Siapa dia Hani Tarmizi...?
Aku tak kenal dia...dengar nama dia pun tak pernah...
Tapi tiba2 aku asyik dengar nama dia aje...
Tadi pun Munir dan kawan dia yang dari Sarawak tu pun ade sebut2...
ttg Hani Tarmizi...
Tadi pun Munir dan kawan dia yang dari Sarawak tu pun ade sebut2...
ttg Hani Tarmizi...
Dia mencipta kontroversi disebabkan oleh mulutnya sendiri.
Kecoh Facebook dibuatnya...
Heboh satu Malaya kerana status dia di Facebook....
Sebab tulah orang kata ...Cakap siang pandang2...cakap malam dengar2...
Sekarang ni...bukan boleh sebarang cakap kat ruang cyber...silap2 kena saman....
Ramai orang Sarawak marah pada dia...memang patut pun dia dimarah kerana kenyataan atau status dan kontroversi yang dia cipta...
Kalau nak marah orang pun...janganlah menyentuh sensitiviti sesuatu kaum...kalau orang cakap kaum kita pun kita marah...betul tak? Macamlah orang dari negeri lain tak buat macam tu....tak kan hanya 2 -3 orang yang berkelakuan macam tu kita nak labelkan semua mereka dari Sarawak macam tu...
Satu lagik...kalau ada masalah dengan suami...selesaikanlah sendiri...jgn lah buat bising kat Facebook ...dan carut2 kan orang kat situ...sebab bukan kita & kawan2 kita aje yang menggunakan internet..
Dan...selalunya...bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi...janganlah menyalahkan sebelah pihak aje...
p/s....imej tersebut...kredit pd senicinta.com/blog
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
25 comments:
betul sgt kak anie oi.
apakah dia gembira mewar warkan masalah rumahtangga? yakin je laki dia xlayan.. poyo betul la.
SETUJUUUUU...
cukup2 la bukak aib rumahtangga.. mentang2 skrg ni byk medium perantara.. habis dlm kain semua nk ditayang kat orang.. adduuuuuhhhaaaiiii.. sedey!!..
baik la citer bab makan ker.. bab anak2 sekolah ker.. tempat berkelah yg best ker..
yg tak best tak best tuh citer kat umah dh ler.. huish..
kalau nk citer jugak.. buat la general - jgn specific pd nama, kaum, agama, bangsa sebagainya... tak pasal2 kang kena saman..
skrg ni kes saman-menyaman senang sgt berlaku.. semuanya gara2 TAK BERJAYA NAK "PUJUK HATI" sendiri... tak gitu kak..
(wah.. tetiba terlebih semangat plaks.. mentang2 baru dpt 'motivasi pagi' dari akak.. kehkehkeh)
sayang akak!.. hihihi..
glamer btol si hani tarmizi nih..
salah dia gk, sapa suh men ckp lepas gitu..dh tu judge pd sumer org srwk lak..iskh2..tak psl2 kena serang..hikhik
aiyaa...ni dah mengaibkan suami kiranya..aiyaa..
Apa punya perempuan daa..
muka ta malu betul..
Hal rumah tangga selesai sendiri² sudah..
Itu pun nak hebah kat fesbuk..b
Baru brapa kerat pompuan minat kat laki dia dah kecoh..
Ala kak, byk status yang macam tu. Tapi.. skang mmg sy lebih general bila nak post apa2.. takut masuk lokap hehe
betullah kak anie x leh tulis sebarangan kat fb maupun blog nanti kena saman.
citer le pasal rumah byk tikus ke atau nyamuk kan tgh musim panas berangin. he3.
aiyo, biarlah kita buat lite lite jer.... yg penting semua selesa
Memey...dahlah cakap pasal laki dia...gambar dia ngan laki dia terpampang kat facebook...leh caya ke laki dia tu tak melayan...
------------------------
Betul tu Tiny...dia main serang aje ....sebut pulak nama negeri...orang marahlah ...sebab tak semua orang macam tu...kena fikir sebelum tulis...
Kalau laki dia tak melayan...takkanlah pompuan tu menggedik lagik kan?
Dah tu yang buat seronok orang tu mengacau..bila dia meroyan...
Semoga kita sama2 lebih tabah dan pandai memujuk hati kita...
---------------------
JMR...sekarang dia glamer lah...sekejap je...ala2 mee segera...hehehe...
Itu kena jadikan pengajaran..jgn sedap2 mulut judge orang.
-----------------------
Salwa...siap gambar laki dia pun ada...abis 1 FB tau cerita di...kalau dah kat FB camtu...kat luar ntah camaner agaknya
----------------------
Betul tu Nadya...adalah sorang gadis Sarawak yang gila kat laki dia...dah heboh mengutuk orang Sarawak...ntah aper punya pemikiran
---------------------
Shafarina...to be on the safe side...betul tak?
--------------------
Zue...yelah...citer le pasal cuaca ke...pasal binatang ke...hahahah
---------------------
Maksu...Setuju...!! Lite-lite le best..hehehe
semalam masuk blog orang sarawak
memang marah betul dia dengan budak nie
err... citer cam ni tak yah layan je.
dah tu kita ni kalau cakap jangan main sapu bersih. yang nak dimarah sorang tapi yang kena bahang seolah2 semua orang serawak.
Kerana mulut badan binasa hehe.
Thx anie kerana kredit blog saya. Btw, ada kesilapan link di situ.
sepatutnya http://senicinta.com/blog
PB...Saper2 pun akan marah...betul tak...? Kalau orang kata semua orang Melaka cam tu...akak pun geram...camtu jugak PB...kalau orang cakap org Kelantan...mesti sakit hati kan?
---------------------
Betul tu Kak Pah...cakap tanpa berfikir...
---------------------
Hazwan..betul tu...kerana mulut badan binasa...
Nasib baik Hazwan bagitau...tak perasan tersilap...hehehe
By the way..thanks...
senang je,cyah nak luah hal hal rumahtanmga dlm facebook. Bos besar fb dapat bantu ke.
eemmm memang tak patut pun dia buat camtu.. klu nak marah pun agak2 la kan.. tu saja la nak cari publisiti kot.. sebab tu kita klu berblog ke.. fb ke.. malas nak story mory isu2 yg ada sensitiviti ni.. nanti tak pasal2 org bang kita blk kan kak..
saya setuju..memang bikin hot saja hani tarmizi tu..
tadi masa blogwalking terjumpa 1 entry dr budak srwk.
hmmm.
memperkatakan pasal hani neh jugak.
tp i sokong apa yg bdk srwk tulis pasal entry die.
n i sokong jgk apa yg akak tulis neh.
bukan semua org srwk teruk.
alaaa...
bdk dr negeri lain pun ada jgk.
n lagi teruk pun ada.
tak payah nak kutuk2 negeri org itu n org ini.
hg dok bising2 pun hg kongsi 1 negara jgk.
kekadang tergelak tgk owg yg terpekik terlolong dlm fesbuk utk lepaskan geram.
mungkin dowg nk kan perhatian.
adoi.
+___+
camna boleh tak prasan pasal hani kat FB .. satu pengajaran hal2 rumahtangga jangan la dipublickan
wpun dia kutuk2 pompuan tu tapi same time diri sendiri & suami dpt malu juga
dengar citer hani pun dah delete profile dia
Mr. J...betul tu...bukan dia boleh bantu pun...memalukan diri aje...
-------------------------
cutemiut...betul tu...silap2 kita yang kena balik
------------------------
Monica...publisiti murahan je kan?
------------------------
Drunbella...memang pun...bukan semua orang sarawak macam tu...orang negeri lain pun sama jugak...jadi tak boleh nak tulis camtu
-----------------------
Jen Dowh...memang dia dah delete profilenya...sebab kelmarin akak cari pun tak jumpa lagik dah...
bukan aku nak support sape...tp kalau di sarawak..tradisi dulu...kalau nak tahu lar...mereka bukan senang untuk d pujuk sehingga ada org antara 1 mati..tu jer..oh ya..kepale d potong dan d gantung d rumah..tu jer saye nak ckp..tp..ni tradisi lama...BYE2..
P.S tradisi lama pun ade yg mengamal..
kak anie,
statement die racism.sbg sarawakian sy terasa gak pe die ckp.jgn kerana nyamuk seekor habis kelambu d bakar.kami sbg swkian xpenah wat statement "kenegerian" klo marah kat spe2..peace no war (:
anonymous,
hmm x pnh lak dgr tradisi tu..jgn la memandai..kang org ckp kami ni ske ptg kepala plak.adehhh.
Ish...x baik la dia ni. guna kan teknologi untuk perkara yang menjatuhkan aib org lain...
Anonymous.. aku dok kat sarawak ni 29 pun tak pernah dgr lagi tradisi tu diamalkan.... kalo zaman dulukala tu lain ler citer, tinggalan sejarah.. sekarang dah maju.. mana de head hunder... jgn ler memandai wat citer wei.. mai ler sarawak, baru tau..kalo betul ader, dah lama dah kepale aku ilang.. hihihi
to all : aku follow jer... setiap masalah selesai dgn baik..
Anon...rasanya sekarang ramai yang dah maju...insyaallah takde yang akan mengamalkan tradisi yang dah lama tu...
Semoga perkara ni tak berlarutan...dan harap Hani tu sedar kesilapan dia
--------------------------
Hannah...betul tu...kalau nak marah jgn sebut kaum...sebab bukan orang serawak aje gitu...kalau pergi negeri lain pun ramai yang berkelakuan macam tu...
Yup...peace no war...1 Malaysia...
--------------------------
cj...tulah pasal...pendek akal...
-------------------------
Anon...aha...saya pun tak pernah dengar ada tradisi tu...
Post a Comment