Ada masanya aku rasa geram dengan diri aku...
Sebabnya...reaksi aku yang lambat...lambat memberi tindak balas yang sepatutnya pada perkara perkara yang membuatkan aku marah...geram.
Pernah tak kadang kalau kita dimarahi...atau diperlakukan dengan tidak sepatutnya...kita cuma berdiam diri.?
Tapi bila orang yang melakukan perkara itu berlalu barulah datang idea2...macamana nak jawab pada orang itu...tapi dah terlambat...
'Kenapa aku tak cakap macam ni...?'
'Kenapa aku tak balas je cakap dia...'
'Kenapa aku tak memberitau yang sebenarnya...?'
'Kenapa aku tak lawan aje dia tadi...dia ingat dia siapa...nak cakap aku macam tu pulak...'
Seringkali idea untuk membalas balik kata2 orang itu datangnya terlewat...selepas mata terkebil-kebil dimarahi atau diperlakukan dgn tidak sepatutnya.
Aku memang selalu macam tu...
Kalau memandu pun begitu...
Jika orang yang memandu di hadapan memandu dengan cara yang membahayakan...atau membuat sesuatu yang boleh menyebabkan aku hampir dlm kesusahan...aku cuma mampu membebel...marah dengan macam2 perkataan yang tak sepatutnya.
Seringkali anak aku akan mengingatkan aku...
'Ibu hon aje ler...'
Baru lah lepas tu aku terhegeh2 nak tekan hon...sedangkan kereta di hadapan dah pun berlalu jauh...
'Ibu ni...selalu macam tu...len kali ibu hon aje...'
'Tulah...ibu tak tau apsal...tangan ni lambat sgt nak tekan hon tu...'
'Kalau kak Ude kat sebelah dah tentu dia yang tekankan untuk ibu...
Memang kalau Ude duduk di sebelah aku...dialah yang akan menekankan hon andai ada kereta yang tidak memberi isyarat & tiba2 memasuki simpang...atau kereta yang mau memotong queue...atau apa jua kesalahan yang boleh melibatkan kami...
Aku pun tak tau kenapa aku macam tu...Lembab betul...!!
Geram sebab aku tak dapat melepaskan geram pada mereka yang sepatutnya...!
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
10 comments:
sungguh penyabar mak,
salamm,
tu maknanya akak sorang yg penyabar kak then akak bukan nya pemarah..akk kan kuat gelak..[ewah pepandai jer saya kak]
ha ah..sy pun pnh juga macam..'lahai,nape la aku xcakap mcm tu td,xbuat camni td'
isk3..kelembapan betul rs dri sndri.uhuk
huish..rasanya tu bukan lembab kak.hehe..mak saya pun mcm tu.akak ni penyabar orgnya..sbb tu takde pun nk buat reaksi balas dgn cepat..hehehe..
dan maybe sbb akak bukan seorang yg cepat marah..kalau org cepat marah mmg cepat je tindak balasnya..hehehe
itu pendapat saya.. :)
kak biar lambat asal selamat.. hehehe ;)
bukan lembab. idea lambat datang hehe..
samalah kita.
maksu pun mcm kak anie, selalu terkial, nak tekan hon pun macam seboleh2nya nak elak. ketika yg tepat utk tekan hon, tapi dok terkial-kial.... huhuhu
kalau sakit hati kena smash ngan orang, selepas 2, 3 hari baru maksu boleh fikirkan jawapan pedas. bila nak smash balik, dah tak relevan. huhuhu. entahlah kak anie. sabar jer lah
Ada hikmah tu... kalau on the spot lepaskan marah, nanti hal kecik pun boleh jadi besar...
Tb..terlampau penyabar kot...hehehe...tu yang jadi camtu...
---------------------
idahani...hahahaha...anda betul..kuat gelak...susah nak marah...
---------------------
kuyam...tulah...rasa lembab kan...bebudak sekarang cakap lampi...lambat pikap...hahaha
--------------------
Leeya...betul kot apa yang leeya cakap...akak ni memang lambat marah...kalau nak marah pun dah tak guna lagik dah
-------------------
iina...hehehe...selamat...memang selamat...
-------------------
Hahaha...kak pah...tak kreatif agaknya...
-------------------
Maksu...memang tak relevan lagik dah...nak pikirkan perkataan yang nak marah tu kadang ambil beberapa minit...bukan beberapa saat...hehe
------------------
Mamamia...hmm...ada hikmahnya...
kak anie
saya dulu pun gitu.. lepas dah berepa ketika baru sedar 'kenapa aku tak buat cam ni, kenapa aku tak balas cam gitu'
tapi sejak belajar ilmu kaunseling ni.. perasaan tu dah boleh diuruskan.. tak de simpan dalam hati pun, tapi zar ni cepat panas dan cepat plak sejuknya..
Post a Comment