Salam Maulidur Rasul buat semua pengunjung blog aku...
Sepatutnya hari ni cik abang aku balik sini...tapi dia terlibat pula dengan perarakan Maulidur Rasul di Melaka..
Bercakap pasal perarakan pada hari Maulidur Rasul...rasanya...kali terakhir aku mengikuti perarakan seperti itu ialah ketika aku di Tingkatan 5...Sekolah MGSS Melaka dahulu..
Beberapa hari sebelum menjelang hari besar itu...Persatuan Agama Islam kami dah mula buat persiapan yang sepatutnya.
12 Rabiulawal...pagi2 kami semua dah memakai baju kurung sekolah...dan mengenakan tudung kepala...dulu diorang semua tak bertudung ye...jadi kami semua memakai selendang sahaja menuju ke sekolah di mana kami beramai2 berjalan kaki ke tempat berkumpul.
Pada tahun terakhir aku mengikuti perarakan tersebut...aku ditugaskan memegang bendera sekolah ...bergilir2 dengan sepanduk...
Aku berbadan kecil ...membawa bendera sekolah ...menyongsong angin memang memenatkan.
Perjalanan kami bermula dari Stadium Kubu ke Padang Banda Hilir...masih ingat lagi ketika itu...bila sampai di bangunan Stadhuys..aku dah tak berdaya membawa bendera sekolah ...penat...lenguh...jadi bendera tu dah tak menegak seperti sepatutnya. Dari situ aku betukar pula memegang sepanduk dengan rakanku...
Tapi...seronok dan rasa bangga berada di barisan hadapan perarakan kerana ia menandakan kami adalah senior sekolah tersebut...dan itulah kali terakhir aku mengikuti perarakan sempena Maulidur Rasul.
Berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. sepanjang jalan...betapa cerianya kami ketika itu...ianya suasana yang sukar dilupakan...saat gembira sebagai anak2 sekolah...dan ianya telah pun berlalu...lama dahulu...
Yang tinggal hanyalah kenangan....
Gambar kali terakhir aku mengikuti perarakan Maulidur Rasul...
di Padang Band Hilir...kelihatan sedang mencangkung
di hadapan sekali Ustazah sekolah kami
Ustazah Mariam...aku tak tahu di mana dia sekarang...
Walau di mana jua dia berada...dia sentiasa dalam kenangan...
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
8 comments:
Kak Anie
Yg pegang sepanduk sambil duduk tuh akak ke?? cam cute jek hehehe ;)
salam maulidul rasul.. nostalgia gambar tu hehe
iina...kak anie yang berdiri...tgh berebut kawan tu nak pegang sepanduk ditariknya tudung akak...haahaha
-------------------
Zino salam maulidur rasul...hehehe...memang nostalgia kan?
Salam Maulidur Rasul
Aku ada join masa ni tapi sbb ting 2 maka dihantar ke belakang .. tak baik betul
comelnya masing-masing berbaju kurung takat peha.. hehee..
sekarang ni ada lagi ke macam tu?
:D
best gak bila kenang waktu sekolahkan kak. skrg ni berarak dkt jer dr stadium fatimah ke masjid al-azim.
Ajzie...salam maulidur rasul...
Sya...kau kan junior aku...dok belakang jejauh...hehehe
Neeza...sekarang baju kurung semua dah lepas lutut dah...
deEwan...tulah abng akak cakap lebih kurang 2 km aje...tapi yg paling seronok masa sekolah lah ye...bila dah besar ni rasa malas kan?
Post a Comment