Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, September 8, 2009

Menjelang Raya...

Raya semakin hari semakin dekat. Semalam aku dah settlekan semua persiapan anak2 untuk berhari raya. Aku dan cik abang cuma menyiapkan kelengkapan untuk Farhan & Fareez...bagi yang dah bekerja...masing2 sendiri akan membeli pakaian mereka sendiri

Tahun ini...dan rasanya tiap2 tahun kecuali tahun lepas (sebab nak bergambar) kami tidak pernah mempunyai tema warna untuk Hari Raya. Masing2 main hentam aje beli. Kadang cik abang biru...aku hijau...anak2 yang berdua tu sama warna dan adakalanya Ude mengikut warna seakan2 warna baju aku...dan Munir pun lain juga warnanya.

Bila segala persiapan anak2 dah lengkap...aku dah senang hati...sebab selagi tak beli pakaian mereka...selagi tu lah mereka akan merengek...

'Ibu...bila nak pi beli kasut ni...'

'Ibu ...bila nak pi shopping lagik...'

Naik rimas aku dibuatnya.

Untuk aku...cukup rasanya sehelai dua baju kurung untuk dipakai di Hari Raya nanti. Seperti kata orang tua2...'cukuplah sehelai dua buat syarat berbaju baru di pagi raya.' Memang tiap2 tahun aku membeli baju kurung yang dah siap di jahit. Senang...tak payah nak pergi menempah. Lagipun aku baru saja menghantar baju untuk ditempah minggu lepas...dan akan siap selepas Raya. Itupun kain2 yang dibelikan oleh anak2...dan pemberian orang...sebab aku dah lama tak membeli kain ela untuk ditempah membuat baju. Malas dah nak menempah2 baju...beli siap lagi senang.

Raya akan menjelang 2 minggu lagi...rumah aku...satu pun tak siap lagi. Tahun ni takde nak mengecat2 rumah...sebab tahun lepas rumah aku dah pun 'berbaju' baru. Langsir pun gunakan langsir tahun lepas juga. Semuanya serba sederhana.

Kuih pulak...aku bercadang nak buat 2 jenis aje...Biskut Dahlia permintaan Fareez & Biskut Arab...permintaan Ude. Yang lain2 aku beli aje....sebabnya cik abang selalu kata...

'Beli lagik senang'

Lagi pun aku malas nak buat atau beli banyak2...sebab selalunya biskut raya aku sampai 2 bulan pun tak habis lagik...dan akhirnya terbuang. Anak2 cuma galak memakannya dalam seminggu raya aje...lepas tu diorang dah tak mau lagik dah...maklumlah masa raya macam2 makanan lain yang ada.

Masih ada 2 minggu lagi buat mereka yang belum membuat apa2 persiapan untuk membeli belah atau membuat kuih dan tak lupa 'spring cleaning'...jadi...rasanya 2 minggu ni akan menjadi minggu yang begitu sibuk untuk para2 ibu ...

Oleh itu...selamat membeli belah...selamat membuat kuih...dan selamat membuat persiapan terakhir untuk Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tak sampai 2 minggu lagi...







Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

23 comments:

pB said...

Salam

nak tempah biskut Dahlia dengan akak , boleh ...???

seriyes nie ...

Kak Elle said...

saya pun takde baju raya tahun ni anie tahun lepas ada 2 suit yg belum di pakai lagi dan adik saya Lina bagi 1 suit for my birthday sempat di jahit lagi cukup lah ...lagi pun raya saya tak kemana....kuih saya beli aje dr bengawan solo dlm bekas yg cantik tu...hehe

Unknown said...

salam ramadhan anne..kita pun baju baru cuma 2 pasang aje..janji berganti..langsir semua pakai yang lama aje..
ina payah nak beli..sebab badan besooo..jadi kenalah tempah..

untung tak yah buat biskut bebanyak..ina pun mungkin buat 2-3 jenis aje..

KV said...

kv pon kdg2 takdak tema kak. Ikut dan. Haha

Zareda Norman said...

sana sini dah sibuk persiapan raya. Kita ni sebagai emak memang keperluan anak anak didahulukan lah...

zar pun buat serba sikit jer biskut raya.. sederhana aje

Sya said...

Aku tak de baju raya langsung tahun ni. Pakai baju yg ada aje. Kasut pun pakai kasut gi keja ni aje. Lagipun bukan aku kemana2 pun kecuali ke masjid. Dok dapur aje

Kopi Suam said...

saya pun first round shopping untuk anak2 dah selesai...second round shopping akan menyusul..

baju raya mak buyung tahun ni 4 pasang..heheh heheheh

Ummi365 said...

ummi pun tahun ni tak beli kuih banyak sangat.. ala kadar je sebabnya kuih tu selalunya tak habis. yang beli baru pun cuma baju melayu dan tshirt sehelai dua seorang. cukuplah tu kan.

ilahjy said...

kak anie..ilah lagi laa dah bagitau anak2 mama tak buat baju raya thn niee.. nak buat utk si bongsu jer..sbb dia dah tinggiii..5 inci dr baju lama dan terbaru..
mulut cakap jer x mau buat..nak tgok akai anak2..belek2 punya belek dlm lemari ada 4 pasang kain stok beberapa bulan lepas..terus jer ilah gunting dah siap niii...termasuk ilah pya juga...anak2 punya la senyum lebar akak nak tau... sibongsu siap p beli yg baru tak mau stok kain lama tuuu..memilih juga dia tu... lega dah siap...cuma nak jahit manik koran jer niii..hikhik..

aNIe said...

PB...aduhai nak menempah ke? Akak punya ntah lepas ke idak hehehehe...

---------------------

Kak...baju2 yang anie tempah tu semua kain pemberian orang...memang dah tak beli kain lagik dah...sebab kalau nak beli siap pun banyak saiz yang boleh masuk

---------------------

Ina sama dengan ipar anie...dia memang tak boleh beli baju siap ...sebab katanya kalau bajunya muat...kainnya singkat...memang dia kena tempah...

Ina...nak buat tu pun sebab anak2 yang mintak belikan...

----------------------

Betul tu ...penat nak bertema2 kan KV?...

----------------------

Zareda...pada keadaan ekonomi sekarang baiklah semuanya besederhana...yang penting anak2...

--------------------

Sya...betul tu...aku ni saja aje membeli baju kurung tu...sebab kalau tak raya memang tak berbeli...asyik beli blaus aje...

----------------------

Kopi suam...oooh...mak buyung sampai 4 pasang ye...heheheh...

Anak2 ni kalau dpt yang baru bukan main suka lagikkan? Puas tengok mereka gembira....

--------------------------

Ummi...berhabis2an dibulan raya nanti semuanya membazir...baiklah besederhana kan? Lagipun Farhan nak periksa tahun ni akak pun taklah beraya sgt...

-------------------------

Ilah ni semuanya boleh...masak...jahit...semua boleh...tapi anak2 tu kadang2 memang cerewet...geram dibuatnya...

Jadi baju anak2 dah siap lah ye.?

iina said...

Kak Anie

selamat hari raya.. thn nie pakai bj tahun lepas jek.. sambut pun alah kadar je.. kuih raya satu pun xde lagi ler kak ;)

silversarina said...

Betul kata hubby akak, beli lagi senang, hubby saya pun kata macam tu sebab saya memang tak pandai buat kuih dan kalau buat banyak2 takkan habis ,beli satu bekas dan banyak jenis lagi baik .

Selamat buat kuih !

ILA said...

alahhhhaiiii..cian kakak ku;)
ok lah nanti ila hntar sebalang tart nenas kaler pink :p

Unknown said...

Maik aii..sedang khayal yus baca n3 akak dan komen di dalamnya, terkejut dgr lagu Stacy pakai buang ni..huhu. Tak sangka akak suka lagu ni juga yer...hehe

Yus tahun ni ala kadar juga, sbb tahun depan nak duduk rumah sendiri. Lebih sibuk beli barang2 utk masuk rumah baru, macam kipas, lampu semua. Langsir pun, nnti dulu, sbb nak terus buat utk rumah baru..huhu.

Tapi, yus syok beli baju utk anak dara yus sorang tu. Dah 6 pasang dia punya saja, tak tahu naper, syok beli baju budak pompuan kak. Yang lelaki dua pasang jer..sian diorang kan...:D

aNIe said...

iina...sekarang ni bebudak dah tak heran kuih raya lagik...sebabnya di merata2 tempat...tak raya pun boleh beli kuih raya...

------------------------

Rina...kadang2 kita ni nak buat sikit...tapi beli bahan2nya sampai berlebihan...pastu tak guna...tu yang cik abang kata beli aje...

------------------------

Ila...nak satu kontena jugak lah...hahahhaa!!

----------------------

Yus...akak memang suka lagu stacy tu...catchy...siap buat ringtone...hehehe

Betulah Yus...persiapan raya ni biarlah sederhana sebab ada lagi perkara yang lebih penting untuk kita persiapkan ..

Huhuhu...akak ni tak puas membeli baju anak perempuan...ada sorang dulu pun tak suka pakai baju gaun atau apa2 yang kita suka untuk anak perempuan..dia lebih suka jeans dgn t-shirt...sampai lah ke besar ni...

Mama Rock said...

kak anie, mama tka beli baju raya pun sebab dah boleh pakai baju yang tiga tahun dulu tak muat...hehehe!
kuih tu beli je, tak tersempat nak buat pun. banyak beli kerepek2 je, coz itu je yang laju orang makan :)

Mulan said...

pakai yg lama je la.. lupa nak check.. ok lagi kot.. jgn tak muat udah le..

zue said...

sama le sy anak2 diutamakan dulu.

raya2 x leh melaram sgt sbb duduk dapur je.

NBK466 said...

Tuh yg pelik tgk org borong kuih raya 2,3 dozen yg kita beli tak sampai 1/2 dozen pun terkial nak abiskan..itu pun telan sendiri daa..he..he..he..

MAMAMIA said...

Memang kueh raya ni beli aje lagi senang. Tapi kena beli dari tokei yg dah kenal kueh dia sedap ke tidak...

We all mungkin akan cuba buat satu kueh, sebab nak ambik syarat aje.. Budak2 nak main tepung.

cikdinz said...

tahun ni tak berapa prepare nak raya.
sibuk prepare untuk baby baru...hehehee...

Ajzie said...

selamat hri raya dan maaf zahir dan batin kak.....

aNIe said...

Wah!! Mama dah selim melim ke?...Jelesnya kita...

Betul tu mamarock...memang keropok lagik laju...bab biskut tu...baru2 aje diorang makan...dah lama2...tak teringin dah diorang tu

-----------------------

Mulan...memang kalau ada yang lama lebih baik pakai yang lama aje...sebab kita berbaju kurung bukan selalu pun...sesekali je...

------------------------

Zue..huhuhu...sama le kita...melaram sekejap je pagi raya tu...abis melawat sedara mara dah duduk kat dapur membereskan segala pinggan mangkuk

------------------------

NBK...betul tu...buat aper beli banyak2...sebab kalau orang dtg rumah pun kita banyak memasak juadah2 utama yang lain...kuih muih tu nanti tertinggal tak dimakan

-----------------------

Mamamia...akak pun mungkin akan buat 1-2 je...sebab sikecik nak makan biskut dahlia katanya...nak beli pun kena cari orang yg dah biasa kita makan kuihnya...takut nanti beli dari yang kita tak kenal...bentuk kuih je lain2...rasanya sama

--------------------------

Alhamdulillah cik dinz...menambah ahli keluarga nampaknya...bertambah murah lah rezeki...

------------------------

Ajzie...selamat hari raya dari akak jugak...maaf zahir bathin...

------------------------

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails