Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, August 11, 2009

Balik Melaka...

Menjelang Ramadhan...sana sini kedengaran orang membuat majlis2 kenduri & tahlil. Makan Sabtu lepas aku, suami dan anak2 bertolak dari Shah Alam ke Melaka untuk bersama-sama keluarga mertua kerana ada majlis kenduri tahlil.



Disebabkan kami semua sekarang tak berkesempatan untuk menghabiskan masa memasak di rumah mertua kerana masing2 sibuk dengan urusan2 sendiri...maka adik ipar ku cuma menempah lauk2 dari seorang kawan.



Di rumah kami cuma memasak nasi untuk majlis tersebut, menyediakan ulam-ulaman dan bubur pulut hitam yang menjadi kegemaran ibu mertua ku. Yang sibuk di dapur cuma kami berempat iaitu menantu2 sedangkan adik iparku sibuk ke sana ke mari memastikan segala keperluan yang diperlukan mencukupi. Kemeriahan memang dpt dirasakan bila kami dah lama tak bersua muka. Dengan mertua yang duduk sambil memerhatikan kami turut bergelak ketawa membuatkan suasana bertambah ceria.



Selesai berkemas...sementara yang lain2 masih bersembang...aku dah bersiap2 untuk balik menjenguk bapak di kampung.



Tapi cuma aku & Fareez aje yang pergi sebab Farhan terlena. Seronok dapat jumpa bapak ...nampak bapak dah beransur sihat...katanya cuma perut aje yang meragam...masuk angin mungkin.


Risau sungguh bila bapak sakit sebab makcik pun tak kuat sangat untuk menjaga...yang boleh diharap untuk melihat bapak ialah adik2 yang dekat...adik Ab dan adik An...tapi yang lebih kami beratkan untuk menjaga bapak ialah adik Ab...kerana dia lelaki dan senang untuk membawa bapak ke sana ke mari.

Semoga bapak akan sehat seperti sediakala....


P/S...ada produk baru di sini...




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

13 comments:

Nor.Abd-Azila.Azis said...

moga ayah kak anie cepat sembuh... lama tak ke sini... balik melaka... kim salam org melaka... saya dha pindah KL...

ilah1908 said...

kak anie...apa produk baru tu??? heheh jangan2 bisnes utk bulan puasa ni kottt??? suspen jer ni....
ilah dan hubby bercadang nak buat kenduri doa selamat di melaka tapi tak sampai2 lagi hajat tuu, kenduri yg lalu dah buat 2 kali dah,, yg ke 3 ni tah bila akan terlaksana..

Neeza Shahril said...

senang lah kak Anie.. mertua dengan bapak kak Anie duduk tak jauh..
kalau neeza, 5 jam drive.. tak dapatlah nak berulang gitu..

semoga bapak kak Anie sihat selalu..

Zareda Norman said...

kak anie

moga ayah kak ani sihat sihat aje lepas ni...

MOKCIK AZWA said...

semoga bapak cepat sembuh ya kak..kena jga makan la tu..supaya tak masuk angin.

bisnes apa agaknya tu ek...

CuTeMiUt78 said...

seronok kan kak.. bila sekali2 bersua muka.. hik..hik..hik..

zue said...

nak nyambut posa...mmg ramai org buat kenduri.
15hb ogos ni umah mak zue buat kenduri tahlil dan potong jambul cicit yg per 1.

sy dah jadi nenek...

semoga bapak kak anie sihat hendaknya.

jus call me ida.. said...

produk??produk apa tu kak??

cj'alhafiz said...

meriah dapat kumpul ramai2....satu family kan kak... haha!!

ILA said...

Semoga cepat sembuh bapaknya kak..
Ila kat kampungpun sibuk buat tahlilan sana sini.Tapi masalahnya tengah musim demam..tentu tak larat nak rewang.Jln terbaik order kat orang .siap dibungkus2kan than kita bayar dan hntar ke surau.
style mcm tu skrang.ringkas dan mudah.Tak kotorkan umah.tapi sayang...tak dpt ambik peluang utk berjumpa saudara mara..huhukk

kakpah said...

sekarang ni kalau ada yang sakit2, kita saspen je. Didoakan semua shat.
Produk apa tu anie...

Alina... said...

kak ani kita pun blik melaka, duk seminggu..ewan ambik cuti. kita jadi guru sandaran dia selama dia cuti..hari2 kena hanger.nnti kita brsalin baby kita rupa ewan..kalo bapak tak sihat hati kita risau kan..semoga bapak kak ani sihat2 aje di doakan..

aNIe said...

Azila dah dok kl ke...akak masih ulang alik ke melaka...sebab cik abang sekarang kat Melaka

-------------------------

Ilah...produk baru tu adalah minuman berasaskan koko...SMARTCOCO...baik untuk anak2 yang bersekolah...untuk kecerdasan minda sebab ada gingko & kismis

---------------------

Neeza...terima kasih...

Nasib baik bapak akak ngan mertua dok dekat...dptlah menjenguk biarpun dpt sebulan sekali je...

----------------------

Zar...sekarang dia selalu skit perut...masuk angin kot

----------------------

Makcik azwa...semoga bapak akak akan terus sihat seperti sedia kala...

Akak berniaga...jadi dealer untuk SMARTCOCO & Jus Khaira...yang bagus untuk antibodi dan daya ketahanan badan

----------------------

Cutemiut...bila bersama-sama keluarga memang semuanya menyeronokkan

----------------------

Zue..t.erima kasih...ayah dah semakin sembuh

---------------------

cj...memang bila berkumpul ramai2 besttt...!!

---------------------

Ila...betul tu...buat macam tu lebih senang...rumah tak berkecah...sebab semua sekarang masing2 dah sibuk. Tapi kalau dpt berjumpa sedara mara masa kenduri tu...dpt sembang panjang sebab takde banyak kerja nak buat...hehehhe


-----------------

Kak Pah...terima kasih...

Anie jual minuman berasaskan koko ...baik untuk anak2 SMARTCOCO A+ ada gingko biloba dan jus AL-KHAIRA untuk antibodi...

------------------

Wah ! Alina bercuti di kampung ye...garangnya cikgu...hehehe...

Bapak2 ni kalau kita kalau tak sihat dengar kita telefon dia ada dah terasa kebah segala penyakit...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails