Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Saturday, January 30, 2010

Saloma...P.Ramlee



Aku baru lepas menonton drama...SALOMA GOMBAK...

Ceritanya biasa2 aje...tentang rancangan realiti TV yang mencari bakat baru yang menyanyikan lagu-lagu Saloma.


Siapa tak kenal Puan Sri Salmah Ismail atau pun Saloma?  Bintang terkenal ini begitu besar nama dalam dunia filem Melayu...kerana dia adalah isteri pada Seniman tersohor...P.Ramlee...

Anak2 aku bukanlah peminat fanatik Saloma...tapi mereka peminat setia dan peminat fanatik Allahyarham P.Ramlee.






Terutamanya Ude....

Sejak kecil lagi dia memang meminati Seniman Agung itu.

Setiap kali kami ke Kuala Lumpur...dan ke rumah bapa saudaranya di Setapak...dia mesti merengek2 untuk singgah di Pustaka P. Ramlee di Setapak..

Tak pernah merasa jemu...dan macam kata mat salleh 'without fail' tiap kali ke KL...Pustaka P.Ramlee pasti dalam senarai tempat yang akan kami lawati.



Membesar dengan filem2nya...anak2 aku mengingati apa jua dialog lucu dari filem2 komedinya...

Dan kami juga tidak jemu menontonnya berkali-kali...dan setiap kali menonton pasti kami akan ketawa ...

Hairankan?...Kadang aku sendiri hairan kenapa kami  tidak pernah jemu menonton filem Masam masam Manis...Bujang Lapok,...Pendekar Bujang Lapok...Seniman Bujang Lapok...Madu Tiga...Tiga Abdul...Musang Berjanggut...Ahmad Albab...dan banyak lagi.







Bagi aku P.Ramlee...tiada gantinya...

Al-Fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat...






...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

10 comments:

Acik Erna said...

anie..tak sangka..anak akak pun macam tu..tak pernah jemu.kalau tv1 cerita p.ramlie..tukar tv2 cerita p.ramlie..dia tengok lagi..astro pulak..pun tengok juga..memang dia fanatik betul..dalam fail dia pun ada gambar p.ramlie..kat tv..ada..cd pun bertimbun dibelinya..

Unknown said...

tadi kite pon tgok citer ni..hehe..kelakar..:D

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Tirana said...

P.Ramlie memang evergreen... Ada keistimewaannya tu..tak ada artis sekarang yang boleh lawan beliau

zino said...

memang mianat tengok cerita p ramli ni.. tak pernah jemu .. kenapa la pengarah zaman sekarang tak belajar cara dia tu....

al fatihah...

Kopi Suam said...

Saya pun membesar dengan cerita2 P.Ramlee ni kak. Ingat lagi masa kecik belum ada video...masa tu cerita Pak Belalng kami record dengan radio..sampai hafal dialog sebab dok ulang dengar hampir setiap hari :)

tunbegia said...

suka dialog ini:

Kassim Selamat? Siapa dia Kassim Selamat? Loyar? Majistrit?

Ahli muzik? Memang fantangg datok nenek aku ahli muzik!

salamm,

Unknown said...

salam aNIe..ina yang duduk dekat ni pun tak pernah pergi lagi tau..oooo ada saudara kat setapak ek..

kak anie said...

Kak...tu lah Ude tu memang fanatik betul...kalau citer Musang Barjanggut tu sampai aper yang jadi selepas sesuatu babak dah dihafalnya...

---------------------

Shima...memang kelakar kan? Akak suka si Faradhiya tu...cantik

---------------------

Tirana betul tu...tak ada yang boleh lawan dia...bakat dia...kalau kelakar memang kelakar...kalau serious memang serius kan?

--------------------

zino...betul tu...apa yang dia cakap sampai sekarang menjadi ikutan...

-------------------

KS...hehehe...cerita pak Belalang tu pun kelakar...walaupun kelakar ada mesejnya...

-------------------

Tunbegia...hahaha...paling tak boleh tahan dlm Masam2 Manis...part gaduh ketuk2 kepala tu...

-------------------

ina...dulu adik ipar tu duduk setapak...sekarang dah pindah kat Setiawangsa...

Selalunya orang yang dekat2 tak pergi...yang jauh je suka pergi...

Unknown said...

filem2 P. ramlee ttp segar di hati masyarakat kita... walopon berpuluh2 tahu disiar kat tv...org tak jemu nengok...
kanak2, remaja, smpailaj org tua2....semua minat kan..??

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails