Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, January 7, 2010

Bila Anak2 Dah Besar...

Dulu masa anak kecik2...kau pakai apa aje lah...diorang tak kisah...

Biar baju itu singkat...ketat...diorang tak pandai nak menegur...

Tapi bila anak2 dah besar...segala2nya menjadi teguran.

Yang tak berkenan di mata mereka...terus aje mereka cakap...


Kelmarin semasa ku pergi jalan2 dengan Fareez di Plaza Massalam...

Masa tu aku 'window shopping' je...maklumlah 'banker' aku takde. Masuk kedai...keluar kedai. Kemudian aku masuk kedai kasut..'Clark'...berkenan pulak dengan yang bertumit tinggi. Dah lama sungguh aku tak menggunakan kasut bertumit...rasa macam pendek aje aku...

Semasa mencuba2 tu...datanglah jurujual tu mengekori ke mana saja aku pergi...tak syoklah...orang nak menerai...dia dok ikut aje aku...

Tak lama kemudian...Fareez sampai dari kedai game dengan Farhan.

'Ibu...ibu nak buat aper?'

'Nak tengok kasut...'

'Alah jom le keluar...'

'Kejap le...ibu nak try kasut tinggi ni...cantik kan..'

'Cantik...tapi tak padan dengan ibu...'

'Kenapa?' ....aku terus memandangnya...

'Sebab ibu dah tua...tak payah ler pakai kasut tinggi...dulu masa muda ibu takmo pakai...'

'Dulu muda2 ibu pakailah...bila ibu sakit kaki doktor tak bagi pakai...ni dah baik ibu nak pakai balik lah..'

'Tak payah ler...ibu dah tua...'

Isyykkk!! Budak ni...berdesing telinga aku tau...lebih2 lagi tengok jurujual tu tersenyum2 dengar dia cakap camtu...

'Okaylah dik...len kali akak datang...kacau lah bawak bebudak ni...ade ke dia kata akak dah tua...'

Budak tu tersengih2 sambil memerhatikan aku berlalu pergi bersama anak2...




Semalam pulak...si Farhan pulak yang buat aku geram...

Masa tu aku sedang memilih baju di sebuah kedai...

'Ibu...blaus ni cantik ibu...' sambil menunjukkan sehelai blaus...memang cantik...warna hitam & putih...

'Hmm...cantik...tapi ibu berkenan yang ni...'

'Yang tu labuh sangatlah ibu...tak sesuai dengan ibu...'

'Yang ni pun sama jugak labuhnya...' sambil aku meletakkan kedua2 blaus itu dekat tubuh aku...

'Yang ni cantiklah ibu...yang tu labuh...ibu pendek...tak cantik...tak sesuai...'

Aku masih tak puas hati...sebab baju yang aku pilih tu...potongan dia cantik...

'Ibu suka yang ni lah...baju ni kembang sikit...kena pakai dengan seluar yang kecik sket...mcm tights..'

'Ibu...memang le baju ni kena pakai dengan tights'

'Iyerlah...tu ler...nanti ibu cari le tights 1...'

'Ibu...tak sesuai lah...ibu tau tak...ibu dah tua...kalau pakai tights...bila ibu jalan je...peha ibu bergegar...sebab banyak selulit...dah tak boleh panggil tight lagik dah...'

Masa tu aku dah berdekah-dekah ketawa...rasanya satu kedai tu dengar aku & Farhan tergelak...

Bertuah punya budak...!!

Tulah dia bila anak2 dah besar...merekalah yang menjadi pengkritik aku yang utama...





...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

22 comments:

Tirana said...

Sama la macam anak-anak saya..pakai yang lain sikit dari biasa, diorang akan kata...mama dah tua la..tak sesuai pakai macam tu..panas aje telinga mendengar.

Zareda Norman said...

kak anie

sabao ajelah kan..

part dah tua tu lah sensitipnya.. heheh

Erna said...

salam anie..anak2 ni telus,dia kan cakap ape saje..anak akak lain pulak..kalau akak cakap mak dah tua..dia kata mak jangan cakap dah tua,nanti tua betul..mak cakap dah muda..ha ha..akak pulak gelihati..kalau balik kampong..nanti dia cerita ngan mak sedara dan sepupu2 dia..kawan2 aimi kata mak emi nampak muda..amboi..kecik lagi tau pulak orang nampak tua ke muda..budak2 ni macam2 ragam..

amiza_yul said...

mak ngah,kerapkan pegi pocho2 dan aerobik.

aNIe said...

Tirana...kadang2 komen diorang boleh pakai jugak...tapi bab tua tu diorang tak pandai nak beralas cakap...hahaha

------------------------

Zar...tulah...tak sensitif betul bebudak ni...hehehe

-----------------------

Kak...kawan2 Ude pun slalu cakap mak Ude muda lagik...tapi bebudak yang jeles ni cebik2 kan anie...tak aci betul kan?

----------------------

Miza...dah penat dah poco2...aerobik pun ye...

Leeya said...

hahaha..jap2..nak gelak dulu..hahaha..

kalau mak saya anak2 cakap cenggitu mau 7 hari 7 malam menangis.hehehe..kalau mak saya pulak dressing nak cam orang tua betul..dari warna baju sampai style tudung.lagi2 dah pencen ni..mmg tak suka la tgk.kadang2 saya belikan je terus..tak yah tunggu dia yg pilih..sure dia pakai..anak yg bagi kan? hehehe..

next time shopping tak yah bawak diorang..hehe

iina said...

Akak dah ada pengkritik tetap ler skrg nie hehehe.. lepas nie klu nak shopping kena p sorang2 ler kak lagik senang hati takde org komen ;)

MAMAMIA said...

Anak2 Kak Anie boleh jadi host 'Tangkap Muat' lah.. ganti si Rizalman dgn siapa lagi sorang tu???

sI tEDI said...

nasib baik dapat ibu yg penyayang,, dapat yang garang mahunyekena pelangkunG!!

ekekekeke

Diyanazman said...

hahahaha!! kelakar gilerrrr!!
hahahhah.. kak anie, mmg best la bila anak dah besar panjang... si farhan bukan main pandai pasal fesyen!! seronokla boleh buat macam kawan2 jer...

:)

POSH76 said...

komen budak2 zaman ni mmg pedas mengalahkan juri AF...tp ada kdg2 ada kebenarannyer...hehe

MushroomCute said...

kahkahkahkahakha.... gelak tak hengat dooonia Mush dibuatnya...

~ yus ~ said...

mesti selamba jer muka diorang masa beri komen tu yer kak anie...:D

Mak Su said...

aaaa? peha bergegar2 katanya? banyak selulit? huhuhu (pin san) (terbayangkan diri sendiri depan cermin)

Kak anie said...

Leeya...ibu yang ni memang suka kalau warna2 garang...tapi akhir2 ni minta warna hitam...putih ...dan pastel kaler...

Leeya...diorang tu kalau dengar akak nak pi shopping semua nak mengikut...bukan nak aper...nak makan je...pastu ajak kita balik...geram betul

-----------------------

iina...sekarang ni disebabkan dah biasa tanya bebudak ni...kalau pi shopping sensorang dah jadi serba salah nak beli ke idak...

----------------------

Mamamia...hahaha..yang diorang ubah gaya seseorang tu kan...? Farhan tu kalau buat komen tak sembunyi2 lagik

----------------------

tEDl...sebab ibu diorang camni lah diorang berani cakap...hahaha

----------------------

Diyanazman...kalau dpt pompuan lagik best...akak ni ade ler sorang anak dara tu...lagi hampeh...kalau kita ajak dia membeli beg ke baju ke...langsung dia malas nak ikut...

Dpt yang lelaki pulak...mengkritik tak hengat...hahahaha

-----------------------

Posh...bila yang benar tu susah nak telan tu...hehehe

----------------------

Mushroom...akak pun gelak guling2 masa tu...siap dia eksyenkan peha akak gegar2 ni...geram betul budak tu

Kak anie said...

Yus...dia siap eksyenkan...peha di goyang2nya...mau tak gelak besar akak...

-----------------------

Maksu...hahahhaha...mak dia ni rasa muda...nak pakai tight le konon

zue said...

betullah kak anie..bukan anak2 je yg pndai kritik suami pun sama.

awal2 tudung ikin kluar..dia org ni kritik katanya dah mcm org indo.
tapi zue buat bodoh je pakai.

KAKTINY said...

adduuuhhh.. betapa anak2 itu menzahirkan kata-kata yg tulus, mulus dan jujur, ikhlas dari hati dan sanubari yang paling dalam.. wakakaka...hahahaha...

smash hit tepat dan pedas cam aflin aman ramli..
(buleh apply jadik pengkritik AF 36 ni.. kehkehkeh...)

sakurasa 2 said...

Salam dari sakura di Brunei Darul Salam

Kak anie said...

Zue...kalau cik abang tu...dia tak kesah sgt...asalkan baju tak jarang...tak singkat atau terlalu ketat..dia okay je...

Bila dah ramai2 pakai tudung tu dah rasa okay kan? Cantik pulak...hehehe

----------------------

Tiny...jgn ketawa bebanyak tau...nanti gugur gigi...hahaha

Tulah...pengkritik pedas...takde tapis2 lagik...

----------------------

Salam sakuran..rindu nak baca catatan sakura lagik...Harap sakura sihat selalu...

sya said...

Anak2 aku tak komen le plak.. tak kisah mak dia nak pakai apa cuma Amiza aje kekadang bila aku tanya baru dia ckp

Kak anie said...

Sya...okay ler tu...aku ni suka tanya2 bebudak ni...sebab nanti diorang banyak komplen...hehehe

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails