Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, October 13, 2009

Sakit Hati...

Hati ni rasa sakit...

Mentang2lah perempuan yang memandu kereta diorang ingat kita ni lembab sangat ke?.

Aku memang sakit hati bila aku berada di simpang untuk melintas...tetiba ada pulak kereta yang duduk di sebelah sedangkan simpang tu mendaki bukit....

Aku tak kisahlah kalau nak tunjuk pandai kalau tak menyusahkan orang. Tapi ketika itu aku memang sedang menanti kereta2 di sebelah kanan untuk 'clear' tiba2 ade pulak kereta 4 wheel drive duduk di sebelah kiri kereta aku dan menghalang pemandangan aku untuk melihat kereta yang datang dari sebelah kiri.

Kalau pandai sangat...melintaslah...tapi dia duduk di sebelah kiri aku untuk sama2 menanti hingga tiada kereta. Geram betul aku dibuatnya. Dia ingat aku ni perempuan aku tak tau nak keluar simpang...

Sesekali kena tak apa...tapi selalu. Beriya-iya nak memotong kita...akhirnya kita jugak yang keluar dulu. Menyusahkan orang betul.

Selalunya pemandu yang buat begitu pemandu lelaki tau...apakah lelaki selalu rasa orang perempuan takut nak keluar simpang? Kita memandu bukan untuk menunjuk2 siapa lebih pandai kan...cuma kita ingin memastikan orang2 yang bersama kita selamat dalam perjalanan.

Aku rasa itulah antara sikap2 pemandu kita yang banyak menimbulkan masalah di jalanraya. Terlalu ego dan kadang kala nak menunjuk pandai.

Entry ni pendek aje...sajer nak meluahkan perasaan geram aku pagi tadi....


...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

22 comments:

Zareda Norman said...

kak anie

kengkadang sikap dorang yg macam ni lah yg buat bahaya atas jalan. Konon macam terer tapi menyusahkan org, kalau zar, honkan aje..

lagi satu kalau depa nak masuk simpang, kita ni tunggulah bagai nak rak nak kuar simpang, dia selamba masuk tanpa signal, bila kita hon terpinga pinga macam hape jer..

Kak Elle said...

kasi hon sama dia anie...

^ez^ said...

salam kak anie..

em...tensen kan bila ada driver mcm tu..sabar eh kak..

MOKCIK AZWA said...

Pemandu semcm ni, bukan saja dengan lady driver, dengan semua orang dia buat gitu. Cik abe pun selalu bersungut kalau ada orang buat camni...menyusahkan dan membahayakan nyawa orang lain.

NJ@goboklama said...

oiiitttt..dah berapa kali NJ kena hon, kena hoi & kena maki kat pemandu2 jantan yg ego tahap bombastik nih, pedulikkan aje lah!! ;(

Mak Su said...

maksu selalu rasa nak bawak loudspeaker dlm keta, sbb kekadang ada pemandu lelaki suka memandu sambil tgn kat henpon lepas tu dia slow giler... or buat aksi 'pelik' dengan pasangan di sebelahnya dan dia memandu lembap giler or memandu memotong dengan sewenang-wenangnya tak tentu hala... huh!

ez said...

salam..hii akak..
xpe kak..sabau ye..yg penting kita selamat..ehheh

silversarina said...

Saya pun pernah kena macam tu, yang menyibuknya lelaki dah berumur , nak tunjuk ek yang dia lebih pandailah tu kot, memang menyampah , macm dia je nak cepat melintas :(

idahani said...

nak wat camner kak anie..kalo org pompuan jd drive sure ada jer tak kena..tapi yg selalu accident tu saper ek agaknya..sabarjerlah..

zino said...

amboi geram nya.. hehe

jalilah_jy said...

kalau ilah org tu dah kena maki dah..hehehe

pernah suatu hari jalan di jelatik ni kosong ilah ikut lane ilah dtg sekor pemandu waja merah hati tu.. no w..267... di potong dan dia pelahankan keta depan ilah.. pada hal masa tu jalan kami tiada keta.. pas tu ilah hon dia...pastu dia laju dan pelahankn semula keta dia.. tup2 di masuk kirii simpang balik umah dia la tu.. tak ke sakit hati ilah.. ilah kejar dia sampai kesimpang ilah tujuj tangan kat muka dia...
kak ani nak tahu beberapa jumpa lagi dia.. tapi jumpa dimana ??? kemmmmm depan sekolah anak2..padan muka diaaaaa... dia malu nak pandang muka ilah... last dia lari ketempat lain.. tunggu anak dia ... ilah saje park debelakang keta dia.. mentang2 keta dia keta baru masa tu.... kepala dia botak.. agaknye baru pencen askar kot.. pastu ilah parking keta depan dia guna keta ilah yg baru beli ni... dia tak perasan last ilah tunjukkan muka... dia panikkk.. tu laa pasal jgn cari gaduh dijalan... last jumpa juga.. dia ingt ilah ni tak melawan..cisss pantng tok nenek aku tak lawan...sampai 4,5 bulan masih sakit hati ni....mentang2 dulu tu keta lama...mpv lama.. dia keta merah hati berlilat bukan mennn..eeeee geram tol...

Ida said...

Kalau saya yang kena macam tu kak Anie, memang saya jadi samseng sikit. Saya tak beri muka. Dia block saya, saya block dia balik, bila saya dah keluar simpang, saya takkan bagi muka untuk dia overtake.

Pemandu kurang ajar macam tu patut diajar. Dia ingat dia saja yang kononnya cekap memandu?

aisputih said...

Bawa bersabar kak..hehe..

arsaili said...

salam eid..buat bersabar....ehehe kekadang manusia ni kurang kesedaran sivic skit...sellfish

Alina... said...

kak ani sabar tau..memandu mmg camtu, ada je org buat sakit hati, abg kita pun selalu ada org buat sakit hati tp pemandu pompuan.. hahahah..

aNIe said...

Zar...bab masuk simpang tak bagi signal pun buat kita geram kan...? Kita ni tercongok aje tunggu diorang eh eh...tetiba je masuk simpang...tak rasa bersalah pun...

--------------------------

Kak...anie ni malas nak main hon2...hehehe...mulut je bebel...

-------------------------

Ez..memang tensyen...seb baik akak ni lebih sabaunya tau...

------------------------

Mokcik...memang bahaya sebab kita ni terpaksa memanjangkan leher untuk melihat kenderaan dari kiri...

------------------------

aNIe said...

NJ...geram kan...macam diorang je pandai bawak kereta...

--------------------------

Maksu...mmg rasa nak bawak hailer tu aje kan...jerit aje kat diorang tu...geram...

-------------------------

salam ez...tu yang akak sabau ni...

--------------------------

Rina...memang pun nak tunjuk ek...geram tau..diorang ingat kita ni pompuan tak tau nak ek ka?

--------------------------

idahani...terlalu nak tunjuk pandai ...padah jadinya...kalau kat jalanraya tu tak payahlah nak tunjuk saper pandai...keselamatan pengguna jalan raya lebih penting.

--------------------------

Zino...tulah pasal...geram tau...

--------------------------

ilah...sekali nak tunjuk pandai...dah kantoi eh...hehehe...padan muka

--------------------------

Ida...kak ni pun buat camtu jugak...memang tak bagi dia chance...tak bagi dia potong...sebab diorang tu kurang ajar...

-------------------------

aisputih...memang sabar lah ni...

-------------------------

arsaili...diorang takde belajar tata rakyatlah...hehehhe

-------------------------

Alina...selalunya pemandu perempuan ni kurang lah sikit...yang lebih orang laki tau...

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam Anie,

He!..he!..sib baik Akak ada "supir". :-)

HappyIrfa said...

mmg sungguh geram ni.hehe,sabar ye kak

CuTeMiUt78 said...

eemmmm betul tu kak.. klu kita yg terkena pun sakit hati dibuatnya

tulipurple said...

sabar ek sis..biasalah,bila org dah 'cas best'.dpt sy bayangkan muka sis yg comey tu merah dok geram kat driver2 itew...hehe

aNIe said...

Kak ...kalau takde supir...memang 'my blood will go upstairs...' heheheh

------------------------

Irfa...memang pun...geram sampai terpaksa tulis kat blog...hehehe

------------------------

Cutemiut...sakit hati...geram...boleh darah tinggi dibuatnya...

------------------------

Tulip...hehehe...marah2 dah tak comei dah...muncung dah panjang...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails