Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Saturday, January 9, 2010

Ntah Bilalah Agaknya...


Masa duluuuuuuuuu....masa aku mula berkawan dengan cik abang...bercintan cinton dulu...dia janji akan berhenti merokok....

Jadi bila terserempak dia dan kawan2nya ...kalau dia sedang merokok...cepat2 dia sembunyikan rokok kat belakang...tapi aku tau tu...aku malas nak cakap aje...

Masa duluuuuuuuu lagi...bila kami dah tunang...dia cakap lagi nanti dia berhentilah...

Pastu...bila dah kawin...dia cakap jugak...nanti abang berhentilah...

Aku dengarkan aje le....

Tiap kali masuk bulan puasa...dia cakap...'Lepas puasa ni abang rasa abang nak berhenti isap rokok lah...'

Dah berapa kali puasa pun tak berhenti2 jugak...

Yang paling best...bila Belanjawan Negara...

Harga rokok mesti naik...

'Harga rokok pun dah naik...rasanya lepas ni abang nak berhenti merokok lah...'

'Iyer lah bang...' aku iyer kan aje...

Esoknya...dia berhenti di kedai jual rokok...aku nampak dia beli satu karton rokok...

'Larrr...kata nak kurangkan isap rokok...?'

'Iyer lah..'

'Tapi tu beli satu karton?'

'Sebab esok harga rokok dah naik...'

Gitu pulak.....!!

Tapi alhamdulillah...lepas si kecik ni ada asthma...dia dah kurang merokok...tak merokok dalam rumah...tak merokok dalam kereta...dan juga di pejabat...

Kalau dulu 1 kotak...sekejap aje abisnya...tapi sekarang 1 kotak...sampai 2-3 hari...

Harap2 satu hari nanti dia dapat berhenti terus...tapi kata orang...untuk membuang terus memang susah...

Oleh itu pada anak2 muda...janganlah mulakan...kerana sekali mula akan mengambil masa yang lama untuk berhenti...









...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

22 comments:

Zareda Norman said...

cik hubby saya pun isap rokok curi curi, dah tabiat dia susah nak henti agaknya..

Sya said...

Kat rumah ni memang takkan ada bau rokok.. Arif sensitip giler kalau bau asap rokok, kalau ke kedai makan kalau ada org isap rokok mesti kena pindah tempat, ada sekali tu sampai 3 kali pindah sampai haku hangin sekepala. Tu sbb dia suka ngan tak suka kalau gi rumah ko bila pak ngah dia ada.. tak suka sbb ada bau rokok dan suka sbb bila pak ngah dia ada si kecik tu kurang berbunyi.. ko tau le dia .. org tak beradik

Kopi Suam said...

betul lah tu kak kalau dah mula memang payah nak berhenti punya..ingat saya ayah masa kecik2 lama jugak baru dia betul2 leh berhenti.

saya memang dari dulu kalau carik boifren syarat utama tak merokok. Orang asma cam saya ni sensetif bukan setakat kena asap bau rokok aje pun leh kena attack..

ibundo said...

tu dah satu permulaan yang baik tu anie. beri galakkan dan perangsang. nanti berenti la tu.

ilahjy said...

heheee kelakau lah abg kak anie tu ...berapa kali mau behenti daaaa hikhik...
cik abg kat umah ni lak..kalu tak silap dah 8thn dah berhenti rokok.. itupun kali ke 3 percubaan baru berjaya.. tu pun disebabkan anak2 mengutuk habisan sampai dia terkedu tak terkata apa..sbb sikecik yg baru usia 3 tahun masa tu pandai kutuk abah dia rupanya.. sejak dengarkan kutukan si kecik tuuu (la ni dah nak masuk 12 thn dah umur dia..) sejak tu si abah ni pun berhenti rokok dah..
agaknya cik abg kak anie tu nak kena kutuk dgn anak kot baru mau henti terus koooottt hihiihiiii...

p/s kak..ilah sakit tiriod dan kolestrol tinggi la kak..amat teruk ..huhuuu

Tirana said...

Kalau nak berhenti merokok, memang kena kuat semangat betul...

ummi365 said...

kak, kita serupa... tapi bila imran ada dia takkan pegang.. sebab imran pernah kata kat dia "Ayah nak mati cepat ke?"

hehehe.. kena batang hidungkan..

myQza said...

ekekekke.. aduhai! InsyaAllah kak. Satu hari nanti boleh berhenti sepenuhnya

zino said...

kalau dah merokok memang amatttttttt susah nak berenti.. kalau dia boleh berenti.. boleh bagi hadiah tu hehe

Cat Cat said...

Kak Anie,
Cath muda-mudi dulu smoking juga... Tapi bila dah ada anak, Cath stopped. Taaaapi, sejak 6 bulan lalu, Cath started again... tak kuat sangat - sekotak last for a week. Hehe!

Oh, kat sini rokok pun mahal - baru semalam Cath ke 7/11 - dua kotak $12.50 hilang... Huhuhu!

iina said...

Samalah kita kak.. saya pulak lagik ada asma.. memang dah letak pantang larang no smoking in the house.. sbb klu saya sakit bkn dia yg susah.. tp kalau kena asma mmg saya susahkan dia.. nasiblah kan hehehe.. btullah kdg2 dah mls nak ckp byk.. iyakan jek.. tegur dan ingatkan selalu.. tp sendiri kena ingatlah kan

KV said...

insyaallah kak, moga ada kekuatan untuk cik abang akak benti merokok.

Kak anie said...

Zar...curi2 takpe...sebab kalau curik2 tu tak selalu...hehehe

-------------------------

Sya...aku sekarang pun tak boleh tahan sgt dengan bau rokok...dah berumur agaknya...aku mesti terbatuk2 dan terlalu sensitif dengan bau asap tu..

--------------------------

KS..alhamdulillah dpt yang tak isap rokok sampai sekarang ye...akak bagi syarat suruh berhenti...tapi tak berhenti2 jugak...hahahah...silap syarat lah

--------------------------

Kak Pah...nampaknya anak2 pun mesti jadi pendorong jugak pada dia...

-------------------------

ilah..anak akak dah suruh dia berhenti...tapi susah jugak nak berhenti...

Ilah...jaga diri...jaga kesihatan tu...bahaya kolestrol tinggi tu...

------------------------

Kak anie said...

Tirana..betul tu...semangat dari dalam diri kene kuat...

------------------------------

Ummi...hahaha..caya lah imran...memang cakap terus terang aje...takde lindung2 lagi

------------------------------

tEDl...harap gitulah...memang harap dia berhenti terus...

------------------------------

Zino...wah camni kena pikirkan hadiah apa nak beli

------------------------------

Cath...kat sini pun sekarang trend...gadis2 smoking ...sebab ramai yang kata untuk kuruskan badan...

Oooh...kat sana pun rokok mahal ye...

----------------------------

iina...kadang2 kalau diorang isap banyak2...pastu batuk...susah hati kita dibuatnya...

----------------------------

KcV...akak memang berharap dia dpt berhenti terus...

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL Precious said...

Kalau 1 kotak tahan 2, 3 hari dah kira bagus tu ...

Masy said...

takde cik abang eheheheh

sally said...

salam kak..

sama la kita kaakk...

dah berbuih suruh berhenti rokok..
iye lar..iye lar...tak jugak berhenti..

Unknown said...

Kak Anie,
Kita serupa, dari dulu dengar yang sama jugak...

Tp cik abang yus pernah berhenti 10 bln masa di UK dulu, entah mcm mana start balik sbb kata dia tensen phd tak siap2 masa tu. Bila kita bising, dia jawab, nak balik Mesia cpt tak? Merokok ni, blh release tensen kata dia..huhu.

Alhamdulillah...selesai juga kerja2, tp tulah...mmg susah nak berhenti agaknya...hmmm

Mak Su said...

ntahlah, mmg pyh nak berenti kot... huhuhu

zue said...

suami zue pernah juga cuba brhenti merokok itu pun cuma brtahan selama 2 bln je sbb dia puye jantung jadi x stabil lepas 2 hisap balik ok lak tu.

org kat klu nak brhenti x leh brhenti terus kena kurangkan merokok dulu.

umur ayah zue dah menjangkau 82 thn ni baru brhenti merokok itu pun DR. nasihat suruh brhenti.

en_me said...

saperlar tak sayang anakk kanns.. (tak sayang bini takperr.. ekeke).. larikkks

aNIe said...

Hidup Berani untuk gagal...harap2...satu hari nanti pasti dia dpt berhenti...

--------------------------

Masy...boipren?? Hehehe

-------------------------

Sally...susah kan? Kalau selalu di suruh...dan beritau merokok tak elok utk kesihatan..dia kata doktor pun isap rokok...hehehe

------------------------

Yus...hehehe...pandai diorang jawab kan...?

Harap2 mereka akan dpt berhenti satu hari nanti...

------------------------

Maksu...dah mula memang payah...

-----------------------

Zue,...last2 akak amik keputusan..biarlah dia berhenti dengan kehendaknya nanti

-----------------------

en_me...hahahha...pandai lariks ye...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails