Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, July 29, 2009

Surat 'Cinta' Aeez...

Kalau dulu masa kita masih bersekolah ...bila kita bercinta orang akan kata cinta monyet. Tapi kalau dalam kes si kecit aku yang masih kecit sangat aku rasa kan...nak panggil apa eh? Cinta 'anak monyet' kot. Kalau aku cakap camtu...nanti aku le 'ibu monyet' tu...Eiiii...takmo lah...

Si kecit ni baru 8 tahun...kes cinta dia yang bersegi2 buat aku tersenyum2. Bukan cinta 3 segi lagi tau...dah bersegi-segi. Masalahnya anak2 dara kecit ni yang bagi dia surat2 cinta. Aku terjumpa banyak surat2 cinta dia dlm poket beg sekolah dia. Cuma tinggal 2-3 helai aje yang dapat aku scan ...sebab ari tu aku dah ketepikan...dia dah jumpa dan disembunyikan kat mana aku tak jumpa.

Ini dari salah sorang dari peminatnya...ntah bila masa dia menulis surat ni pun aku tak tau...



...perhatikan lambang love di kertas tersebut...siap illustrasi wajah Fareez kat situ...tak boleh tahan tengok anak panah dia siap ada love love lagik.

Yang ni pulak dari lagi sorang peminat dia ...rakan kelas dia...:

...siap lukis gambar dia bercucuran air mata...hahaha...bagi email add lagik...hahahaha

Yang bawah ni adalah surat terakhir yang aku temui...



Gambar scan ni tak berapa terang...
Antara kandungannya...


' I miss you Farezee!!! But you dont love me and i road a song for you. Its call oh baby plases love me because I am alone !!!. I miss you Farezee Daniel !!! email R***N**Sya*****. Call me at 012*******. Adress Jalan Ad***US/10 No.20. You want to come you can come at Saturday and Sunday. Mayby we cant hang out togather. My hobi, sing, dancing and cheerliding."


Apa yang aku tulis ni memang takde editing...terus dari apa yang ditulisnya. Rasanya boleh fahamkan apa yang dicakapkan...


Bukan main lagi bebudak ni ye...


Masa aku usik2 Fareez dan tanya dia...


'Aeez suka siapa sebenarnya ni...'


'Tak lah ...Aeez tak suka diorang...diorang yang asyik tulis surat kat Aeez...'


'Yang Raja I**** tu Aeez tak suka ke?'


'Tak lah...dia tu playgirl'


'Hah!! Playgirl...pandai kau eh...mana Aeez tau..' mana ler sikecik aku ni belajar perkataan 'playgirl tu...


'Ye le...dia cakap dia ada boyfriend lain jugak...ramai...'


'Abih yang sorang lagi tu Aeez tak suka ke?'


'Tak sebab tak cantik...kulit dia tak putih...'


Larrr...memilih pulak sikecit aku ni...


Siapa sangka kan...anak2 sekecik tu boleh menulis surat2 berbaur 'I love u...I miss u' .


Jadi pada sesiapa yang ada anak2 dara kat sekolah tu...cuba le tanya2...mana le tau diorang pun ada tulis surat2 camtu...heheheh...


...
p/s... Aku belum berkesempatan untuk membalas komen2 pada entry lepas...nanti bila aku free aku tetap akan balas...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

32 comments:

aisha said...

walla..acik..hebat nyer penangan si Aeez ni...ni baru kecik2..if dah besar nih, mesti lagik ramai.. takyah la acik susah2 cari menantu dah.. kena scan and interview jer.. heheheh

kad0k. said...

wahhhh...hahahaha..no wonder anak akak ada FB..try tgk sape dia add? hahahahhahaha

Intanaziela said...

hahahaha kelas aiez...ramai peminat...canggih la kak budak2 sekarang ni...

Abang Long said...

Zaman sudah berubah. Surat cinta si anak boleh discan oleh si ibu ... hahahahahaha .... ditonton satu dunia ....

arsaili said...

salam..wahhh daring nya anak dara tak cukup tu...aahhaha adoiiiii

pB said...

ganasnya anak anak dara sekarang ni


takut pB ...

~ yus ~ said...

hahaha...bukan main anak dara skrg yer kak.

sya said...

Kalau Arif dpt surat macam ni aku jadi risau nasib baik tak de lagik

KV said...

kononnya cinta abis lah tu! Hik hik

Neeza Shahril said...

kikikiiii... kelakar jugak budak2 kecik sekarang kan kak..
tapi kan, neeza dulu pun pernah dapat surat cinta masa darjah 4. Neeza sorok surat tu.. neeza tulis surat lain pada kawan pompuan, bagi tahu dia suruh cakap kat mat tu jangan hantar surat lagi, nanti parents neeza marah.. sekali mak neeza baca surat neeza untuk kawan pompuan tu.. then cerita kat ayah neeza... malunya laaa...

NONIE AZIZ said...

kakakaka...nampak gaya kak anie..Nurin bukan taste aeez..pasal nurin gelap!! wakakakakak...

zany said...

maaf cakap, ramai budak-budak perempuan sekarang menakutkan, sangat jauh berbeza zaman kita dulu. Itu pasal juga banyak kes jenayah r#pe kat mahkamah libatkan gadis bawah 16.
Kita yang ada anak lelaki kena jaga lebih-lebih anak lelaki sekarang.

saya pun pernah ada pengalaman anak saya diperangkap konon-kononnya hantar surat pada budak perempuan, diletakkan phone nombor dia, tapi yang sebenarnya budak perempuan yang hantar ke budak perempuan, nak mengena orang punya kes. mak budak perempuan serang my son by phone, sanggup aje saya nak jumpa sebab memang takut anak sendiri buat halkan. At last dia malu sendiri kot sebab anak perempuannya menggeletis lebih, mana dapat ntah my son punya nombor.

idahani said...

aduhhh...bukan main lagi Aeez yer..nak yang cerah sesajer..eheheheheh

HappyIrfa said...

EEEEEEEEEEE TAKUTNYA BUDAK2 SEKARANG.SIAP AJAK DATANG UMAH LAGI.BAHAYA TUL

Kak Elle said...

WAH ni tak bolih jadi skg macam mana dgn gf kat sini..nampak kena cancel lah bf kat SA ... haha

KLMari said...

Dasat kemain ha !!! Camni saya pun kena soal siasat anak dara kat rumah tu ada ke idak hantar surat cenggitu...Mommy geget nanti baru tau !!!! heheheheh

kakpah said...

anak-anak dara kecit sekarang berani2 ye. Nak tegelak pun ada baca surat berbau cintan gitu. ehmm ala hai...

Azzah8 said...

Inilah kesan/penangan television sebenarnya. Cuba buka TV sekarang, terutama yang ada ASTRO... dan cuba duduk tgk movie even kartun pun ada berbaur 's*ks'..ada peluk2...ada cium...tak ada sensored langsung...

jadi anak2 yang selalu tgk ni dah anggap perkara tu macam perkara biasa...dah terikut2 ...


BUDAYA KUNING.

silversarina said...

Kes bahaya jugak ni , takut 'spoil' jiwa kanak2 dia, tapi nasib baik dia nak berterus-terang dengan akak.

Masy said...

alahaiiiii nk gelak rasanye hahahahaha

kak ina kl said...

salam..alahai budak-budak sekarang ni..pandai segalanya..

Ida said...

Wohoo.... ni buat saya risau pasal my Princess ni.. ishhhh

zue said...

org handsem...mesti le ramai peminat.

sy pun pernah mengalaminya...nasib baik suami tak jumpa klu tak teruk anak dara sy kena marah.

iina said...

wah advance sungguh bebeudak skrg nie ekk.. tak malu2 dah nak ckp love u miss u hehehee.. itu baru 8 thn.. sok 28thn lagik ramai peminat ;)

en_me said...

emak budak lelaki yg hensem ittewww.. takleh simpan rahsia one uoolsss.. ammvoiii

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam Sya,

Lain beno bebudak dulu dengan sekarang.Zaman dah berubah.

Mungkin kita rasa macam 'kiut' le sesangat, tapi, eloklah dipantau jugak. Ya, nampak gayanya dara sekarang memang ramai yang dah berani...(ke...tak tahu malu?), itu baru gadis cilik...nanti dah jadi gadis remaja, lagilah daringnya....tuuu yang bila putus cinta senang-senang je nak bunuh diri...isyyy!

He!...he!...nasib le anak Anie tu, pandai lak memilih! :-)

Luna said...

like mother like son..disukai ramai orang..hehe

aNIe said...

Aisha...alahai...cenonet lagik sikecit tu...

-------------------------

Kadok...kalau kat FB tu...kawan2 dia semua kawan2 ibu dia...dia tu menyebok aje nak main game kat FB tu

--------------------------

Intan...pandai bebudak tu tulis surat cinta kan?

-------------------------

Abang Long...orang Malaysia je pandai baca...heheh...satu Malaysia je...:P

------------------------

arsaili...anak2 sekarang kan...macam2...


----------------------

PB...harap2 anak dara PB akan membesar menjadi anak2 dara yang PB inginkan...

----------------------

Sya...seb baik si kecik aku tu kecik lagik...kalau tak aku pun risau kalau dia main cinta kecik2 ni

---------------------

KV...tulap pasal...siap i miss u lagik

--------------------

Neeza...dulu2 kita ni pemalu kan...tak berani nak tulis2 surat2 cintan tu...sekarang bebudak dah pandai...

---------------------

Nonie...hahaha...ntahlah tu...itu taste dia masa kecik2 ni...hehehe

aNIe said...

Zany...sekarang ni macam2 kat internet & kat rancangan TV...tu yang bebudak ni terpengaruh.

----------------------------

idahani...mata dia agaknya yang cerah tu cantik...hehehe

---------------------------

Irfa...tulah...siap kata boleh hang out...dia ingat fareez boleh datang jalan kaki aje ke?

---------------------------

Hahaha...kak...BF kat SA ni ramai peminat lah...rambang mata dibuatnya...

---------------------------

KLmari...kene cek beg & buku2 diorang...mana tau diorang selit2 surat dlm buku...hehehe

---------------------------

kak pah...kadang tak sangka budake kecit tu boleh tulis surat2 camtu kan...macam budak2 besar..

-------------------------

Azzah...betul tu...rancangan TV tu semua banyak pengaruh pada anak2 kita...

Budak2 ni kadang benda2 yang tak elok tu cepat aje diorang belajar...kita sebagai ibu bapa lah yang kena pantau dia...

-------------------------

Silversarina...tulah nasib baik dia berterus terang...harap2 dia tak terpengaruh dengan bebudak tu...

------------------------

masy...rasa nak tergelak ye tgk surat bebudak kecit ni ye...

------------------------

ina kl...hehehe...diorang dah advance sekarang ye...

------------------------

ida...hahahah...kena jaga tu...zaman cepat berubah...

------------------------

Zue...tulah...kadang2 bebudak ni kita tak dpt nak jangkakan apa yang diorang lakukan...kecuali mereka berterus terang dgn kita...atau kita terjumpa sendiri...


-------------------------

iina...tulah terlebih advance tu...

-------------------------

en_em...

hahahaha...tak baik tau...

-------------------------

Kak Yan...tulah...kadang tengok cute aje...tapi kalau tak dipantau takut menjadi yang tak elok pulak...bebudak sekarang macam2 kan kak....

------------------------

Luna...hehehe...pandai aje luna ni...

Zareda Norman said...

hahhahah.. kak anie

bebudak sekarang advance sungguh..

harus ku spotcheck anak dara ku itu..

CuTeMiUt78 said...

addoooii la hai.. tecit2 dah pandai tulis camtu ya kak.. lawak je tgk.. tapi tu la kenyataan kan..
eemmm kiranya aeez ni ramai gak peminat kat skolah..

Led said...

kena kontrol no kak lady. sat lagi nanti ada yg jadik playboya.dun sangka cleaq (clear) wota (water) takdak boya, kak lady

heh heh heh

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails