Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, November 2, 2009

Bodoh ke Aku...

Perkara ni dah lama ...tapi bila aku ingat2kan...aku jadi geram...sakit hati...

Di suatu ketika dulu...masa Ude masih lagi bersekolah...

'Ude...tahun ni kau periksa ye..?' pertanyaan dari salah sorang pak sedara Ude...iaitu suami pada ibu sedaranya...

'Ha'ah...'

'Hah! Baik kau belajar betul2...nanti dapat masuk U...'

Ude diam aje...

'Ayah kau masuk U...mak sedara & pak sedara sebelah ibu kau semua masuk U...Ibu kau je yang bodoh... tak masuk U...'

'Tak baik B**a cakap camtu tau...nanti Ude cakap kat ibu...'

'Cakap le...memang ibu kau je tak masuk U...'

'Tapi bukan maknanya ibu bodoh...'

Agaknya dia ingat Ude tak akan memberitau aku...tapi dia silap...anak2 aku memang pantang kalau ada orang mengata ibu atau ayahnya. Rasanya memang semua anak2 begitukan?

Bila Ude memberitau apa yang B***a dia cakap tu...aku betul2 hangin...

Adakah semua orang yang tak dapat masuk U tu bodoh...dan orang2 yang masuk U tu semua pandai..? Memang tak dinafikan...mereka yang berada di menara gading terdiri dari anak2 yang pandai2...tapi kepandaian dan kebodohan itu semuanya subjektif...mungkin mereka pandai dalam bidang akademik...tapi kurang pandai dalam hal2 yang lain....dan orang2 yang tidak menjejakkan kaki ke U mungkin mereka tidak berpeluang atau pun terpaksa melepaskan peluang tersebut kerana sesuatu hal yang lain. Dan ada di antara mereka ...tidak cemerlang dalam akademik tapi mereka bijak pada perkara yang lain. Yang penting...mereka tau untuk mengatur hidup hingga berjaya dan menjadi manusia yang berguna...itulah yang paling penting.

Pernah sesekali bila aku teringat kata2nya...aku terus melayari internet dan mencari peluang2 belajar separuh masa untuk membuktikan padanya bahawa apa yang dikatakan pada anak aku tentang diriku dahulu adalah salah. Dia silap meletakkan diri aku dalam kategori bodoh...kerana tidak semestinya bila aku tak ke Universiti...aku dilabelkan sebagai bodoh.

Sekarang memang banyak peluang belajar luar kampus untuk mereka yang ingin belajar...tapi bila aku fikirkan balik...apa lagi yang aku cari dalam hidup ini. Segala apa yang diperlukan oleh seorang wanita & isteri telah aku perolehi...seorang suami yang penyayang & bertanggungjawab...anak2 yang menyayangi aku dan sebuah keluarga yang bahagia. Dan pada usia aku sekarang...rasanya apa yang aku perlukan ialah mendalami ilmu2 yang bakal aku bawa sebagai bekal aku di kemudian hari.

Segala rasa tidak puashati dan rasa ingin meneruskan niat aku itu terpaksa aku korbankan demi untuk menjalankan tanggungjawab aku pada anak2. Bagi aku sekarang, masa depan anak2 lebih penting. Aku tabik pada ibu2 yang bekerja dan masih belajar untuk menambah ilmu pengetahuan serta mempunyai anak2 yang berjaya...tapi aku rasa pada usia aku begini...aku tak mampu berbuat demikian.

Yang penting...biarlah apa orang nak kata ...tapi aku kenal siapa diri aku dan aku tau...aku bukanlah bodoh seperti yang mereka katakan itu...biarpun aku tidak berjaya menggenggam segulung kertas yang bernama ijazah...






...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

24 comments:

pB said...

akak ...

janganlah sedih kak ..

pB dan aBear tak ada pun masuk U.
Tapi alhamdulillah , hidup kami berdua dah kira senang kalau nak compare dengan kawan kawan yang berjaya masuk U.

Jangan sedihnyerrrr

Bila lagi nak jumpa kat SACC MALL?

Kaktiny said...

alah kak anie... mak ayah tiny pon tak masuk Universiti... tapi buleh je pon masukkan kami semua ke Uni..

dan lagi.. parents is the most priceless and valuable person in the world.. (tak ada nilai walau bergantung berjuta sijil2 duniawi!!!)

bodoh tu di nilai dengan kertas universiti ker??.. boon siew (honda) kaya takyah masuk U ponn...

"pandai" sangat ker kalau ada kertas Universiti tu???

si sufiah genius yang masuk U usia muda tu pon.. last sekali jadi entah hape2..

tak baik betul si penutur itu..

(tiny terasa kerana mak ayah tiny juga tak ada 'sijil universiti',, tapi mereka HEBAT dan PANDAI menjaga rumahtangga dan mendidik anak-anak... walaupun "BODOH" pada mata orang yang "BODOH ILMU"...)..

sorry kak.. terlebih sudah!!.. teremo plak kat sini.. huhuhu

silversarina said...

Betul tu, ramai yang berjaya dalam hidup walau tak masuk U . Dah jadi budaya masyarakat kita menilai seseorang dari akademik saja .

kad0k. said...

sabar ye kak...kakak dah ada segalanya..cuma yg perlu skrg..menjaganya..:)

MAMAMIA said...

Org yg masuk U tak semestinya 'pandai' & yg tak masuk U tak semestinya 'bodoh'...

Kalau tengok usahawan berjaya macam owner Sendayu Tinggi tu, tak masuk U pun, tapi lagi kaya dari org yg keluar U...

Zareda Norman said...

Nak hidup berjaya dan bahagia tak semstinya masuk u. Jangan sedih sedih kak ani.


Masuk u atau tak, kita yang corakkan kehidupan kita..

myQza said...

alah kak.. dengki lah si B tu.

biarkan dia kak...
asalkan akak happy dgn suami dan anak2. bersyukur..

~EZ~ said...

takpe kak..tak pergi U bukan maknanya bodoh..ilmu tu dapat dekat U aje ke? bodoh la sape fikir mcmtu..

masuk U pun belum tentu pandai..yg penting, nak masuk syurga ada ke tetap syarat kena masuk U dulu?

aduhai..sungguh 'pandai' org judge akak mcm tu..sabar ye kak..

Kak aNIe said...

PB...akak tak sedih...tapi geram...sedap2 aje mulut...cakap ngan anak akak plak tu...geram..

Nanti kita set date utk dating ye...

--------------------------

Tiny...tiap kali teringat perkara tu akak memang jadi emosional...geram...tapi bila teringat...anak2 dia jugak tak semua yg masuk U...tapi dia tak nampak...geram akak hilang...sebab terfikir...'i konow who i am'

-----------------------

Rina...tu yang silapnya...memanglah kita bangga anak2 dpt masuk U...tapi kita lebih berbangga kalau anak menjadi anak yang bertanggungjawab dan berguna serta berjaya dalam hidup

-----------------------

Kadok...betul apa yang kadok cakap...apa yang ada hendaklah dijaga dengan baik...

Tak sedih...tapi geram...

----------------------

Mamamia...terdapat banyak contoh di luar sana yang kita tahu mereka yang berjaya bukan semuanya graduan2 dari menara gading...tetapi dari mereka yang gigih berusaha...

---------------------

Zar...akak sebenarnya sakit hati...sebab dia cakap mcm tu ngan Ude...berani cakap lah depan2...melata dulang paku serpih aje...

--------------------

sl tEDl...yg akak tau dia memang dengki ngan cik abang akak...sebab cik abang akak dpt isteri yang baik...heheheh...perasan.!!

-------------------

ez...yang penting yang masuk syurga tu kan? Biarlah apa orang nak cakap...asalkan kita tak seperti apa yang orang lain cakap...

--------------------

tulipurple said...

dia lah yg bodoh sebenarnye,sbb bagi statement yg bodoh kat Ude.abaikan mereka2 itew kak.sy setuju ngan komen2 di atas.

iina said...

Alah kak.. yang berkata bodoh itu sebenarnya yang tidak bijak.. Tak usah dilayan kata-kata orang kak.. masuk universiti bukan ukuran untuk kepandaian.. lagipun kan seribu kita kata org bodoh.. berjuta pula kebodohan yang datang pada kita.. ;)

Anonymous said...

usahlah berduka atas cemuhan itu. ilmu tu dimana mana. ayat yg mengeji tu kalau kita layan kita sama keji. yg mengeji tu memang std dia takde langsung. cap tapak kaki mentality.
actually to share dgn akak, ni klu di negara barat lah kan, hse wife to someone is very rich and very successful, bila laki dia berpisah dia dapat hampir lebih separuh kekayaaan si lakinya. sebab tugas sebagai housewife mendidik anak anak etc melayan tetamu entertaining the guest on behalf the husband all that sorts is recognized by the court.actually menjadi suri rumah is a very tedious and multi tasking job which is very much overlooked by our culture.
class mate saya ada tu anak 5, sarat mengandung, etc belajar sebab dia itu saja cara utk hidup senang.
You have membanting tulang berkhidmat utk membesarkan adik bradik hubby and kluarga. mana dgn keja, meniaga kantin, dan lain lain. these people would have not be where they are now without your sacrifices.
so yg cakap camtu kata mak kau tak masuk u, memang no quality punya brain. kalau ada otak takkan cakap cam tu kan..so jgn rendah kan diri kita kerana cakap macam tu.
Rasullullah saw pun tak masuk University, tapi dia boleh memimpin umatnya menyebarkan ilmu.
ilmu tu akak tak semesti nya dapat kat uni, tapi melalui pendedahan pembacaan articles articles yg berbentuk ilmiah.....
btw saya masuk univeristy, tapi computer skills saya limited. compare dgn skills computer akak far far better than mine. i used for daily work, but that is it. u used for home user, but with better technical knowledge etc...

so akak, leave it...biar dia mengata, bukan kita yang mengata dan berkata..jgn rendahkan level diri kita sama, dgn turut terasa dgn cakap cakap org camni.sebab dia buta dan tuli lah dia cakap macam ni..

selamat hari raya haji...**

uda said...

kak, orang yg menilai orang yg tak masuk u tu bodoh, sebenarnya dia la yg bodo. hehe.

MrsMama said...

Kak.....nak ckp betullah kan semalam ada budak kukum(unimap) dok main mercun lentam lentum kat umah orang kul 11mlm...tiap malam dia buat cam tu. Saya cakap kat hubby.... kita ni pun masuk U cam dorang gak tapi tak main pun mercun cam tu. Pastu hubby jawab...abis tu, awak ingat sume yang masuk U tu cerdik ker? Hem betol.Pastu saya teringat walopun akak tak masuk U tapi knowledge akak pasal PC lagi terror dari saya...ingat lagi masa saya mula berblog 4 tahun lepas masa tu akak dah maju kedepan...blog akak cantik tapi blog saya langsung tak cantik. Tahun lepas lah baru saya tau cemana nak buat proper blog.

cikceriacorner said...

kak anie..
biau la ape org nak kata..sabau ye kak..sesungguhnya org yg mengata akak tu sebenonya dia jeles kat akak..manusia kan kak memang xlari dr hasad dengki..xpe kak..yg penting ati kita baik,tenang n eppy kan..sabau ye kak..:)

ilah1908 said...

sowe kak anie lewat masuk..setiap kali ilah masuk line tenet tak izinkan ilah berbicara agaknya hri ni kali k3 4 ilah try..
ilah dpt rase mcm mana akak rasa sakit hati tu...kita tak masuk U semua bersbb.. ilah nak kongsi ceta lain sikit dr kisah u. sbb sakit hati ni sama mcm kak anie rasa..
masa baru kawen.. ilah ni mmg la itam manis org pangil anak mami kalu di kg.. tau tak.. ada org sabah dtg umah mak mentua ilah nak jumpa hubby ilah depa mai sekeluarga .. anak dara depa tu mmg la putih.. adik ipar ilah dan kak ipar siap puji dak popmpuan tu gebuuuu cisss!! ingt itam manis cam aku ni tak laku?? adik depa juga mau kat aku... sampai aku tak sempat masuk U sbb depa p minang cepat sgt... masa tu 21thn umur ilah..hehehe.. kak nak tahu ..adik hubby yg puji dak sabah tu putih juga..tapi masa kawen selalu kena dera kena sepak terajang..ilah yg itam ni la p selesaikan kes depa gaduh... dia putih melepak pun kena terajang..aku ni itam manis x pernah dijentik.. padan muka kau...ingt hina sgt ke org itam..?
kak.. ingt hina sgt ke org tak masuk u?? cisss geramnye ilah .. tentu kita ingt sampai mati org kutuk kita macam tu kan kak?? huhuu

Nukilan ida said...

org yg cakap macam tu la yang b***h..
saya rasa masuk U ni tak menjamin kepandaian..
banyak yg masuk U tak tahu pun nak berbudibahasa..
kesian kat akak.. sabar la kak..

Norabella said...

Kak...ada sorang tu belajar sampai ke U...luar negeri lagi...tapi perangai macam orang lebih hina dari orang yang tak berpelajaran. Tetapi oleh kerana dia ala-ala lemah lembut..tak ada siapa yang percaya akan tingkah laku nya yang buruk itu. Kesimpulan nya..pandai bodoh ..baik buruk perangai bukan terletak pada ketinggian pelajaran.. kata orang..muka innocent tu tak seperti nya baik..yang muka macam malaun tak semesti nya dia gangster..

Mak Su said...

mulut orang tu memang nak kena cabai di khalayak ramai, biar dia tertonggeng... sungguh materialistik, memandang kepada dunia...piirraaahh (saya pun meluat)

Sya said...

Kak Anie.. betul kata Nora tu.. org yg dia cakap tu masuk U luarnegeri lagik tapi ... fikiran negatif.. memohon simpati.. dengki dan iri mengalahkan orang tak de pelajaran dan agama.. tapi kalau kita cakap sapa orang takkan caya... maklum le bertudung litup .. lemah lembut kalau cakap lembut gigi dr lidah.

Kalau aku citer menyakitkan hati aje.. and pasal orang yg ckp kau tak masuk U tu.. kau tenguk dia tu ada serupa org masuk U ke?? cheh

Kak Anie said...

Tulip...memang sakit hati sebab statement tu pada anak akak...ade ke patut cakap camtu kat anak akak...mesti lah dia marah...

-----------------------

iina...tulah pasal...masa ude cakap kat akak tu...memang berdesing telinga...geram betul...tapi malas nak layan...simpan aje dalam hati...biarlah kebodohan tu pergi kepadanya semua


---------------------------

Anon...memang pun menjadi seorang suri rumah mendidik anak2 memerlukan ilmu..ilmu mendidik anak...ilmu dan pengalaman yang demikian lebih penting...

Memang bila membaca komen2 di atas..akak rasa dialah yang bodoh sebab membuat kenyataan yang tak berasas...

Biarlah si Luncai tu terjun dengan labu2nya...malas nak layan...

------------------------

Uda...betul ...betul...betul...!!

------------------------

Mas...terima kasih kerana memberikan akak keyakinan diri...sebab memang tak semua orang pandai berblog...sekarang ni akak banyakkan membaca...agar akak tidak janggal bila berada bersama mereka2 yg berpelajaran.

-----------------------

ez...mungkin betul apa yang ez kata...macam isteri dia tu pun tak masuk U...sama dgn akak...tapi akak lebih terer dlm penggunaan komputer & internet...tu yang dia sakit ati tu...

--------------------------

-----------------------

------------------------

Kak anie said...

Ilah...manusia ni memang kadang silap mentafsir...tapi jgnlah mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya dan boleh mengecilkan hati orang...sebab tiap manusia itu punya keistimewaan mereka sendiri...

----------------------------

Ida...memang pun...yg bercakap tu pun masuk U...tapi tak tau nak menjaga tutur kata...dia tak tau ke...mengeluarkan kata2 macam tu pada orang adalah satu kesilapan...kerana ianya seolah2 menuding pada diri kita sendiri...

----------------------------

Nora...Betul apa yang Nora cakap...kadang orang yang tak masuk U ni lebih baik dari mereka yang masuk U tu...kerana kita ni masuk 'Universiti Kehidupan' macam kata Luna...

Kita tak boleh menilai orang begitu...atau dari luaran & pada tahap pendidikan mereka...bila kita dah bergaul dgn mereka baru kita tau..

------------------------

Maksu...kalau boleh dicabai memang akak cabaikan...tapi bila sedara yang cakap camtu...telan aje lah...kalau akak cabaikan mau nanti disebut hingga 7 keturunan...

-------------------------

Sya...cara bercakap dia aje kita tau dia tak macam orang yang masuk U...geram aku tau...melata dulang paku serpih...mengata orang dia yang lebih...

Unknown said...

salam aNIe...amboi sedapnya mulut dia...ina yang baca ni pun terasa sebab ina pun tak masuk u...
walau pun tak msk u..tapi alhamdulliah dapat suami yang baik dan dapat makan minum dengan mewah..lantaklah orang nak kater..sebenarnya kan dia jelous tau tenguk kamu tu....

Ayah said...

aruah mak aku takda sekolah pon, pandai pulak jaga adik beradik aku satu keluarga..

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails