Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, January 21, 2010

Wallpaper 'Lucah'...

Pagi semalam...masa bangun tido...aku tersepak handphone Farhan yang diletakkan di tepi bantalnya...
(aku tidur di ruang tamu dgn 2 orang 'bodyguard' aku)

Aku pun angkat phone tu...terus letak kat atas side table...pastu aku ternampak wallpaper handphone dia...

Hmmm...gambar aper ni...?

Puas aku belek...issykk!! takkan lah dia letak simbol tak senonoh ni...hmmmm...

Aku ni ke dapur...dalam kepala berfikir...kenapa simbol tu eh?  Dia baru 16 tahun...risau betul aku dibuatnya...

Tengaharinya...masa dia balik sekolah aje...baru aku teringat nak tanya dia...

'Farhan...handphone kau tu ...wallpaper dia kau letak gambar tak senonoh eh?'

'Huh..!  Gambar aper pulak...?'

'Ibu nampak tadi...'

'Mana ada...'

'Mana handphone kau...'

'Jap...'  dia ke dalam bilik mencari hp nya...

'Ni ada kat atas almari ni...'

Dia terus membuka hp dia dan menunjukkan pada aku...

'Mana ada ibu...?'

'Tu gambar aper tu...'

'Ni gambar jari buat simbol rock lah...'

'Ye ke?...ibu nampak macam ilustrusi lain je...'

'Ibu nampak aper?'

Aku diam...malu nak cakap...

'Ibu cuba tengok betul2...' 

Aku tengok jugak..tapi tak tau le...mata aku ke silap atau kepala aku yang nampak lain...

Aku malas jawab...

'Nanti kalau kak Ude balik..Ibu  tanya dia...gambar aper ni...'


Ude balik malam tadi...dia terus tunjukkan handphone dia...

'Kak...akak nampak ni gambar aper...'

'Simbol rock..kenapa?.'

'Ibu kata gambar ni gambar tak senonoh...'

'Ibu nampak gambar aper...?'  Ude tanya...

Aku terus diam...tersipu2 nak jawab...

Hmmmm....nampaknya kepala otak aku yang nampak lain.  Nak letak gambar kat sini pun aku tak nak...sebab aku nampak macam lucah pulak...sedangkan hakikatnya tidak. 

Eiiii...aper kena aku ni...

Huhuhu...malu sendiri....!!








...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

15 comments:

Erna said...

anie..itu la dia..kita ni selalu fikir yang burok..sebenarnya untuk protect anak kita juga..akak pun selalu kena..dengan tiga hero akak ni...

sI tEDI said...

kak anie... ibu terlalu prihatin!!
he he he


nak ambil idea kak anie untuk buat topik 'wallpaper apa di handset?'

he he he
TQ

n.u.r.u.l said...

hehehe...best la k.anie...leh tnya anak direct cam tu kan...salute la kt k.anie..

SyaffeQ said...

haaahahaaa...perlu dibauh ni...kuning sangt,pakai clorox!!

Eyriqazz said...

hehehe,kesian kat anak kena marah

7 Tips untuk tingkatkan trafik ke blog anda

Ada Apa Dengan Hanis Zalikha

Aura Hanis Zalikha

Ada Apa Dengan BeautifulNara

arsaili said...

salam...itu tandanya akak bena dengan anak2...maybe cuma kena rephrase balik kot bila kita nak tanya dia org...play safe kata orang ehhehe...jiwa remaja ni cepat memberontak...

Anonymous said...

mata org tua dan budak lain..

MOKCIK AZWA said...

ekeke kesian akak...tapi kan tak silap mokcik..simbol rock tu sebenarnya tak elok, cuma org kita ni suka sangat meniru melulu dari barat..kena juga hati2..huhuhu

mungkin lebih elok tak gunakan wallpaper sedemikian..tapi kena slow talk la dgn dia..mgkn budak2 muda nampak macam simbol rock, tapi yang sebaya2 umur dgn kita nampak lain kuttss...huhuhu

aNIe said...

Kak...tulah...takutlah jugak kalau ada benda2 yang tak elok kan...

-----------------------

tEDI...bebudak sekarang ni tEDl...nak kena pantau...takut tersilap langkah...yang bebel hari2 tu lain ceritalah...hahaha

----------------------

n.u.r.u.l. ...hehehe...memang direct je tanya dia...sebab dia aper pun cerita dengan akak...

----------------------

ShaffeQ...hahahah...tulah pasal...

----------------------

Eyriqazz ..Tak marah...cuma tanya je dia..hehehe

---------------------

Arsaili...tulah...2 dah lepas...ni kena mengadap yang 1 pulak...yang 1 kecik lagi

---------------------

Anon..tulah...hehehe

--------------------

Betullah mokcik...memang lambang tu akak tgk lain macam je...tu yang terus tanya dia tu...

Budak2 sebaya dia sekarang memang suka mengikut je...takut jugak kan?

dEeWaN said...

tak salah kak. zaman sekarang ni bkn kita tak caya pd meke cuma kita kena pantau lebih jer almaklumlah zaman it ni.....

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam Anie,


Kah!...kah!...kah!..

Gitulah kita...sentiasa was-was dengan anak-anak ni. Kak Yan pun macam tu gak..asal rasa pelik sikit je, siap le bebudak tu kena soal siasat!
Tak salah pun, eloklah kita prihatin sikit, sekarang ni bermacam2 benda ada.

esampah said...

mmg ada gamba yg mcm tu..
kalau fikiran yg innocent, akan nampak benda2 biasa..
tp kalau fikiran yg x berapa innocent tu, dia nampak lucah ..
maknanya anak akak tu innocent la tu... :)

- kak ina - said...

nak gelak je lah.. haha..

cj'alhafiz said...

hehehe...kak anie ni klakar la.....
apa yang kak anie fikirkan..haha!

aNIe said...

dEeWan..memang budak sekarang kena lebih pantau...macam main layang2...jgn lepas aje...ada masa boleh lepas...ada masa kena tarik...

---------------------

Betul tu kak...kalau kat umah ni...komputer tu kat luar...kalau Farhan cakap kat anie...ibu nanti malam ibu tidur le kat bilik...lagi dia suruh anie tidur bilik...lagi anie takmo..sebab dalam kepala dah terfikir...mesti dia nak main game sampai jauh hari...

Remaja sekarang banyak halnya kak...kena hati2...

-------------------------

esampah...hahaha...tulah pasal...yang malu akak ler...anak2 semua cakap simpol rock...akak sorang je nampak lain...

-----------------------

ina...jgn gelak...hehehe...otak kuning dah anie ni...

-----------------------

cj...jgn ketawa kuat2...malu...syyyhhhhh!! Tak boleh cakap...!

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails