Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, October 19, 2009

Cantik & Jahat...

...dgn Syami pelakon drama Mr. Mama...


Kelmarin...semasa aku menemankan si kecik di bilik air. Memang dah menjadi tabiat dia...kalau kat bilik air...mesti ade sorang untuk menemankannya. Kalau dia tak nampak orang yang menemankan dia tu...dia mesti bercakap...supaya dia tau ada orang berdekatan dengannya.

Ini adalah gara2 aku yang selalu menonton filem seram...yang jadi takut ialah anak2...hehehe


'Ibu...'


'Ye...'


'Nantikan...kalau Aeez dah besar...nak cari isteri...aeez nak cari yang sederhana...Aeez takmo cari yang cantik sangat.'


'Kenapa...?'


'Sebab...kadang-kadang yang cantik2 tu jahat...'


'Jahat...?' Isykk!! Mana pulak si kecik ni dapat kenyataan yang tak betul ni. Ni mesti selalu tgk drama TV Maklumlah artis2 yang cantik2 dalam drama tu kadang kala diberi watak antoganis...


'Kenapa Aeez cakap camtu ...tak baik tau...'


'Ye ler....ada kawan Aeez kat sekolah tu cantik...tapi suka mencuri barang orang...panjang tangan...' pandai pulak dia menggunakan peribahasa tu.


'Tapi tak semua yang cantik tu jahat tau...'


'Tapi...ramai yang jahat...' selamba aje masa mengeluarkan kata kata ni.


'Ibu tak jahat pun....' Hahaha...perhatikan ayat perasan ibu dia ni...!!!


''Ibu lain...ibu cantik tapi baik hati...' Amboi!!..kembang semangkok aku kena puji camtu...


'Tu sebab kita tak boleh kata orang cantik semua jahat.'


Masa ni dia dah keluar dari bilik air...tapi masih meneruskan perbualan dengan aku kat bilik.


'Tu ler...kita tak boleh pilih yang cantik aje....kita kena pilih yang kat dalam...yang hati dia baik..' Chewah!! sesekali bercakap...macam orang tua2...ntah dari mana dia dpt menyusun ayat macam tu pun aku tak tau...


'Yelah...nanti kalau Aeez dah besar cari gilfren yang cantik tapi baik hatinya tau...'


Dia sengeh2 aje kat aku....







...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

21 comments:

Kak Elle said...

tak padan si kecik ni kalau cakap bukan main laser sekali...ingat balik betul juga kan Anie apa ada pada cantik kalau hati tak baik?

HappyIrfa said...

AMBOI KEMAIN LAGI..DAH PIKIR NAK CARI CALON ISTERI.CEPATLAH KAK ANIE DAPAT MENANTU..SILAP HB LANGGAH BENDUL NGAN FARHAN.HEHE

iina said...

Cari yang cantik tapi baik hati.. tak cantik tapi baik hati pun ok gak kak hehehe ;)

Kak Ezza@makcik Blogger said...

cepat lah kamu dapat menantu ni anie...hahahaa

Mak Su said...

pandai anak ambil hati ibunya, tapi anak tak berkata jika tak benar :)

MA said...

Salam Kak Anie - lama tak tinggal jejak kat sini, tapi selalu baca tahu...:-)


Cakap kat Fareez, budak belum sunat tak leh cerita pasal kahwin...hehe. Ker dia dah sunat masa baby dulu??

aNIe said...

Kak elle...betul tu...cantik melangit pun kalau hati tak baik pun tak guna...yang penting dia pandai menghormati orang yg patut dihormati...dan bertanggungjawab

----------------------------

Irfa...hahahah...melangkah bendol...kalau pompuan ye kot...kalau lelaki istilah dia apa eh...langkah balak...hahaha

---------------------------

iina...tulah...kecantikan tu berbeza pada pandangan mata orang lain...harap2 dia akan dpt membuat pilihan yang baik...heheheh..amboi...mak dia pun dah berangan anak tu kecik lagik...!!

--------------------------

Ezza ...hehehe...menantu ke haper...bersunat pun belum... :P

--------------------------

Maksu...sesekali dia puji...sesekali dia kenakan juga mak dia ni...hehehe

------------------------

MA kak anie pun dah lama tak meninggalkan komen kat blog...selalu kat FB je...

Si kecik tu lom sunat...hahahha...memang tak boleh nak cakap pasal kawin...bukan main lagik dia tu...

Ummi365 said...

cakap kat dia.. aunty ummi nak kiss dia.. kecik2 dah pandai nak pilih bini eh..

semalam tak dapat kiss sebab aunty selsema.. nanti jangkit sian ibu nanti kena jaga

yuka said...

kelakar la...budak2 sekarang memang tak segan nak ckp pasal kawen2 ni...yg kat rumah ni pun sama...tp bagus la kan dia dah pandai buat pilihan yg dalam lg penting dari luaran...

jaliilah_jy said...

wakaka pandainye sibongsu kak tuuu..
sibongsu ilah yg 11 thn tu..boleh tahan juga memilihnya... sorg kwn ilah nak jadi besam.. sibongsu tak mouu katanya si adam tu gemukk.. tapi sekarng ni sibongsu ilah dah jadi gemukkk sikit..kuat mkn... apa lagi ilah perli la dia..hehehe,.. yg benci tu akan jadi kwn nanti... 1 perkataan kita cakap 10 dia jwb.. huhuu.. akak yg 3 org tu semua pendiam.. tapi yg kecik ni fuhhh sabauuu jer la kak...

shafarina said...

Pandai betul si kecik ni. :)

MAMAMIA said...

Anak Kak Anie pun kena berteman ke blik air? Macam anak2 kita jugak, tapi yg si abang & kakak, yang tukang teman si adik.

Amboi, Fareez.. kecik2 lagi dah list down kriteria utk calon isteri.

^ez^ said...

salam kak..

wahh...bukan main lagi aeez ni eh. hehehe..tp betul la..nilai org dari dalam..kenali hati budinya..

akak..ez dah tuka add blog tau..

aNIe said...

Ummi...tu masa dia dah 8 tahun...dulu masa 6 tahun pun pandai cakap nak cari isteri yang pandai jaga ibu dia...hahahah...belum kawin semua nak cari camtu nanti dah dpt bini semua lupa...

---------------------

Yuka...dia memang pandai lihat kalau yang cantik2 ni dia terus akan puji...tapi dia tau orang tu buat sesuatu yang dia tak suka...terus dia jadi tak suka...

--------------------

Ilah...hahahah...anak akak si kecik ni memang kalau bercakap macam org2 tua...geram betul...

Anak2 akak yang lain pun pandai bercakap masa kecik2...tapi bila dah besar semua jadi pemalu ...kecuali Farhan...hehehe

--------------------

Shafarina...tu sebab kalau nak jumpa sesiapa ke akak selalu pesan jaga2 mulut tu...takut dia main laser aje...

---------------------

Mamamia...abang & kakak dia kalau teman dia...mereka akan terus menyakat dia sampai bising jadinya tu yg akaklah yang selalu temankan dia...

--------------------

CuTeMiUt78 said...

hik..hik..hik.. pandai je dia ya..

sya said...

Caka ngan Aeez pilih macam haku ha ha ha

Zareda Norman said...

kak anie.. yg penting baik hati kan.. kalau dapat yg cantik tu bonus lah.. tambah kalau pandai masak.. lagi xtra bonus.. hehhehe

aNIe said...

Cutemiut...dia kalau bercakap memang no. 1...mesti rasa dia aje betul...

Sya...dia kata maklang garang...hahaha

Zar...betulll!! Baik tu penting...kalau cantik tu kita bonus...hahaha...ada extra bonus eh?

kakpah said...

budak2 pun pandai menilai. muga anie dapat menantu yang cantik dan baik hati

aNIe said...

Kak Pah...harap2 camtu le...takut nanti bila besar nampak yang cantik dah tak nampak yang lain dah...

jaketbiru said...

.. guna kecantikan untuk dapat kan sesuatu dari kumbang-kumbang yang mengoda..

setuju ngan adik..
tak ramai yang cantik dan baik..

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails