Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, September 16, 2009

Glamer di Pagi Raya..

Hari Raya semakin hari semakin dekat. Aku dah pun siap membeli sepasang baju kurung. Malam tadi semasa membeli belah dengan Ude...dia membelikankan aku sepasang lagi.

Aku memang jarang membeli baju setelah tidak bekerja lagi. Masa bekerja dulu pun aku cuma membeli sepasang dua.

Masih aku ingat lagi semasa mengandungkan Ude 24 tahun dulu...'due date' yg diberi doktor jatuh pada tarikh sebelum raya. Disebabkan itulah maka aku langsung tak menyediakan walau sehelai baju pun untuk beraya.

Semasa orang sibuk2 memasak untuk berhari raya...aku pun sama sibuk biarpun aku dah ada tanda2 untuk bersalin. Tapi aku masih cergas ke sana ke mari menolong iparku memasak.

Malam raya tu...aku mula menyelongkar baju2 lama aku untuk melihat baju apa yang boleh aku pakai untuk pagi raya. Biar pun aku sudah mula merasa sakit...tapi aku tau aku takkan bersalin begitu cepat mengikut pada kelahiran along dulu...aku sakit hampir 12 jam.

Ketika semua kerja2 dah siap...aku mula menggosok baju anak sulong ku...sambil airmata berlinang. Aku berbisik di dalam hati...

'Ya Allah...kalau nak bersalin...biarlah selepas hari raya pertama sebab aku nak beraya bersama suami dan Munir yang dah mula cerdik ketika itu....'
Alhamdulillah Allah mengabulkan doaku...kerana pagi raya tu aku masih tak bersalin lagi.

Jadi pada pagi raya tu...aku memakai pakaian lama yang masih muat untuk ku yang dah sarat ketika itu.

Semasa keluar dari bilik...mertua aku tersenyum melihat aku...dan ketika aku ke rumah arwah mak...dari jauh aku lihat mak aku tersengih2 ketawa.

'Kenapa mak?'

'Ye lah...mak nak ketawa tengok mak buyong...siap bersongket2 pagi raya..'

Memang kalau diingat2 ...gelihati pun ade...disebabkan takde baju untuk dipakai pagi tu...aku mengenakan kurung kedah baldu bewarna pink lama yang aku jumpa dlm almari dengan kain songket merah. Aku sorang aje yang bersongket pagi tu...patutlah mak aku tersengih2 melihat aku.

Glamer aku di pagi tu...sebab warna pink dan merah tu begitu menyerlah...terkedek2 (macam penguin merah) aku berjalan dengan perut yang menanti saat aje untuk bersalin.



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

25 comments:

Ajzie said...

mak buyong bersongket dipagi raya.......hihihi tentu galmer tuhhhh

Kak Elle said...

apa nya tak glamour makbuyong berkain songket mesti cantik.

jaliilah_jy said...

kenangan tu masih kuat lagi dlm memori mu wahai kekanda ku...syahdunye daku membayangi tinta mu... disubuh ini... mcm2 kan kenagan kalu dah pernah peknan kan kak....begitu juga ilah kesemua 4 org ni ada jer kenagannya..tak merasa dah la kita pas ni...tungguu cucu la pula ya kak..tak lama lagi 4,5 thn lagi kot... hehehe...salam hari raya kak anie kusss maaf ilah pohon kekasaran bahasa dsbnya ya kak...

~ yus ~ said...

Yelah kak..dapat yus bayangkan, mmg glamer habis..hihihi

shafarina said...

kalau ada gambar masa tu, lagi best!

NJ@goboklama said...

mesti comel kan?

Selamat Hari Raya utk kak Anie sekeluarga. Nanti nak dtg raya ke umah bole tak? ;D

Kopi Suam said...

wah nostalgia sungguh lah kak ani...

saya juga ada pengalaman peknen masa nak raya..bobot lahir raya kelima..sempat le merasa rendang semua.

jadi baju yang ditempah memang saya buat extra satu size..samalah mcm tahun ni...baju tempah beso2 belaka..tgk2 peknen kali ni berat tak naik mana....hahah hahah menggelobos le jawabnya

aNIe said...

Ajzie...kain songket tu ialah kain masa kawin dulu...hehehe...jadi masa pakai tu ikat dengan tali pinggang...hhahaha

---------------------

Kak...disebabkan masa tu perut dah besar...kain tu ikat pun macam gedoboh semacam...hahaha

---------------------

Ilah...betullah...sekarang ni segala pengalaman tu dah berlalu...kita menanti cucu aje lah...ntah bila pun tak tau...

---------------------

Yus...selalu pengantin aje bersongket kan...ni mak buyong...mau tak gelak mak akak tengok dari jauh...dia ingatkan saper ler agaknya..

----------------------

Shafarina...kita dulu2 kan mana teringat nak bergambar2 kan...jadi semua tu jadi kenangan yg terpahat dalam ingatan

----------------------

NJ...Selamat Hari Raya buat NJ...Maaf zahir batin...kalau ke mana2 tu berhati2 ye...

Memang comel...sebab masa tu akak memang tak besar sgt pun...hehehe

-----------------------

KS...hahaha...samalah kita ye...masa tu akak ingat lagi...hari raya tu akak bedal betul2 ketupat rendang...sampai cik abang pun heran sebab akak kejap2 makan...kejap2 makan...sampai naik sendat perut ni...

HappyIrfa said...

salam kak anie..
kelakar bila akak sebut mcm
'(macam penguin merah)'hehe

skrg saya pulakjalan dah mcm penquin

slmt menyambut aidilfitri

Zareda Norman said...

kak anie

nak dapat anak perempuan tu sebab tu suka bergaya.. songket merah plak tu...

Mak Su said...

kak, memori yang indah

salam lebaran :)

aNIe said...

Salam irfa...hehehe...memang cam penguin kan? Lebih2 lagi yang rendah macam akak ni aje...

---------------------------

Zar tulah...dpt pulak anak perempuan...patut lah bergaya...tapi bila dah besar anak dara ni tak pandai pulak nak bergaya sakan...

------------------------

Mak su...salam lebaran...memang memori indah tu...tiap kali raya pasti terkenang...

silversarina said...

Memang glamer betul mak buyung tu ...hihi.

Selamat Hari Raya buat akak sefamily. Maaf zahir batin !

Anak Pendang Sekeluarga said...

Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: ” Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika berbuka (atau hariraya) dan kedua, kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya kelak”. Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
Selamat menyambut hari raya Aidil Fitri dari saya,andai kata tersilap bahasa,maaf dipinta ye..hu3
Harap boleh tukar link…..lepas nie…(add la saya)

umeboshi said...

k.anie..
ahahhaha..dok membayangkan mak buyung dok pakai kain songket. comey kot!! anyway, salam raya. maaf zahir batn!!

Norabella said...

Kak Anie,

Nora sekeluarga nak ucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir & batin.

^ez^ said...

salam lebaran untuk kak anie sekeluarga..kem salam kat ude eh. hati2 memandu dijalan raya..semoga lebaran ini membawa sejuta kegembiraan utk akak sekeluarga...

maaf zahir batin..

NBK466 said...

Biar buyongs asalkan bergaye ek.. Salam aidilfitri buat K.Lady & family..

Mama Rock said...

kak lady, boleh revisit pakai songket tu...tapi kali ni slim la pulak. salam aidilfitri untuk kak lady sekeluarga.

Nong said...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN - dari kak nong sekeluarga...

Neeza Shahril said...

Neeza pernah raya masa sarat.. tapi tak sampai nak bersalin lagi la.. buat jugak baju raya.. tapi bila dah siap, ketat..
rupanya dekat2 nak bersalin, cepat betul perut besar. Jadi, takleh pakai baju tu.

Neeza Shahril said...

Neeza pernah raya masa sarat.. tapi tak sampai nak bersalin lagi la.. buat jugak baju raya.. tapi bila dah siap, ketat..
rupanya dekat2 nak bersalin, cepat betul perut besar. Jadi, takleh pakai baju tu.

Ibu n Abah said...

Berbagai-bagai kisah menarik kak anie catatkan. Tapi kisah mak buyong bersongket merah..memang lawak betul.
Selamat berkenalan di alam cyber.
Jika ada kelapangan jemputlah ke blog saya
http://akak-akak.blogspot.com

Anonymous said...

Selamat Hari Raya.Maaf Zahir dan Batin

sakurasa 2 said...

Salam Aidilfitri maaf zahir batin

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails