Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Saturday, August 1, 2009

Bapak...

Hari Ahad ni aku ngan Sya bercadang untuk balik kampung menjengah bapak yang jatuh.

Kalau siapa ada terbaca blog adik aku Sya tentu tau yang bapak aku terjatuh hingga bengkak kakinya kerana dibiarkan beberapa hari.

Semasa Sya telefon aku dan beritau keadaan bapak...aku agak terkejut jugak sebab tak mendengar apa2 cerita pun dari adik2 di kampung. Rupa2nya mereka pun tak tau..sehinggalah bapak yang bagitau sendiri.

Selepas saja Sya memberitau berita tersebut...aku terus telefon bapak...

'Assalamualaikum..'

'Walaikumsalam...'

'Pak...bapak jatuh eh...macamaner bapak boleh jatuh...'

'Hehehe...siapa bagitau kau...'

'Sya...apsal dah berhari2 jatuh bapak tak cakap.'

'Alah...memula takde apa2 pun...lepas jatuh tu bapak tak sakit...bapak buat lah kerja macam biasa...'

'Larrr...bapak ni...tu sebab urat tu bentan...'

'Alah...takde apa ...dah boleh jalan dah...'

'Adik Ab dah bawak pi klinik eh?'

'Aha...bapak telefon dia...doktor dah bagi ubat...'

'Dah okay tak? Ada kurang bengkak tu tak?'

'Ada kurang dah...pagi tadi bapak dah boleh sembahyang subuh macam biasa...sembahyang berdiri...sebelum tu bapak sembahyang duduk je...'

'Alhamdulillah...bapak rehat aje...jangan buat kerja2 berat...'

'Ni bapak nak pergi ke kebun dah...'

'Hah!! Nak buat aper?' terkejut jugak aku...nak buat apa bapak pergi kebun...jauh kebun tu...kaki tu baru nak baik...

'Buah cempedak dah masak...lembu jiran sebelah tu dah makan'

'Larrr...biarlah buah cempedak tu...biarlah kena makan lembu pun...kaki bapak baru nak baik...'

'Dah baik pun...'

'Bapak ni...' aku dah tak tau nak cakap apa lagi dah...

Bapak aku tu memang camtu...tak boleh duduk diam kalau rasa dah sihat...abih nak buat camno...nak berleter pun tak guna...adoyaiii....






...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

22 comments:

iina said...

Kak org tua mmg gitu.. jgnkan kata diorg.. kita nie pun sama jek.. terutama kalau kena buat kerja rumah.. demam2 pun kdg paksa jugalah buat.. kalau tidak nanti.. haii.. berserabut kepala nengok semua yang tunggang langgang.. kalau duk bandar ok sikit ler sebab keje sekeliling rumah tak byk.. tapi kalau duk kg.. mcm2.. lembu kobau lah.. ayam itik lah.. pokok2 lah.. mcm2.. teringat mak n mertua.. sama jelah.. dua2 takleh duk diam.. hehehehe

ibundo said...

orang tua kita ni kalau dia rasa boleh tahan, dia tkkan beritahu kita. pada mereka ni nanti menyusahkan anak-anak. padahal kita tak rasa macam tu pun. Eloklah anie balik tu jenguk2.

zino said...

ada masa tu balik le kampong ambik buah cempedak tu sekali hehe

Zareda Norman said...

Kak anie

org tua memang macam tu, sakit pun dia kata sihat sebab tak mahu anak anak risau.

Sekarang ni mak dan abah zar banyak bela ayam dan itik. Bila zar bising bising sebab susah mak dan abah nak berjalan tinggalkan kg lelama, mak cakap 'bela ayam ni senang, mak tegur tegur, dia tak pandai menjawab' adussss.. berdebus kena kat diri sendiri

Neeza Shahril said...

best jugak kan cempedak tu. sayang pulak bagi makan lembu.. hehee..
tapi orang tua memang takleh larang pun.
Lagipun, dia teringat kat cucu2.. daripada bagi lembu (orang punya pulak tu hehehe), 1000x lebih baik bagi cucu2 makan kan..

Kak Elle said...

semoga bapak anie cepat sembuh dan kalau ada lebih cempedak tu pos kat sini ye:)

arsaili said...

salam..moga la cepat sembuh....selamat balik kampung ya

Abang Long said...

Bila anak ambil berat dengan orang tua. Hati si ayah sudah lebih dari rasa lega.

Sya said...

Dah amik pun cempedak tu dia kata ngan kak long nak jengah aje pastu amik gak sampai kalau suruh stop. Kau tau le bapak..

pB said...

balik tak ???

Madam Shah said...

kak, balik la lekas tgk org tua akak.. memang org tua xnak ngaku kalau sakit pun.

kim salah kat bapak akak.

Masy said...

buah cempedak di luar pagar :)

Mulan said...

org tua mmg lagu tu kaann.. hope dia makin sihat..

Mummy Rizq said...

derang memang tak bleh dok diam!

Ida said...

Sebab tu ada pepatah kata, sorang ibu atau bapa boleh jaga 10 anak tapi 10 anak takleh jaga seorang ibu atau bapa.. sebab apa? sebab macam ni la.. kita nasihat.. takmo dengar, nak marah macam kita marah anak tak boleh.. last-last, kita doa ajelah supaya semuanya selamat.

ilah1908 said...

beruntunglah kak anie krn masih punyai bapa.. ilah dah kehilangan ayah pada thn 1980 semasa usia 14thn. tak pernah merasa kasih syg sorg ayah..krn ilah dipelihara oleh nenek sebelah emak. tapi ilah beruntung punya bapa mentua dimelaka. usia dah 85thn. tapi sifatnya macam bapa kak anie. walaupun masih sakit masih nak ke kebun getah dan kebun buah2an.. anak2 melarang dia tetap pergi..sehingga dah lebih 3 kali jatuh motor... kesian betol...mungkin org akan anggap diadibiarkan tak dijaga.. huhuhuuu..semangat kental bekerja org dulu berbeza dgn kita xmn moden ni..hiihii..

CuTeMiUt78 said...

emmmm selalunya org tua gitu la kan kak.. sama je ngan ayah kita.. tak blh duk diam walaupun dia tak sihat.. tetap nak kesana sini..

kak, jom la vote mirul utk contest lil prince tu.. tinggal lagi 2 hari je sesi undian.. :D

Nong said...

kak nong pun risau mak abah kat kampung tu... kalau sakit demam tak nak bagitau anak2...

aNIe said...

iina...begitulah orang tua ni kan...kalau sakit takmo beritau anak2...kadang2 dah teruk baru kita tau...katanya takmo menyusahkan anak2...maklumlah kalau anak2 tau dia tak sihat...semuanya berkejar balik

-------------------------

Kak Pah...rancangan untuk balik kampung terpaksa ditunda...sebab bapak kata dah sihat & adik2 yang lain pun beritau bapak dah okay...jadi minggu ni anie balik jenguk dia...minggu dpn sya nak buat kenduri sikit...

-----------------------

Zino...bapak tu selagi anak2 tak balik amik cempedak...dia rasa risau aje siapa nak amik buah tu...

-----------------------

Zar...hahaha...kita cakap dia...kita yang kena balik ye...nasib nasib...

----------------------

Betul tu neeza...1000x baik bagi cucu makan...lembu tu jiran punya pulak tu

---------------------

Kak...cempedak tu kalau digoreng memang sedap...heheheh

---------------------

arsaili...alhamdulillah bapak dah sihat...dengar anak2 kejap2 telefon tanya khabar...suara dia aje dah kedengaran ceria...

---------------------

Abg Long...betul apa yang abang long katakan tu...dia begitu ceria bila anak2 menalipon

-------------------

Sya...biasalah tu...kalau boleh panjat...semua nak dipanjatnya

-------------------

PB..tak jadi balik...sebab bapak dah beransur sihat...alhamdulillah

------------------

Nana...memang tak pernah pun dia nak mengaku dia skit...kalau anak2 tak jengah memang tak tu...

------------------

Masy...pasal kat luar pagarlah tu cik lembu tu makan...hahaha

------------------

Mulan...dah beransur sihat dah bapak tu...


------------------

MR..betul tu...selagi rasa sihat selagi tu lah diorang nak bekerja


------------------

Ida...nak beleter memang boleh lah...tapi tak boleh lah berlebih2 sebab diorang tu kan mak ayah kita...kalau bebudak boleh le kita marahkan...betul tak...?

------------------

Ilah...tulah sebab kita selalu nampak orang2 tua berjalan seorang diri di bandar atau di mana2...bukan diabaikan tapi mereka melakukannya kadang tanpa pengetahuan anak mereka...sebab mereka memang tak boleh duduk diam...ada saja yang nak dilakukan

Al-Fatihah buat arwah bapa ilah...semoga bapa mertau pun sentiasa sihat...

--------------------------

Alamak cutemiut...ari ni baru akak bukak ruang komen...maaflah akak tak sempat nak mengundi mirul...akak jarang bukak Blog sekarang...

--------------------------

Kak Nong..tu yang bapak2 kita takmo beritau kita kalau dia tak sihat sebab dia tak mau kita bimbangkan mereka...mungkin mereka rimas...macam anielah...kalau sakit kelapa sikit tapi asyik ditanya ...tak dibenarkan buat itu ini..naik rimas dibuatnya...



----------------------
------------------

Ayah said...

dulu masa kita kecik, depa leter kita degila la itu la ini la... la ni kita leter pulak kat depa...

bapak aku kata sakit mata catarac dia boleh diubat dengan beli air jampi dari Batu Pahat.. terrer tak?

faridmw said...

salam... moga bapak kak cepat sembuh dan bertambah senyumannya..

Led said...

sebut2 pasal bentan, tetiba besi kat tgn rasa nilu...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails