Dah beberapa minggu plan nak buat Kimchi dengan Sya...
Stok Kimchi dulu dah habis...
So pagi semalam...abis kemas rumah dan menyiapkan kerja...aku dah sikecik bersiap-siap untuk ke BBST...
Dalam perjalanan singgah sebentar di Tesco Extra Shah Alam...punya lah jem jalan tu bila pagi2...maklumlah ramai yang ke pasar tani di Stadium Shah Alam pada pagi Ahad..
Masuk aje TESCO...aku tak buang masa terus cari barang2 yang aku nak beli....
Orang punyalah ramai...fenin kepala aku..
Habis aje mencari yg perlu...aku terus keluar & memecut ke BBST..
Kobis Cina...ini aje yang tinggal ramai sgt customer hingga habis kobis ni...
Tak sempat nak bersarapan kat rumah...so beli roti2 & air yang boleh dimakan dalam kereta...
Sampai aje rumah sya...tak berlengah lagi...terus memulakan tugas...
Kobis yang telah dipotong 4...dan diperap dengan garam...lots of salt...
Ditoskan...dan dibiarkan 2-3 jam...
Masa ni Sya dah siap masakkan bahan perapannya ...
Perapkan lobak putih & lobak merah serta daun kucai...
Kobis yang telah diperap tadi...dicuci garam dan perahkan airnya keluar...
Kobis tadi diperap dengan bahan2 perapannya...
Tadaaaaaa.......
Kimchi dah dah siap...dimasukkan dalam bekas...dan diperapkan sekejap...kemudian dimasukkan dalam peti sejuk...keesokan harinya boleh dikeluarkan dan dipotong2 untuk memudahkan untuk dimakan.
Selesai aje tugas kami...aku dan sya bersiap2 untuk bertemu dgn seorang kawan blog...di Wangsa Walk...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
27 comments:
erkk rase pe erk kak?
macam mana rasa dia kak? slalu tgk dlm drama korea jer.
amboi.. mcm menarik jer kak.. serius tak penah makan.. bagi resepi sosnya tuh.. hihihi..
Akak ,
buat ler untuk pB sebekas kecik. Nak gak rasa ...
Peti ais tu , hajatnya nak letak kat ofis ..
Rasa masa sawi jeruk cuma kimchi ni boleh dimakan begitu saja dengan nasi...masam2 masin pedas...klu bagi orang korea macam sambal belacan mereka lah...
----------------------------
KV...pernah makan sawi asin tak...kalau sawi asin tu lembek...dia rangup...pedas & sedikit masam...kalau nak yang lagi masak...jgn masukkan dlm peti sejuk...biarkan dia masam sekejap kat luar
-------------------------
Tiny...akak tak pandai buat sosnya...selalu sya yang buat...tu pun amik kat internet...
Rasa macam sayur asin...cuma ianya boleh dimakan begitu saja...
-------------------------
PB...nanti kalau akak ada ke sana akan akan bawakan...jgn bimbing...ianya tahan berbulan2...
OOh...pasal peti ais tu nanti akak amik gambarnya bila sampai nanti...pastu mms kat PB ye...
tak pernah pun makan kimchi..huhuhu
wahhhh nampak mcm sedap lah k'anie.
tapi....
hehehe, kite tak makan sayur. wakaka.
xsedap!! pahit....
nyum nyum..
nampak sedap...
Bestnya, u pandai buat kimchi.
I suka makan kimchi!
Pandai makan tapi tak pandai buat...LOL
Cheers and do keep in touch!
ini mesti penangan cerita korea, tapi apa maksud kimchi agaknya?
kimchi... mcm best jer... ehee.. tak tau plak kimchi tue wat dari kobis jer.. ehee
kak ani wangsa walk dekat la dgn umah ilah. len kali kalu turun meh lah kita jumpa call ilah tau...ada kan no pon ilah 013 tuuu...ilah nak oder satu atau 2 bekas kimchi ni sedap nampaknyee...nanti ilah bayau laaa ahaksss...jgn luper tauuu...
anie..akak biasa dengar kimci kat cerita korea je..pandai juga anie buat ye..sedap ke anie..
kak anie nak bisnes kimchi ker la pulak nie??
bleh order tak hehehe
saya tak pernah makan ler.. mcm best jer...
kimchi? makanan korea kan..nampak mcm sedap..apa rasa eh kak?
Leeya memang jarang kita jumpa...kalau jual kat shopping tu kita ragu2 ttg cara buatannya
-----------------------
aisha...kalau tak makan sayur mesti aisha tak suka...sebab dia memang buat semata2 dari sayur...rangup...masam2...pedas
---------------------
esampah...bukan nampak sedap...rasa pun sedap
---------------------
iriene...memang sedap kan kalau orang yang pandai makan...saya suka sebab rangup...& yang paling penting sedap...kena dengan tekak kita...
---------------------
nuraarin...kimchi ni akak tak taulah aper maksud dia...tapi selalunya dimakan oleh orang korea semasa musim sejuk...sebelum musim sejuk diorang dah buat macam2 jenis kimchi...kadang di campur dengan macam2...tu yang dijadikan makanan masa musim sejuk...ada fakta pemakanan mengatakan bahawa kimchi bagus untuk mengelakkan selesema
---------------------------
Qismina...kimchi ini ada berbagai2 cara membuatnya...ada yang mencampurkannya dengan bahan2 lain...kadang diorang masukkan oysters...daging...tapi yg dicampurkan2 dengan bahan2 tu...baunya tak sedap...
---------------------------
Jalilah...akak tak tau lah ilah tinggal dekat2 sini...okaylah nanti kalau ada tersesat ke sana akak sms ilah ye...
Pasal kimchi tu kalau ilah nak rasa nanti akak bawakan bila ke area sana...
---------------------
Kak...rasanya macam sayur asin...akak pernah tak tengok jeruk kobis yang ada cili2 kat shopping tu...macam tu lah...tapi ni sedap...ada lobak campur sekali...
-------------------
Mokcik...hehehe...memang dah jual lama dulu...tak tau pulak mokcik pandai makan...kalau tak akak dah kirimkan dengan sambal dulu...
-------------------
Dairihatiku...memang best...sebab sayur dia rangup...
kak Anie,
saya nak order kak..dah lama saya intai-intai kimchi yg jual kat Jusco tu..rasa macam nak menitik air liur saya ni dah..;p
lepas ni nak masak apa pulak?
sedap ke ek mkn mende ni???
dpt tiket tooth fairy gak kan??jumpa di sanaaaa
yang ni nampak menarik...
kecur air liur neeza kak Anie..
kalau dapat rasa mesti best ;)
mcm best je. tlg lah akk tuliskan bahan perapan. t blk melaka blh kita jmpa nya belajar dgn akk ya
pernah dengar kimchi tapi tak penah makan dan buat.. Kiranya nie versi salad korea ekk.. leh try ler nie.. kemarin baru lepas buat salad coleslaw.. lepas nie leh cuba versi nie lak ;)
wah, rajinnya akak buat kimchi , haritu ada tengok korean buat kimchi dalam travel channel . sumayyah ada bawak balik masa dia balik cuti tapi kami semua tak suka kimchi, entah tak kena dengan tekak kami. dia laju je makan , kalau kimbap kami suka makan .
Pinatbate...memang sedap...kalau nak rasa ada kat akak lagi ni..tapi camaner nak jumpa...
-------------------------
Zue...hehehe...nanti cari idea...
-------------------------
Hemy...sedap...diorang kata kimchi ni sambal belacan orang korea...
--------------------------
Neeza...bkn menarik je...memang sedap!
--------------------------
dEewan...akak tak pandai bahan perap dia tu...adik yang buat...dia amik kat internet...nanti akak cuba usha2...
--------------------------
Rina...memang tak kena dengan rina kot...kimbap tu memang sedap kan?
Wah sedapnya.....kalau lah si JP tu nampak..mmg confirm dia confuse...he..he...
salam Kak.. saya ni silent reader.. nak tempah kimchi leh ke?? saya satu family minat gila, tapi nak tanya, ada pakai cuka tak?? sbb saya takleh makan cuka!! :)
Post a Comment