Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Sunday, January 3, 2010

Esok Sekolah...!!!

Asyik sibuk berulang alik Shah Alam - Melaka...Melaka - Shah Alam tiap minggu hingga aku terlupa beberapa perkara....

Esok sekolah akan dibuka...ini pun aku hampir lupa...ada ke patut...syok bercuti sebab relax tak jadi drebar tiap pagi...

Aku terlupa untuk belikan kasut Farhan...kasut lama dia dah sempit...dah buang pun. Masa belikan kasut untuk Fareez dia tak ikut sama...sebab tu lah aku tak belikan lagik untuk dia...

Aku terlupa nak guntingkan rambut Fareez...sejak dari minggu lepas aku dah suruh dia pergi gunting kat kedai mamak...tapi dia asyik nak suruh aku guntingkan aje...dan disebabkan minggu lepas ada 2 orang anak sedara di rumah kami...dia jadi leka...dan begitu jugak aku...

Huhuhu....balik ke Shah Alam ari ni aku dah kena jadi tukang gunting rambut.

Rambut Farhan? ...aku dah bagi dia duit...pi saja ke kedai mamak ...gunting sendiri...aku takmo gunting rambut dia...sebab tebal dan lebat...penat...gunting2 tak abis...last2 nanti abis gunting dia buat muncung...tak cantik katanya...jadi pi amik duit...gunting kedai mamak...apa2 hal salahkan mamak tu...

Nasib baik buku2 teks yang Fareez dapat dah siap berbalut...senang sikit..tak payah nak balutkan untuk dia...

Aku lupa nak cucikan beg sekolah Fareez...nampaknya...minggu pertama ni terpaksa lah dia gunakan beg tahun lepas yang belum bercuci...camaner aku boleh lupa pun tak tau...mungkin sebab cik abang aku takde...dia kalau ada...dia akan belikan beg baru untuk Fareez...tapi ibu ni kedekut sikit...selagi beg boleh guna...gunakan aje...membeli nanti satu pembaziran...hahahaha

Balik dari Melaka hari ni...banyak tugas nak dibereskan...sebab...banyak lagi yang aku lupa buat !!!!...Huhuhuhu...

Tapi biasalah kan...aku kan suka buat kerja last minute.

Padan muka aku...!!






...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

11 comments:

Tirana said...

Hahaha..kita serupa...kedekut kata anak-anak saya..selagi boleh pakai yang lama, saya tak akan beli yang baru..Kasut sekolah Jihadi baru letak pemutih semalam..Amani dan abang dia lagi sorang pakai kasut hitam so tak yah letak pemutih. Beg sekolah basuh pada hari jumaat..alhamdulillah dah kering sebab semalam panas terik.. ada lagi yang saya tak buat..jahit lencana kat baju..tak boleh iron aje sebab nanti bila basuh dia akan tanggal..kena jahit baru ok.

cj'alhafiz said...

selamat kemabali ke sekolah ayeez....blajar rajin-rajin...
seksok jadi manusia berguna...ingat pesan mak....ingat pesan ayah.....
tu yg penting....
all da best to you bro!!!

Erna said...

salam anie..sama la kita,pelupa..tapi..akak ada en.abg tukang ingatkan..anak pun pun akan ingatkan maknya selagi tak beli atau tak buat apa yang dia suroh..semalam..maghrib2 dibaginya baju dan lencana..mak belum jahit katanya...arini..last..talipinggangdah tak bolih pakai..kena beli baru...harap2 esok dia tak tipun mak kat opis kata ada lagi yang tak cukup...risau jugak anie..esok dia mula sekolah sesi petang..

sya said...

Alamak dah taip ilang dah.. malas aku nak taip semula..

silversarina said...

Salam,

kat sini dah start sekolah hari ni , busy betul harini .

Oklah tu akak ingat jugak bab rambut dan alatan sekolah tu sebelum buka sekolah, sempat lagi selsaikan semua persiapan sekolah ...selamat belajar buat Fareez dan Farhan.

Zareda Norman said...

kak anie.. tak pe last minit.. better late than never kan.. ehheheh

Ika dan Zar dah tak sabar nak tunggu esok.. muahahha

NahWaL said...

haha akak ni baiknya cuci kan beg sekolah anak2,nawal dulu semua cuci sendiri, mak taknak manjakan (tapi kalao dah anak pempuan, memang takleh malas2. hihi)

nuaeman said...

Anak-anak saya masih belum bersekolah lagi.. kalau tak mesti sibuk camni jugak

Masy said...

keje last menet mmg best hahaahhaha

MOKCIK AZWA said...

Kak anie,

bukan kak anie sorang jer..mokcik pun kenkadang macam tu jugak..last minute baru sibuk nak buat segala benda..tu yg terkocoh hehehe

aNIe said...

Tirana...betul tu...pakai selagi boleh...hehehe

---------------------

Cj...thank u..insyaallah tahun ni kena usaha lebih lagik...sebab dah naik tahun 3 ni...

----------------------

Kak...anie yang pening ni nak gunting rambut tu...sebab malas nak menggunting rambut bebudak ni...kalau boleh nak antau pi kedai gunting rambut je lagik senang..

--------------------

Sya...aku pun selalu kena camtu..malas jadinya nak tulis balik

--------------------

Rina...hehehe...teringat last minit yang tak syok tu...

Seronok dah bebudak ni nak sekolah...dah rindu kengkawan katanya

----------------------

Akak tgk zar semua dah siap awal2...ibu mithali gitu...bertuah si anak dara comel tu...mak dia rajin...hehehe

---------------------

Nahwal...memang betul...bebudak sekarang manja berlebih...kita dulu semua buat sendiri kan? Tapi si kecik tu dah takmo cuci dah...nak baru katanya...

--------------------

Nueman...takpe...nanti akan merasa situasi macamni jugak satu hari nanti...

---------------------

Masy...macam tak serik2 kan? Hehehe

---------------------

Mokcik...kalau sempat takpe...kalau tak sempat kesian kat bebudak tu...tapi mak2 ni buat jugak kerja last minit tu...hehe

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails