Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, January 29, 2010

Kini Dia Telah Pergi...

Al-Fatihah

Buat Mak Ngah Bibi...ibu saudara pada suamiku yang telah pulang ke rahmatullah semalam jam 2.32 tengahari kerana sakit tua.

Setelah beberapa bulan...dengan kesihatan yang tidak menentu...ada masa sihat...dan ada masanya sakit..semalam dia pergi dengan tenang di hadapan anak2nya.

Sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir...dia telah dimasukkan ke ICU Hospital Melaka kerana mengalami demam yang berpanjangan...tiada selera makan...tidak berdaya untuk bangun.  Dengan usianya yang telah pun hampir ke angka 80 memang mustahil untuk melakukan sesuatu kerana mengikut kata doktor segala organ dlm badan telah tidak berfungsi dengan betul.  Seminggu di hospital...doktor kemudian menyarankan dia dibawa pulang kerana segala usaha telah pun dilakukan dan ianya tidak berjaya untuk mengembalikan kesihatannya.

Beberapa jam setelah kembali ke rumahnya...dia 'pergi' dengan tenang...

Aku tidak berkesempatan menatap wajahnya buat kali terakhir...kerana sebelum asar jasadnya telahpun dikebumikan...masa itu aku masih lagi di rumah sedang bersiap2 untuk balik ke Melaka...

Inna lillahi wa inna ilaihirajiun...

Semasa hayatnya arwah seorang yang rajin melakukan segala macam kerja.  Sebagai ibu tunggal dan hidup serba kekurangan...dia menyara hidupnya dengan mencuci pakaian di rumah2 orang.  Dia juga mengambil upah menjaga ibu2 yang dalam berpantang.

Tiga dari 4 orang anak ku ...dialah yang menjaganya semasa aku berpantang.  Dialah yang memandikan baby...mencuci pakaian aku & baby...mengurut dan memakaikan aku bengkong selama 40 hari pagi dan petang. 

Alhamdulillah setelah usia meningkat tua...dia sudah dpt merasai keselesaan hidup bersama anak bongsunya.  Zilah dan suaminyalah yang menjaga dan menyara dia sehingga ke akhir hayatnya.  Biarpun hidup mereka tidak mewah tapi mereka bahagia.

Seorang yang baik hati...dan penyayang...pemergiannya akan dirasai oleh anak2 sedaranya kerana setiap kali raya...mereka pasti tak melepaskan peluang merasai masakannya.  Maklumlah orang tua...air tangannya memang sedap.

Al-Fatihah sekali lagi...dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.






...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

11 comments:

ilahjy said...

salam takziah buat kak anie sekeluarga semoga rohnya diletakan bersama org2 yg soleh... tersentuh jua hati ini bila membaca kisahnya... ibu ku jua ibu tunggal..
daku memahami keperitan arwah.. alfatihah buat arwah..

Acik Erna said...

al fatihah dan takziah buat anie dan keluarga aruah..

Unknown said...

salam takziah kak... alfatihah.

kakngah said...

Al-fatihah

Mak Su said...

takziah kak

Al-Fatihah

iina said...

Takziah kak.. Moga rohnya dicucuri rahmat

miss lolly a.k.a luvfareda said...

al fatihah.

takziah kak anie sekeluarga

myQza said...

Al-Fatihah buat mak ngah bibi!

Kopi Suam said...

al-fatihah...

zino said...

al-fatihah.. amin..

Lee said...

Hello Anie, Al-Fatihah. Best regards, Lee.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails