Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, October 5, 2009

Biarkanlah...

Terima kasih banyak pada kawan2 yang meninggalkan komen pada entry lepas...semua aku baca...dan banyak yang aku fikirkan.

Sehingga kini...masih ada lagi panggilan2 dan sms sesat yang aku terima. Sebelum ini...berpuluh RM aku bazirkan memarahi dan mencari dari mana puncanya no. aku disebarkan. Tapi kini...aku dah tak kuasa lagi. Gasaklah pada siapa2 yang gatal2 nak telefon atau sms aku...aku dah tak kuasa nak marah2 lagik dah. Aku rasa lagi aku marah...lagi aku bising2 ...lebih suka mereka menyebarkan nombor aku tu.

Hari ini...aku mengambil keputusan...saper2 yang nak bazirkan duit atau kredit...telefon lah...aku dah tak kuasa atau nama lain aku akan 'ignore' panggilan2 yang menjengkelkan itu.

Memang ada juga yang berjanji untuk memadamkannya...tapi ntahlah. Yang pasti...sekarang yang tinggal cuma catatan di Bukit Dukong aje. Yang lain2 semua dah tak ada lagi...sebab bila ditanya dari mana mereka dapat kebanyakannya memberitau aku dapat nombor aku di hentian Bukit Dukong.

Namun...dalam hati aku ni masih lagi tidak memaafkan perbuatan orang yang menganiayai aku...bagi aku...itu satu penganiyaan...selagi dia tidak meminta maaf...selagi itu aku akan terus berharap agar....'c*l*k* lah hidupnya'.

Aku tidak pernah mengharapkan yang tidak baik pada orang...dan aku tidak pernah mendoakan yang tidak baik untuk sesiapa aje...tapi pada yang melakukan penganiayaan ini pada aku...aku tak boleh lagi menyabarkan hati ini..cuma aku ingin memohon ampun pada ALLAH kerana mendoakan sedemikian kepada sesama insan...

Pada mulanya aku ingin menukar nombor telefon aku...tapi aku terfikir semula...kalau aku tukar pun...aku pasti akan menukarnya di blog perniagaanku juga....jadi orang akan tau juga. Lagipun kalau aku tukar nombor...banyak kerja yang aku harus lakukan. Aku terpaksa memberitahu banyak pihak...kerana aku menjadi wakil penjual kepada beberapa produk....

Kesimpulannya sekarang...aku akan biarkan saja...dan aku akan terus berdoa semoga ada insan yang baik hati dan berhati mulia untuk menghapuskan catatan2 yang mempunyai nombor telefon tersebut. Dan aku berdoa semoga ALLAH akan membalas kebaikannya...





...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

25 comments:

Mak Su said...

moga kehidupan kak anie sekeluarga sentiasa dalam keadaan sihat-sejahtera tak kira apa dugaan melanda

pB said...

Salam Kak Anie ....





lama lama hilang lar kot ...




smlm , pB malu betul dengan kak anie dan kak sya , tau
bilik anak dara tak mcm bilik anak dara ..
hu huhu

silversarina said...

Saya juga doakan agar si jahat itu ditimpa bencana . Entah apa tujuan dia memfitnah akak, pelik betul manusia ni ....sabar je kak.

ilahjy said...

ilah sokong dgn apa jua cara/keputusan akak.. semoga dia insaf...
keta saga baru ilah lagi laa kena gesel di parking tuuu mana ada org mau minta maaf.. semoga dia dpt 20 kali geselan...supaya dia insaf.. bukan doa tak baik..tapi smoga dia kena dan dia insaf..mcm mana ilah dia buat...

iina said...

Kak anie..

Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.. bersabar itu ada kemenangan dia.. abaikan jelah kak.. kalau agak2 susah sgt baik akak tukar jek no.. takpelah bagi no lain kat customer.. buat sementara waktu on jek no lama pastu lepas sebln 2 nnti akak off trus..

Itu dugaan berniaga kan kak.. mungkin ini dugaan untuk akak.. buat akak lebih sabar & kuat semangat.. Insyallah ;)

~EZ~ said...

sabar byk2 eh akak..Allah akan bg balasan yg setimpal kt org yg anaya akak..take care.. =)

Zareda Norman said...

kak anie, doakan juga agar dia tak buat begini pada org lain. Mudah mudahan semakin murah dan berkat rezeki perniagaan kak ani. Sesungguhnya doa orang yang teraniya tak ada hijabnya dengan Allah SWT. Wallahualam

Intan said...

Salam Kak Anie,

Sorry byk2 sbb dah lama intan x singgah. Terkedu intan baca entri ni & entri lepas...

Sabar2 byk2 K.Anie... Moga org yg berkenaan dpt balasan yg setimpal. Dan moga K.Anie sentiasa berada dlm rahmatNya.

:)

MAMAMIA said...

Semoga doa2 Kak Anie dimakbulkan Allah.

Saya masih susah nak percaya ada org yg sanggup aniaya org sampai macam ni....

ILA said...

Selagi kita umat nabi MUHAMMAD..insyaallah..pasti tuhan akan buka lorong bagi kita utk mghindarkan perkara2 sebegini..
ujian datang bukan hanya dlm bntuk fizikal .kdangkala 'mental' juga turut teruji...oleh itu akak sdang di uji.....semoga lebih tabah buat kakak ku:)

AuntieYan said...

Salam Anie,

Asttaghrafurullahhalazi!!

Banyakkan sabar Anie, ini semua ujian Allah...jahat sungguh manusia macam tu...apalahlah salah Anie kat dia...nasihat Kak Yan, jangan layan panggilan yang nombornya tak ada dalam rekod Anie. Kalau Kak Yan pun memang hilang sabar...insyaallah perkara ni akan berlalu. Mudah-mudahan oarng berkenaan akan mendapat balasan yang setimpal.

Sya said...

Hah kita citer yg sama

sally said...

baca kt blog sya..rasa gelihati..

baca kt blog akak..rasa sakit ati..

Jahat betul diorang nih..

ummu said...

salam perkenalan kak anie
baca kisah akak ni membuatkan rasa sakit hati sangat,mudah-mudqahan doa akak yang dikabulkan Tuhan,doa orang yang teraniaya tiada hijabnya dengan Tuhan..

Masy said...

lantak dorg la kak.. jgn dilayan lg.. akak bile nk wat open house? hehehe terpesong sket komen ni hehe

hanimndroid said...

caih, tah hape2 tah, pedajal kat org. sok2 kono tang btg idung ko br tau---->k.anie, layan bagi hamster makan best:D

Rozi said...

Biarkan la org sewel buat panggillan "hangit" dia org tu. Lagi kita layan, kita yg sasau...biarla..apa pun niat org yg menyebarkan nombor telephone you tu, biar la dia settle ngan ALLAH, bukan kerja kita nak membalasnya...
Kita teruskan hidup kita...jgn layan ler semua tu..lahabau2 tu..hah kan dah keluau bahasa melaka aku tu..hawau betul la....

NBK466 said...

Kalau depa call, promote jer biz akak kat mereka..he..he..he..

MOKCIK AZWA said...

lain kali kalau ada orang buat panggilan dgn nombor tidak dikenali, kak anie jawab ' ini balai polis' atau ' ini rumah perdana menteri' pehtu terus letak tepon. lama2 dorang berhenti la tu..

Alina... said...

larr kak ni setan betul org yg sebarkn no tel kak ni tu.. mmg iblis.kalo kita.. dah lama report kat balai polis...

aNIe said...

Mak su...terima kasih...semoga segala doa diperkenankan

--------------------------

PB...harap2 begitulah...

Alah...apa nak dimalukan...anak2 dara tu bukan dah besar betul pun...tapi laksa tu sedap...yummy...

--------------------------

Rina...bila kena macam ni akak yang penyabar ni pun jadi tak sabr dgn mereka2 yang kurang ajar tu...memang kepantangan akak kalau orang bersikap biadap macam tu...tapi nak buat camaner...kenalah berlebihkan sabar tu...

--------------------------

Ilah...akak selalu berdoa semoga segalanya akan berlalu secepat mungkin...dah malas dah ...penat

--------------------------

iina...terima kasih pada nasihat dan kata2 sokongan itu...semoga ALLAH mengurniakan akak dengan lebih kesabaran...

--------------------------

ez...terima kasih banyak...

---------------------------

Zar...semoga dia akan cepat sedar akan kesilapannya itu...

---------------------------

Intan...banyak rasa sabar yang perlu akak pupuk untuk melalui saat2 begini...semoga ianya cepat berakhir...

--------------------------

aNIe said...

Mamamia...akak nak ucapkan terima kasih kerana memberikan akak no telefon bgh pengurusan Gtand Saga...akak dah pun call dan semoga mereka akan menghapuskan apa jua yang mengganggu akak selama ini...

----------------------------

Ila...semoga dengan datangnya ujian itu...akan meningkatkan kesabaran akak dlm menghadapi apa jua dugaan...

-----------------------------

Tulah kak Yan...mengganggu sungguh...diorang ingat kita ni anak dara tengah naik ke? Dah jadi mak orang...kalau anak2 dah kawin mau jadi nenek orang dah...

Semoga segalanya akan berakhir...

-----------------------------

Sya...hehehe...aku dah baca dah...

------------------------------

Sally...hehehe...akak dah baca kat blog kak sya...memang tu posting dulu...tapi kelakar...

-----------------------------

Ummu Masyitah...salam kenal dari akak...semoga doa akak dan kawan2 akan dimakbulkan...ameen...

----------------------------

masy...ha'ah lah...komen tu akak terpesong...heheheh...rumah akak sentiasa terbuka...dtg lah...

----------------------------

hanimndroid...lama akak tak dgr berita hanim...terima kasih kerana menjengok dan memberikan sokongan pada akak...

---------------------------

Rozi...tu lah...lahabau betul hawau2 tu...hahahah...lama tak dengar orang cakap camtu...salam kenal dari kak anie...

---------------------------

NBK...diorang bkn nak dengar kita promote...diorang nak promote 'brg' diorang...hahahhaa...

----------------------------

Mokcik...tulah...terlupa lah...patut gunakan taktik tu ye...

----------------------------

Ina...memang setan betol...

Mulan said...

apesal tu.. takde keje paedah nak buat dah ke..?? eeiii, elok sgt nak aniaya orang lain tu.. sabar kak anie..

CuTeMiUt78 said...

aduuhh.. baru je baca citer akak.. rasa kesian kat akak.. terpaksa gak hadapi kan.. emmm nak takpe la kak.. semoga sapa yg buat tu.. akan dpt balasanya satu hari nanti.. dan muncul berlutut memohon maaf pada akak

aNIe said...

Mulan & Cutemiut...terima kasih kerana memberi sokongan...Insyaallah akan lebih sabar...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails