Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, September 29, 2009

Jahat Sungguh...

Dulu...sebelum puasa...aku pernah buat status kat FB...mengatakan bahawa aku menerima pelbagai sms & panggilan dari ntah apa2 nombor yang begitu mengganggu...

Dari salah sorang pemanggil...aku dapat tau...dia ambil nombor aku di sebuah tandas awam di sebuah kompleks di Petaling Jaya. Siap nombor telefon & nama sekali ...katanya tertulis kat situ...

'Siapa2 yang inginkan khidmat s**s telefon anie **********'

Masa aku dengar tu memanglah hangin aku naik sampai kepala...habis budak tu aku maki hamun. Selepas dia minta maaf aku minta tolong dia padamkan no. tu.

Selang 2-3 hari kita berpuasa...aku dpt lagi panggilan & sms dari mat2 bangla & Indon...sms yang serupa ingin cari perempuan. Memanglah saper yang gatal menalipon atau sms aku kena segala macam maki hamun...'sia*...lahan**...bab* dan apa jua yang terfikir dlm kepala aku ni.

Kemudian...salah sorang daripada mereka meminta maaf dan memberitau aku...nombor telefon aku ada di pintu tandas Econsave Kg Melayu Subang. dan dia berjanji nak memadamkan untuk aku. Rupa2nya tak berpadam...sehingga tadi masa aku ke Econsave...Farhan yang padamkan nombor tu untukku . Farhan kata memang siap dengan nama ku di pintu tersebut...kata-kata yang tertulis bersama nombor aku ialah 'mature s**'...menyumpah seranah aku dibuatnya...sampai terkeluar kata-kata dari mulut aku...'saper2 yang membuat kerja2 jahat tu...kudunglah nanti tangannya...'

Semasa hari raya dan sehingga ke hari ini...aku masih menerima gangguan2 panggilan telefon dari ntah saper2...yang membuat aku geram...ada yang menelefon waktu tengah2 malam...

Paling galak...minggu ni...ntah mana2 nombor yang menelefon aku. Bila ditanya mana dapat nombor aku...mereka kata dapat miss call dari aku. Giler ke haper!!...aku langsung tak kenal diorang...diorang boleh kata aku yang miss call diorang pulak. Bila ditanya bertubi2...mereka meminta maaf.

Terakhir sekali ...semasa aku golek2 dengan anak2 aku tadi...ada sorang yang menalipon aku. Aku terus angkat...dan tanya..

'Nak cakap dgn saper...?'

'Anie ke ni...' ...masa dia bertanya ni bermakna dia tak kenal aku...aku dah ready untuk menyerang dia...

'Ye...saya cakap..nak aper? Mana dapat nombor saya ni?' Masa ni nada suara aku dah semakin tinggi...

'Ada kawan bagi...katanya kalau nak s*** telefon nombor ni...'

Apalagi...masa tu hangin aku dah macam puting beliung

'Kau tau tak aku ni bini orang...aku dengan anak2 aku ni...'

Belum habis aku menghamburkan maki hamun dia dah meletakkan telefon. Aku memang tak puashati...terus aku sms dia...aku call dia berkali tapi mematikan telefon.

Kemudian aku sms dia...

'Kau jangan cuba lari dari aku...aku nak kau bagi nombor telefon kawan kau yang bagi nombor aku pada kau...kalau tak...aku takkan lepaskan kau...aku akan report kau pada polis. Kau belum tau saper aku lagik...aku nak tau dari saper puncanya nombor aku ni disebarkan.'

Tak lama kemudian dia sms aku meminta maaf.

Aku balas semula...

'Aku takmo kau minta maaf ...aku nak nombor telefon kawan kau. Kalau kau tak bagi aku suruh laki aku cari kau...dan report pada polis.'

Dia balas...

'Nombor awak tertulis di perhentian Bukit Dukung dlm perjalanan ke Sungai Long'

Berkali-kali dia meminta maaf dari aku...dan aku suruh dia delete semua nombor aku...aku kata aku tak mau dgr panggilan atau aper2 dari dia lagik...kalau ada...nanti aku report dia pada polis.

Aku tak taulah kat mana Bukit Dukung tu...pada sesiapa yang tau...aku mintak tolong sangat2 agar dpt membantu aku menghapuskan nombor tersebut. Aku tak taulah apa tujuan orang yang menyebarkan nombor aku dengan kata2 yang tak sepatutnya tu.

Manusia ni berbagai ragam...tapi bagi aku perbuatan ini amat tidak bertanggungjawab dan mereka yang melakukannya memang mereka yang betul2 jahat...sebab dia bukan saja mengganggu aku bahkan rumahtangga ku.

Bagi yang bertanggungjawab melakukan perkara itu...kalaulah aku dpt tau siapa dia...aku takkan teragak2 mengambil tindakan pada dia.

Oleh itu bagi mereka yang mengambil nombor telefon di mana-mana jua...janganlah suka2 hati menalipon kerana mungkin dia juga isteri orang dan mangsa seperti aku. Tak pasal2 nanti kena maki...



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

34 comments:

pB said...

salam Kak Anie


tinggal salam dulu ...

erna said...

salam anie.kak sapina ni...ya allah anie,kesian akak baca n3 anie ni,akak pun ikut rase geram dan marah macam yg ani rase.tukar no.je ni..walau pun susah,sebab kwan2 dan bisnes anie dah biase dgn no. ni.banyakan besabo ni..akak bolih cakap je ni.anie yang rase teroknya dapat panggilan yang entah hape2 tu.

pB said...

akak

bila pB gugel , Bukit Dukung tu kawasan rehat dekat area Balakong

pB said...

Bukit Dukung, Rest Area (along Cheras-Kajang Highway) after the Batu 11 toll plaza towards Kajang

Zareda Norman said...

kak ani

so scary ni.. ini semua kerja org tak bertanggungjawab..

sya said...

Masalahnya dia tulis dlm toilet lelaki pulak tu.. kalau toilet pompuan boleh gak kita tenguk dan padamkan.

aku lak heran ngan lelaki2 ni.. kita ada gak npk no tepon tulis kat dlm toilet mcm2 tapi tak le pulak kita nak amik no tu dan tepon tapi org lelaki ni jadi keja lak menghabiskan masa dan duit menelepon nombor telepon kat toilet.

Hish memang betul ler orang kata.. lelaki ni banyak yg berfikir menggunakan kepala lain..bukan kepala yg Allah letakkan otak.

zany said...

sakitnya hati baca, bukit dukung tu kat kajang lah kak, tahu pun pasal ada kes di sana yg saya bawa, tempatnya tak pernah pergi pun. kak, kalau ada lagi call buat je report polis, bagitau ada ugutan, bla, bla...........pastu biar polis cari org tu, ntah2 dia yang kaki sebarkan.

atau cara lain, bila ada call, buat le temujanji, bawa suami dan polis sekali, ajar cukup2.

MA said...

Allahu Akbar! Mengucap panjang saya baca ni...Sapa lah yang lahanat betul buat dajal tu. Merata-rata dia tinggal nombor.

Jahat betul! Akak report polis sahaja. Or ambil gambar contoh tulisan sebagai bukti.

Tirana said...

Memang jahat la sapa yang menyebarkan personal no kita..

ILA said...

HAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!????
serius ila ingat akak nak gi perhentian tu nak ambik orang..tak kan semata tu akak nak gi sna..cari iklan tuuu???
eesssshhhhh!!! ila pun geram gakkk lerrr!!!sape punya yg DENGKI & KURANG AJORRR NIII!!!!!????
akak kena doa kat tuhan..semoga org yg buat tak bahagia dlm hidupnya!!dah sahhhhh!!orang tu dengki kat akak..nauzubilahhhhhhhhhh!!!!sungguh jahatttttttttttt..HUHHHHH!!!

Ogy Rosli said...

kak, tukar nombor kak.

dan nombor baru, hati-hati, bg kat org yg rapat jer.

ogy

cikMilah said...

Ya Allah, kesiannya Kak Anie,betul kata Zany, buat date, bawa hubby dan polis.. ajar-cukup-cukup..

^ez^ said...

siannya akak...mmg jahat la sape yg buat camtu..

doa org teranaya ni makbul je..huhu..xleh bygkan kalau saya yg kena.Nk tuka no pun susah tak tuka pun susah..

hope akak sabar la handle benda ni ye..

Kak Elle said...

ya allah masih ada lagi cerita ni...sape lah punya kerja tak habis2 menyeksa kat orang yg tak bersalah...

jalilah_jy said...

kesian kak anie ..semoga ALLAH SWT AKAN BERI manusia tu petunjukk kejalan benar... seeloknya akak tukau jer no pon... semoga akak selamat..amin..

Masy said...

erkkkkkkkkkkk takotnyeee.. sy pon ade gak org call mlm2, tah sape2 tp takat ni takde yg ckp nk seks ke ape.

klu ade, boleee.. meh atur pertemuan kat balai polis. huh~

ayumkay said...

salam kak anie,

ya Allah kak anie.. tekejut & takut saya baca n3 akak ni. apalah dia orng ni jahat betul! tak de keje lain ke? yang tepon pun 1 hal gak.. klu bab2 yg tak senonoh tu laju je nak tepon. repot polis je kak.

selamat hari raya, maaf zahir batin buat kak anie :)

dlt said...

jahatnya manusia berhati busuk nih... kalu saya, sanggup tukar no baru kak. then inform kat kawan2 jer...

zue said...

slmt hari raya maaf zahir dan batin buat kak anie sekeluarga.

betul kata Ogy dan Jalilah tukar no. itu jln seeloknya.

HappyIrfa said...

SALAM KAK ANIE..
astagfirullahalzim.megucap pjg saya baca en3 ni.sapalah manusia ops buleh dipanggil manusia ke perangai camtu?sanggup tulis no dan no tepon org merata tpt macam tu..eeeeeeeeee geram ni

Mama Rock said...

laaaaa...sian kak anie! memang jahat sungguh orang tu...kalau ya pun nak buat prank, this is not a joke la. harap kak anie sabar...report je la polis.

shafarina said...

memang geram lah kat punca tu.

dan tak sangka masih ada orang percaya dan call nombor2 kat toilet yek.

bukit dukung tu perhentian dari kajang ke cheras/kl.. hiway grand saga.

Katekitty said...

Salam Kak Anie,

Ya Allah, sepa la buat keja tak berpekdah ni... bikin panas.. sabar yer kak...

Salam dari Kota Kinabalu

izawani/JEEN said...

Salam kak,

Saya pernah terkena macam tu gak. Sapa tah pi taruk no telefon saya kat duit... word yang ditulis pun kearah macam akak juga la...

Sib baik saya jumpa dengan orang yang pegang duit tu, saya minta duit tu kat dia...

Sebelum tu, saya minta orang yang call tolong padam/conteng, tapi diorang tak buat pun... sebab lepas lepas tu ada call dari orang lain. Bila saya dapat duit tu, barulah call merepek tu berenti...

Rasanya kes akak, diorang conteng banyak tempat... so, mungkin susah skit...

Tapi kena cari satu persatu la... kalau tidak, kena tukar no telefon la jawabnya...

MAMAMIA said...

Tumpang simpati...

Bukit Dukung tu dkt area saya, tapi tak pernah singgah pun..

Dah report polis ke belum??

KAKTINY said...

Astaghfirullah..

sapa la yang aniaya akak sampai camtu sekali.. melampau sungguh.. merata tempat pulak tuh..

melampau.. mmg melampau... geram betul membacanya.. apatah lagi akak yg kena.. mmg patut rasa hangin berangin...

Allah akan balas perbuatan org yg aniaya akak camtuh.. dan pastinya ganjaran besar menanti akak kerana diaibkan sebegitu rupa..

...

Kopi Suam said...

la kesiannya kat akak..jahatlah diorang ni..

Bukit Dukung tu on the way nak ke kajang...di cheras highway tu..

saya ada jugadapat call2 liar mcm ni..tapibukan yang teruk2 kebanyakkannya tanya pasal saya jual prepaid...

kalau dapat call macam nimahu meroyan kita dibuatnya.

silversarina said...

salam, pagi ni baru dapat buka blogspot dan baca n3 akak ni.

Jahatnya manusia ni,entah apa yang dia sakit hati sangat kat akak , saya doakan agar ditimpa bala dari Tuhan.

Ida said...

Terkejut besar saya baca entri ni kak.. sapa la yang mendajalkan akak tu. Yang paling saya heran, siap tau nama betul akak and no telefon. Ni mesti someone yang ada no akak and dengki pada akak.

Saya percaya kalau dah merata-rata dia tulis no akak tu, mesti banyak lagi tempat dia jaja no akak tu. Bukit Dukung R&R tu kalau dari Kajang, selepas exit ke Balakong sebelum tol batu 11.

Saya suggest pada akak, tukar no telefon, bagi pada sesiapa yang akak percaya sahaja.

MOKCIK AZWA said...

Ada juga manusia jahat berhati busuk macam nie yerr. Sabo jer la kak anie..tukar no kak anie dan kali ni sms kat kawan2 jer. Agaknya orang tu ambil no dari website akak ni dan letak kat tempat2 yang disebut tu.

yang jijik tu...ropenya ada juga orang yang akan call 'iklan' macam nie ek...betul la kata Sya tu..depa ni berfikir guna kepala lain bukan guna otak huhuhu

Pnut said...

kak hepi besday..baca blog kak sya, tau hari ni besday akak...

akak, org yg sebarkan no telefon tu kurang ajar sangat..
sangat kurang ajar... takut la dengar camtu..

Pnut said...

kak hepi besday..baca blog kak sya, tau hari ni besday akak...

akak, org yg sebarkan no telefon tu kurang ajar sangat..
sangat kurang ajar... takut la dengar camtu..

NBK466 said...

Apa punya manusia cam ni? Dah takde sgt keje ker??? Tuh kain lum berlipat & pinggan lum basuh banyak kat umah den kalau dah takde keje sgt. Hangin lak den dgn manusia2 cam nie.

p/s : Akak ker yg call SinarFM pagi tadi pasal kes nie? he..he..he..

Helena said...

kesian dan takut dgr cerita ni.... sapala g tulis no hp kat situ yer.....

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails