Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Sunday, October 18, 2009

Menyesatkan & melampau...

Jam dah 1.34 pagi...aku baru lepas berkemas dan menjamah semangkuk laksa lemak yang aku masak tadi.

Mertua dan adik2 ipar ku datang tadi...sebab tulah aku masak laksa lemak. Aku mula memasak dari petang tadi...tapi jam 11.45 baru diorang sampai. Jenuh aku menanti sampai aku terlena di depan TV. Dalam kepala aku dah berkata-kata...kalau lah diorang tak jadi datang ke mana nak kubawa seperiuk kuah laksa tu..? Kalau nak bersedekah pada jiran pun semua dah tidor.

Semasa sampai ipar au beritau mereka ke beberapa buah rumah lain....hmmm...patut lah dah malam baru sampai.

Niat untuk menggoreng mee aku batalkan sebab dah malam. Lagipun masing2 dah kenyang.

Sambil berkemas tadi aku mendengar radio....sepi rasanya malam2 sebab aku tinggal berdua aje dengan Fareez. Ude ke Cherating....cik abang dah balik Melaka...Farhan menemankan kawannya yang keluarganya tiada di rumah.

Aku sebenarnya suka mendengar Radio Sinar...aku suka dengar2 lagu2 lama...nostalgia sungguh. Seronokkan bila dapat mengimbau kenangan manis zaman dulu.

Aku suka mendengar lagu lama2 ni kerana...kebanyakan lirik2nya banyak berunsur nasihat...dan kebanyakannya mengundang memori silam.

Farhan anak ku suka mendengar lagu2 Inggeris yang ntah aper2 ...tapi ade jugak lagu2 yang sedap didengar...cuma aku selalu nasihatkan...kalau nak menyanyi lagu2 mat salleh tu...kena tau maksud liriknya...jgn main hentam nyanyi aje...sebab orang puteh ni suka lirik2 yang mengarut2...

Ada satu lagu dendangan sebuah kumpulan terkenal tanah air kita...yang liriknya aku rasa menyesatkan...bagi aku lah...orang lain aku tak tau...lagu ni rasanya memang pernah menjadi siulan anak2 muda kita...

...Tiada lafaz yang lebih agung...
...Kalimah cinta mu yang ku tunggu-tunggu...
...Biar jasad ku yang menanggung...
...Permainan dari mu relaku pujuk...

Bagi aku...tiada lafaz kalimah yang lebih agung dari kalimah 'Asy hadu ala ila ha illallah...wa asy hadu anna Muhammadur Rasullullah...'

Satu lagi lirik lagu ni aku rasa macam tak logik...melampau kot...

...andai ku dikurnia syurga...
...kan ku tunggu di luarnya...
...jika di tanya mengapa?...
...jawapan ku menunggu ...
...kau sampai dahulu...

agak2nya logik tak lagu tu...ade ke patut dah di kurnia syurga nak duduk kat luar pulak...itu sudah melampau...hahahaha....

Pada penulis2 lirik diluar sana...kalau nak buat lirik lagu tu...kok ya pun nak menunjukkan cinta pada kekasih tu... pun jgnlah sampai menyesatkan dan melampau...



..

Undergoing MyBlogLog Verification

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

8 comments:

Zareda Norman said...

kak anie.. dia tunggu kat luars ebab belum tentu dapat masuk... ehhehhe

sometimes penulis lirik ni bukan islam so main hentam keromo aje..

NBK466 said...

Lain kali pakai kompas or GPS nak buat lirik 2 supaya x sesat..he..he.he...

sya said...

Aku skrg pun dah berhenti pakai ikut nyanyi lagu Hindi sebab bila aku check lirik memuja-muji datok dia orang

Aku heran... apasalle dtg raya rumah orang dah 11 malam... ingat org tak de keja ke?

jalilah_jy said...

wah laksa lemak bestnyeee kalu dekat leh ilah p amek semangkukkk...
laksa kalu disimpan semalaman lagi mengancam kot rasanya... laksa kedah lagi simpan lagi sedap ...takat 2 hari oklaa..heheheheee..

silversarina said...

Memang kalau tak cek ada lirik2 yang boleh menyesatkan .

Sian akak kena tunggu tetamu sampai larut malam, kalau saya memang call je tak payah datanglah :)

KAKTINY said...

betullah kak anie.. sesuka hati diorang je tulis lirik syurga bagai.. (cam confirm2 jer dpt masuk syurga eh..)

mcm zareda norman ckp.. belum tentu dia dapat masuk..

selalu jadi 'bahan' bila kat majlis org kawin diorang pasang lagu Alleycat..

"Andainya aku pergi dulu sebelummu"...

..."ku nantimu di pintu syurga.."..

mak aii.. syurga mana tuh???!!!...

lemas jugak kekadang dengar lirik2 yg sesat barat nih.. OVER!!..

aNIe said...

Zr...memang pun...mungkin yang buat lirik tu bukan melayu kot...tapi camaner nak masuk syurga camtu...hehehe

-------------------------

NBK...hahaha...kalau lost satelite reception nanti sesat lah jugak

-------------------------

Sya...tu lah...kita ni tak tau apa maksud lirik lagu diorang kan?

Kan mertua tu...kena le tunggu...

------------------------

Jalilah...hehehe...tu lah yang risau kalau diorang tak jadi datang...saper nak makan tu semua

------------------------

Rina...kalau senikata lagu inggeris pulak...banyak yang lucah...

Mertua yg nak datang...kene lah tunggu...kalau tak merajuk nanti...

------------------------

Tiny...hahaha....nak tunggu kat pintu je ke? hehehe...kalau dpt masuk syurga kan?

CuTeMiUt78 said...

eemmm betul tu kak.. sekarang ni lirik lagu.. ntah apa2 ntah..

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails