Terbangun aku di tengah malam ni...teringat pada blog yang dah lama terbiar. Lama tak berupdate. Pada mereka yang mengunjung blog aku...SELAMAT HARI RAYA aku ucapkan. Masih belum terlambat rasanya kerana seperti kata orang Melayu...Raya tu sebulan...
Maaf Zahir Batin juga buat semua seandainya pernah menyinggung perasaan ketika menjawab komen.
Disebabkan dah lama terbiar...maka banyak juga cerita yang aku tak update pada tarikh2 yang begitu istimewa buat ku.
17hb September....
Hari aku diijabkabulkan dengan pemuda sekampung 27 tahun lalu. Aku anak pertama dalam keluarga yang berumahtangga. Melangkah bendul.
Sudah 27 tahun aku mengharungi hidup berumahtangga bersama suami tersayang...semoga rumahtangga yang dibina akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. 27 tahun yang penuh dengan suka duka...terlalu banyak dugaan yang kami lalui...baik yang pahit atau yang manis. Dan bagi mereka yang rumahtangga seusia rumahtangga aku...pasti tau...bahawa untuk kekal bahagia seperti sekarang...terlalu banyak pengorbanan yang mesti dilakukan.
Bagi mereka yang masih baru dalam alam rumahtangga ...ingatlah bahawa untuk hidup dlm satu bahtera sebagai suami isteri segala2nya hendaklah ditempuh bersama....suka dan duka...jgn semasa senang kita hendak bersama tapi bila saat2 berduka kita membiarkan pasangan kita bersaorangan. Biarlah susah senang kita bersama hingga ke akhir hayat.
17hb September..
26 tahun lalu...tepat 1 tahun aku diijabkabulkan...aku melahirkan anak sulongku Munir. Dilahirkan pada pagi hari raya Aidil Adha 1983...dia merupakan buah hati pengarang jantung kami. Sebelum dia lahir...aku pernah bersuaru dengan cik abang aku...
'Bang...17hb nanti anniversary pertama kita kan?...Kita pi bercuti nak?'
'Nak bercuti pi mana?'
'Mana2 lah...'
'Isykkk!! Saper nak bawak mak buyong ni...silap2 nanti meletop tengah jalan...'
Memang benar...kalaulah aku pergi jenjalan sempena hari ulangtahun pertama ku...pasti Munir dilahirkan jauh dari rumahku...
Kini dia telah pun berusia 26 tahun...semoga dia terus menjadi anak bujang yang bertanggungjawab dan matang dalam mengharungi hidup yang penuh mencabar ini.
20hb September 2009...
Hari Raya Aidil Fitri...
Raya kali ini...suami ku sibuk bertugas. Sejak dari hari Sabtu cik abang dah takde di rumah. Dia dah keluar awal untuk memastikan majlis malam nanti berjalan lancar. Petangnya dia berbuka di majlis berbuka puasa bersama 'big boss'nya.
Selepas majlis berbuka dia terus bersama untuk bertakbir raya dgn 'big boss' juga. Tengah malam baru dia balik.
Disebabkan malam raya tu cik abang takde...aku beronggeng dengan ipar2 ku ke Bazar Ramadhan. Mula-mula aku ke Bazar Ramadhan di Peringgit. Walaupun dalam hujan renyai...kami masih berjalan...tujuan utama ialah nak mencari tudung raya...hehehe...macamlah kalau takde tudung tak boleh beraya kan?
Balik dari Peringgit...ipar mengajak aku ke Bazar Ramadhan di Klebang pulak. Ketika tu jam dah lebih pukul 1 pagi. Walaupun hujan renyai...Bazar tersebut masih lagi dikunjungi orang. Terasa jugak suasana raya bila masing2 membeli belah saat2 akhir. Balik dari Peringgit bersama ipar laki dengan isterinya...adik ipar perempuan pulak mengajak aku menemankan dia ke Klebang...nak tak nak ikutkan jugak. Balik ke rumah hampir jam 4.00 pagi. Aku terus pengsan sampai 6 pagi untuk bangun dan bersiap2 menyambut 1 Syawal.
Pagi Raya...selepas bersalam2an...cik abang dah bersiap2 untuk ke masjid dan bersembahyang raya bersama 'big boss'. Dari masjid cik abang dah ke tempat bertugas untuk Rumah Terbuka 'big boss'. Mula2 aku bercadang untuk balik bertemu bapak bersama anak2 saja...tapi bila cik abang kata dia dlm perjalanan pulang maka aku tunggu dia untuk bersama2 beraya dengan bapak. Inilah kali pertama aku sampai di kampung ketika hampir waktu maghrib.
Hari Raya kedua...cik abang aku dah keluar untuk 'rumah terbuka' rakan2 sekerjanya...maka aku tinggallah di rumah mertua dengan biras2 memasak dan melayan tetamu.
Hari Raya ketiga...hari beraya di rumah adik2 ipar aku. Hari ini cik abang aku 'free' jadi kami keluar bersama-sama....
Hari Raya ke empat...aku dan anak2 dah bertolak balik ke Shah Alam. Alhamdulillah perjalanan kenderaan lancar...takde 'traffic jam'. Aku cuma duduk di sebelah melelapkan mata ...kerana Ude yang memandu.
Hmmm...banyak yang nak diupdate...tapi mata aku dah layu...uiksss!! dah hampir jam 5 pagi...
Okay...chaw chin chaw...nak tido dah...!!
Salam Aidil Fitri buat semua....
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
17 comments:
Shopping malam raya hingga nak ke subuh tu terasa best sangat dan teringin nak buat jugak, kena tunggu tahun2 akan datang pulak kalau berpeluang buat macam tu :)
Happy Anniversary buat akak dan Happy Birthday buat Munir..semoga dirahmati sepanjang hayat.Amin.
oohhh.. shopping sakan tu...selamat hari raya kak Anie dan family..
Happy anniversary dan happy birthday Munir...
Wah, memang buzy bebenor Cik Abang Kak Lady... Macam VIP.
Hehe... Tak sangka Kak Lady pun pandai berbahasa Cina ya... Hehe!
27 tahun berlalu dgn cepat nya kan?
eh cik abg tu kerja kat mana skg?
Rina...selalunya kalau malam raya memang kitorang tidur lewat walaupun tak membeli belah...memang seronok...mata bagai tak nak lelap...
-------------------
cik milah...bershopping sakan tapi belanja tak banyak...hehehe...
-------------------
Cath...cik abang akak sibuk sebab sekarang dia attach dengan VVIP...
Hahaha...cath dulu kecik2 ada belajar cakap bahasa China tau...tapi kengakawan tu jahat...mengajar cakap2 yang tak elok...hahahha
-------------------
Kak...memang terasa cepat...
Cik abang sekarang bekerja di Melaka...dia sekarang attach dengan VVIP di Melaka...tu yang sibuk bebenor tu...
-------------------
kat sg besar ni, mlm raya kul 4 pagi, kuih raya sumer jual MYR5 sebalang.tu sumer kuih2 yg jual kat kl tu. kepek2 MYR5-MYR7 hengget. tak ke rambang mata mendengarnya. tapai apakan daya, dua hari sebelum raya dah balik tengkera. kuih yg ada beli kat pasir panjang,sabak bernam tu ari pun tak terabih makan. meh la kak lady beraya umah saya kat kg8.
Tahun lepas .. lepas asar baru sampai. Tahun ni lepas maghrib..Tahun depan jgn sampai lepas Isya' pulak atau lepas subuh raya kedua pulak..
Sian bapak tinggi rendah mata memandang jalan..
kak anie
happy anniversary.. semoha kekal bahagia dunia dan akhirat
Led....ooh...rupanya led dah takde kat Shah Alam sekarang ye...memang kat sini dulu pun malam raya harga kuih murah2...tapi tak beli pun...malas...
Led masih di tengkera lagik ke?
---------------------
Tulah sya...kalaulah cik abang aku lewat sikit ari tu aku dah sampai dengan anak2 dulu...memang tak dpt beraya dengan dia pun...pagi raya aku berjalan dengan ipar & anak2 je...
Memang kesian kat bapak...tapi nak buat camno...hehehe...big boss takde...kena lah tunggu dia...
------------------------
Zar...terima kasih...ameen....
kak lady...seronok beraya nampaknya! selamat hari raya, happy anniversary and happy birthday untuk munir too!
Salam Lebaran.
SELAMAT HARI RAYA.
Jangan lupa malam ini ... di Blog Abang Long :)
Salam Aidilfitri.
Meriah hari raya Kak Anie. Shopping pun sakan. Tapi kenapa cik abang tu sampai raya pun dok sibuk kena layan big boss? Big boss tak cuti ke?
27 tahun? Emm lama tu. Kakpah dah 30 tahun hehe..
Semuga kekal abadi.
Selamat hariraya anie.
salam kak,
selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir batin..
wah.. lama tu.. kan.. betul bagai dikata utk mencapai ketahap sebegitu.. byk dugaan dan pengorbanan kan kak..
mekacih memberi nasihat utk kita yg baru setahun jagung dlm alam rumahtangga
selamat hari raya dari saya gak..
salam anie ..dan selamat hari rayer..bzz ek shopping sampai awal pagi..
Mamarock..terima kasih
----------------
Abg Long...terima kasih...sayangnya malam tersebut akak di melaka...tak dpt tengok...
---------------
Queen...big boss akak tu tak cuti...dia melayan tetamu yg dtg untuk Rumah Terbuka dari pagi sampai petang...
---------------
Wah!! Kak pah lagik lama d...dah 30 tahun dah....Semoga doa kak pah untuk anie akan terkabul...terima kasih kak...Selamat hari raya juga buat kak pah...
---------------
Cutemiut...terima kasih...semoga rumahtangga cutemiut juga akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat
--------------
Dairihatiku...terima kasih dari akak juga...
--------------
Ina...memang sibuk bershopping sampai awal pagi...seronok...
Post a Comment