarpun Allahyarham telah lama pergi...namun lagu2nya tetap berkumandang...lebih2 lagi lagu
Balik Kampung...setiap hari perayaan...pasti lagu ini akan dimainkan untuk menghidupkan kemeriahan mereka yang berpusu pusu untuk pulang ke kampung.
Lagu2 seperti :
Ayah & Ibu, Basikal Tua, Dari Jauh ku Pohon Maaf, Gerimis di Lautan, Hujan, Merisik Khabar, Milik Siapakah Gadis ini, Terasing dan banyak lagi mengingatkan kita kepada kemerduan suaranya.

Aku paling minat lagu Hujan, Merisik Khabar,Milik Siapakah Gadis ini dan...Salam Terakhir...

Sehingga sekarang...jika mendengar lagu Salam Terakhir ...
masih terasa meremang bulu roma ini kerana lirik lagu itu
bagai menggambarkan 'pemergiannya yang abadi'....

ALFATIHAH untuk Allahyarham..
semoga rohnya dicucuri rahmat....



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

19 comments:

KLMari said...

Lagu-lagu Allahyarham memang evergreen...Masa pertama kali jumpa hubby, lagu Milik Siapakan Gadis Ini yang dia tujukan untuk saya...Tarikh 22 Februari 1992 tu pulak hari pertama saya mendaftar di MRSM Muar..Dan saya sangat sangat suka tengok cerita Kami, lakonan beliau...Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman...

tunbegia said...

pagi tadi cuma kat radio HOT.FM saja yang special siarkan lagu-lagu Allahyarham Sudirman. Radio yang lain membebel pasal jalanraya,

salamm,

ida napi said...

Al-fatihah buat Allayarham dan ahli keluarga kita yang telah pergi kepadaNya..

Unknown said...

Salam Kak Anie....
ya memang betul...lagu-lagu arwah Sudir masih lagi evergreen.....

Unknown said...

salam anie..ina pun minat dengan lagu-lagu sudirman..akak suker..

Zareda Norman said...

masa zaman sekolah, saya pernah jatuh cinta dengan Sudirman masa dia nyanyi lagu bol radha bol.. hehehhe Ironik kan.. ada stu siri TV wawancara kakaknya, macam macam perkara pelik berlaku sewaktu arwah sakit kan.. misteri

Al fatihah... semoga rohnya terus dicucuri rahmat..

N said...

Suka lagu ni,sedih sangat

Kaktiny said...

tiny pun minat sgt dgn sudir nih..

sapa pernah buat konsert free kat chow kit.. dia sorang jer yg buat.. dan dia jugak anak melayu pertama buat konsert kat Albert London Hall.. kagum tul..

dia salah seorang anak melayu yg berjaya membuktikan akademi, seni dan perniagaan serta nilai timur dan budi bahasa buleh jalan seiring..


susah nk jumpa anak melayu mcm dia.. kan akak kan..

nuraarin-life said...

Sudirman hj arshad.. mendengar namanyer terus berkumandang lagu2 yang mengusik jiwa...

18 tahun pemergian, kalau ada anak dah anbil spm yer kak anie

silversarina said...

Lagu2 arwah sudirman memang best2 ... al Fatihah buat arwah.

Acik Erna said...

anie..akak pun minat sangat dengan lagu2 arwah..alfatihah..

zafi said...

Al Fatihah...
I really like his songs.. his talent..

Kak anie said...

KLmari...memang lagu dia tak jemu didengar...sentiasa segar dlm kalbu kita

-----------------------

Salam Tb...tulah...hanya hotFM aje yang buat rancangan mengingatinya...

----------------------

idahani...semoga roh mereka dicucuri rahmat

---------------------

Betul tu cj...lagu2nya tetap tak jemu didengar hingga sekarang..

---------------------

Ina...tulah...anie pun suka

--------------------

Zar...memang pemergian & sakit nya meninggalkan misteri...

Semoga rohnya dicucuri rahmat...

------------------------

perempuan itu...lagu salam terakhir tu sedih sgt

-----------------------

Betul tu Tiny...dia seorang anak seni yang berpendidikan...mempunyai matlamat...tapi sayang umurnya tak panjang...

Susah nak dpt insan seni sepertinya...

---------------------

nuraarin...betul tu...kalau perkahwinannya dulu ada zuriat tentu dah besar dah...

---------------------

Rina...sedap dan evergreen...

---------------------

Kak Erna...sedap didengar hingga sekarang...

Mulan said...

adik arwah, my senior kat sekolah. dia selalu datang dgn kay dulu.. ada kat fb saya..

Lee said...

Hello Anie, Wow, time sure has passed by all too quickly. And yes, I remember Sudirman and his beautiful songs on the radio, TV old days.
Sad he passed away at so young an age.
You keep well, best regards, Lee.

Masy said...

alfatihah~

MOKCIK AZWA said...

Al Fatihah buat arwah.

Semua lagu arwah saya suka...dari yg rancak kepada yang tangkap leleh. ingat lagi arwah meninggal tu mokcik baru beberapa hari join kerja di jabatan skang nie..semoga rohnya dicucuri rahmat...aminnn

aNIe said...

Zafi...yup he is so talented

Mulan...cerita tentang Kay langsung dah tak dengar lagik kan?

Uncle Lee...yeap...he passed away at early age...his songs are evergreen...love all his songs!!

Masy...al=fatihah...

Mokcik...memang lalu leleh dia boleh meleleh air mata dibuatnya...kalau yang ceria boleh buat kita sama ingin menari...

Anonymous said...

tak tau apa nak ckp...tp mmg dari kecik lagi i minat kat allahyarham...i suke semua lagu2 dia...
tiap kali dengar lagu dia i pasti meneteskan airmata....rindu dgn dia sgt2....smg rohnya bersama org2 yg beriman...al-fatihah utknya....

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails