Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, August 27, 2009

Rancangan tak Menjadi...

Dah hampir seminggu kita berpuasa...perancangan awal puasa minggu lepas cuma tinggal perancangan ...kerana segalanya terbatal saat akhir.

Hari Khamis minggu lepas cik abang telefon bahawa dia akan pulang pada hari Jumaat. Memandangkan dia akan pulang...aku pun membatalkan niat untuk balik Melaka. Jadi awal Ramadhan kelmarin aku dan suami serta anak2 menyambutnya di Shah Alam sahaja.

Hari pertama puasa cik abang dah ajak aku dan anak2 keluar untuk membeli pakaian anak2 untuk persediaan raya. Katanya mungkin nanti tak berkesempatan untuk membelinya dilain hari.

Farhan & Fareez bukan main seronok dpt pergi membeli belah pakaian bersama ayah mereka. Sebab kalau dengan ayah boleh beli apa aje. Kalau dengan aku...aku limitkan harga & bilangannya...hehehe...ibu ni bukan apa...suka berjimat cermat.

Hari pertama berlalu tanpa dirasai sangat oleh anak2...maklumlah hampir setengah hari di tempat shopping...sejuk aje rasanya. Sedang kami membeli belah...azan pun berkumandang. Aku dan cik abang membelikan sedikit juadah untuk mengalas perut anak2 sementara waktu sampai ke rumah.

Sampai di rumah Uda & Ida telah pun berbuka dengan juadah yang telah aku sediakan sebelum keluar tadi.

Hari Ahad...Farhan ke Seminar PMR di Universiti Malaya. Kami menghantarnya ke sekolah dan di sana sebuah bas disediakan untuk mengangkut murid2 ke tempat seminar. Ini adalah di antara sebab mengapa aku tak jadi balik ke Melaka. Kerana bagi aku...minggu depan pun masih boleh berpuasa di Melaka.

Hari begitu cepat berlalu...minggu ini aku dah cakap kat cik abang...dia tak payah balik Shah Alam...aku dan anak2 akan balik pada hari Sabtu dan berpuasa di sana. Ini juga perancangan...tapi kali ini rasanya rancangan tersebut akan dpt dilaksanakan.


Aku dah berpesan dengan anak2. Kita akan balik hari Sabtu dan kembali ke Shah Alam sebelum tengahari hari Isnin...kerana untuk mengelakkan kesesakan di lebuhraya hasil dari cuti yang panjang minggu ini. Malas sungguh nak memandu dlm kesesakan...penat rasanya...



Jangan lupa singgah di sini untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik untuk anak2 kita dan juga diri kita. *promosi ni*...heheheh


...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

11 comments:

arsaili said...

salam ramadhan juga buat akak sekeluarga..semoga ramadhan kali ini lebih baik....seronok la budak2 dapat shopping ngan ayah mereka..akak mengingatkan sy dengan my mum..masa kecik2 memang akan ada had limit...tapi kalau ngan my dad senang runding..ahahaha...mum ni memang cekap mengatur budget..ada hikmahnya...kalau bab buku pelajaran dan rujukan my mum tak la berkira sangat..cuma benda yg tak penting then dia akan menjadi particular..itulah sorang IBU

MOKCIK AZWA said...

seronok la anak2 ye abah dorang ada bersama shopping raya. Mokcik pun tak sabar nak balik kampung ni nak jumpa keluarga.

Zareda Norman said...

kak ani

kita hanya merancang... Allah jua menetukan ek kak..

happy akak cik abang ada ...

Nong said...

Kak nong dah banyak tahun tak shopping baju raya... Hubby pun tak kisah gak. Pakai aje lah baju yg ada... he he...

zino said...

kami tak soping lagi ni.. hehe

MULAN said...

memang dengan seorang yg bernama ayah/abah/daddy/papa... sonang nya duit mengalir.. apsal ek.. diorang malas dengar anak merengek kot..

phalla said...

hi , your site is good, can we exchange link?
here is my link
http://khmerlovenews.blogspot.com

I hope you can

Best regards,
phalla

cikdinz said...

salam ramadhan kak lady...

Ajzie said...

salam ramadhan kak....lama tak kunjung kemari.. rindu plak dengan citer2 akak.

13may said...

selamat hari raya kaklady :)

aNIe said...

Arsaili...betul tu...kalau bab buku akak pun memang tak berkira...suka kalau anak2 suka membaca dan berminat untuk menambah pengetahuan.

------------------

Mokcik...diorang seronol bershopping ngan ayah diorang sebab ayah akan belikan apa yang diorang nak...

------------------

Zar...cik abang tu balik minggu tu untuk bershopping dengan kami...nak siap2kan anak2 utk hari raya ni

-------------------

Kak Nong...hehehe...samalah...anie dpt sehelai pun jadilah...baju yang lepas2 pun tak abis pakai lagik

-------------------

Zino...kat Kl tu kalau nak shopping...semua ada...senang aje...seminggu nak raya pun masih boleh bershopping lagik

-------------------

Mulan...rasanya kot...tapi anak2 akak tak merengek...cuma ayah dia akan belikan sebab bershopping raya pun setahun sekali kan?

------------------

Salam Ramadhan buat cik dinz juga...

-----------------

Ajzie...akak sibuk kat FB...blog dah terbengkalai...hehehe

----------------

13may...dah nak raya ke? Hehehe..Selamat Hari raya juga buat may...dah siap ke persiapan rayanya...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails