Semalam...dah mula sibuk...kerja aku seperti tahun2 sudah..
Cik abang takde...jadi akulah yang jadi drebar..untuk anak2 ke sekolah.
Dan seperti biasa...hari pertama persekolahan...mak ayah ramai yang cuti untuk menghantar anak2 di hari pertama. Apatah lagi anak2 yang baru masuk Tahun Satu.
Semalam...aku keluar jam 12.45 untuk menghantar Fareez yang sekolah sessi petang. Sampai aje kat roundabout sekolah...hampir2 1km dari sekolah kereta dah mula jem...adoyai!!...Macamaner ni...?
Fareez dah bising...katanya mesti lambat sampai...
Aku cakap...bukan Aeez aje yang lambat...belakang kita ni berderet lagik kereta.
Sekolah dia pulak...satu laluan dengan sekolah Menengah. Waktu dia masuk sekolah...bebudak sessi pagi pulak keluar...jalan menjadi begitu sibuk dengan kereta yang mengambil anak2 balik sekolah...bas sekolah...ibubapa yang menghantar anak2 Tahun Satu...yang datang nak beli buku anak2...sampai naik mengantuk aku kat dalam kereta.
Kesesakan tu jadi lebih teruk bila ada kereta2 yang meletakkan kereta mereka di kiri kanan bahu jalan...jadi kereta2 kena bergerak perlahan...kalau kereta kecik senang ajelah...sup sap...sup sap aje...kalau kena yang bawak Alphard ke Naza ke...4 wheel drive ke...naik seram kita di sebelah mereka.
Setiba aku di depan pagar sekolah...memang kereta tak boleh nak bergerak langsung...aku pun tak boleh nak turunkan Fareez sebab takut untuk membiarkan dia melintas sendirian...biarlah lambat asal selamat. Kereta yang datang dari hadapan arah bertentangan bertali arus...dan kereta yang dari arah laluan aku...tak boleh nak bergerak.
Semasa aku bergerak sedikit ke depan...baru ternampak...ada kereta yang parking di bahu jalan yg main suka2 aje parking keretanya...bontot kereta dia terkeluar di bahagian jalan menyebabkan haluan di sebelah kiri menjadi sempit dan tak boleh bergerak kecuali ada kereta bertentangan yang bagi jalan...
Heran betul aku tengok diorang ni...nak menyenangkan diri sendiri tapi menyusahkan orang lain...bukan aku aje merungut...kereta2 dari arah yang sama pun dok tunjuk2 kat kereta tu.
Aku memang paling geram dan sakit hati orang yang macamtu...letak kereta tak pakai otak. Dan fikiran jahat aku terus berfikir...kalau ada orang langgar bontot kereta dia tu memang padan le muka dia.
Memanglah tempat tu susah nak cari parking...tapi aku berusaha jugak berpusing berkali2 di tempat yang sama untuk terus mencari supaya takde orang yang marah2 dan maki2 aku kerana meletakkan kereta sesuka hati.
Pada tuan punya kereta tu...aku rasa bukan aku aje yang marah...mungkin berpuluh...memaki dan memarahi dia kerana menyusahkan orang lain...
Len kali gunakan otak sket ye...!!
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
11 comments:
kak anie
kalau zar memang zar amik gambar dan tuliskan note lekat kat wiper.. adaler 2-3 kali zar buat gitu.. hehhehe.. zar pun mcm kak anie, tak suka letak kereta sesuka hati.. biarlah jauh menapak asalkan tak kena maki dengan org
kak anie.. semalam memang hari panas hati sebab parents ni letak kereta ikut suka dia... yang pandai sangat tu letak kereta betul2 depan pintu kecik orang keluar masuk... aduhai pikirlah sikit.. semua orang keluar ikut pintu, disebabkan nak anak dia terus masuk kete dia sanggup menyusahkan orang lain.
maksu tak suka ambil risiko, sebagai pemandu yang slow motion, biarlah maksu bersusah cari parking yang original, selamat. diri selamat, kereta ok, orang lain pun ceria
Memang.. sama aje kat sini kalau boleh nak letak keta betul2 depan gate tu supaya anak2 dia boleh terus melompat masuk keta cam anak tu akan mati kalau kena hujan setitik atau panas sekejap.
Kalau sekolah rendah tu aku faham le lagik, ini anak dah sekolah menengah pun manjakan cam tu .. eiii geram
Samalh kat mana pun , ada mak bapak yang main letak aje kereta ikut suka, saya pun dah kena dah hari pertama baru ni ( ada tulis dalam blog ) .
mmg sakit ati kalau jumpa org mcm tu..tu belum yg berhenti tgh2 jalan turun n amik anak lg tu. Dah lah tu, anak dia punyalah lambat nak masuk keter. Siap ada yg dok turun masukkan beg anak2 dlm bonet dulu....mmg tak pikir org langsung...
Teruk tul kalau jenis orang tak pikir orang lain..dia pikir dia aje senang...Rasa nak langgar aje !!! Hari tu masa pergi beli buku sekolah anak pun, ada sorang akak ni park betul betul kat exit gate...dah ler keluar gate tu terus MRR2...tak pikir langsung...Kalau saya, takperlah jauh asalkan tak susahkan orang dan kereta kita pun tak calar...Entah mana dia letak otak dia agaknyer...
salam kak anie...lama ilah bercuti dr melawati blog2 dan kerja ini baru nak bermula... sbb 2 bulan yg memeritkan melawan sakit... dekat sekolah anak2 ilah pun sama smlm, sampai kiri kanan depa parkir keta..tak pernah ilah nmpak pek mcm ni.. baru thn ni.. agaknya bebudak thn satu ramai kot thn ni..melebihi kadar biasa... semangat awal thn kot...sbb memasing belom dpt driver kot...hihiii main kot jer... tapi displin depa kena jaga..jgn susahkan org lain kan kan kan..
kita mmg sakit hati klu bende2 camni jadik kat kita, tapi pernah kah kita secara tak sengaja parking di laluan yg boleh nyusahkan pemandu yg lain?pernah kah kita cuba utk meminta maaf kepada diri sendiri?sebelum marah, kita perlu sekali sekali terpikir....
Larr...akak lupa pulak lah...nanti kena buat macam zar lah ye...
-------------------------
Ummi...memang betullah...diorang sesuka hati je...asalkan senang bagi diorang...
------------------------
Betul tu Mak Su...akak tak suka orang yang letak kereta sesuka hati...menyusahkan orang lain...
-----------------------
Sya...kalau dah sekolah menengah tu memang lagik le geram...
----------------------
Rina...masalah ni ada di mana2 ye...hmmmm...ramai jugak yang macam tu..
----------------------
Mushroo,...akak kalau kereta jem...sebelum sampai tempat nak turunkan anak...awal2 dah suruh dia salam2 & ambil beg...tak suka orang belakang marah2...sebab diorang pun nak cepat jugak...
----------------------
Betul tu KLmari...diorang kadang tak fikir tentang kesusahan yang mereka cipta...dahlah membahayakan orang lain
----------------------
Jalilah...lamanya akak tak dengar kabar ilah...sakit aper ye...akak pun dah lama tak jengah blog ilah
Betul2...jgn susahkan orang...
--------------------
Led...pasal kita tak suka orang buat benda tu kat kita ler kita tak buat benda tu...sebab kita tau camaner perasaan orang lain..
Lagik pun...akak takut nak letak kereta di tmpt yang tak sepatutnya atau tempat yang boleh menyebabkan orang marah ...sebab takut kereta di apa2kan orang...
yg drop n pick up passenger tuh ok lagi...yg parking depan2 pintu pagar or bahu jln yg leceh...pastu bersusun2 kereta tuh...dr dua lane dah jadi satu lane...patut depan sekolah tak boleh parking boleh drop and fetch jer...last2 tak boleh nak gerak..sesapa yg buat double parking or parking kat bahu jln tak boleh nak kuar heheheh tunggu laaa smpi kereta lain dah beransur...
Post a Comment