Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, June 2, 2009

Majlis Kahwin Lagi...

Minggu lepas, adalah hari terakhir anak2 bersekolah...fareez awal2 lagi dah beritau guru kelasnya bahawa Jumaat nanti dia tidak akan ke sekolah...bila ditanya kenapa...dia kata sebab ibu ayah nak balik Melaka.

Aku sekeluarga terpaksa berkejar balik ke Melaka pagi Jumaat itu kerana anak sedara cik abang akan bernikah selepas waktu Asar.

Pagi2 lagi aku dah siapkan sambal bilis buat NJ@Goboklama seperti yang dijanjikan...(terima kasih NJ...seronok dpt jumpa...hehehhe) balik dari berjumpa NJ...kami terus bersiap2 untuk bertolak.

Dalam keadaan kelam kabut kerana ketika itulah kawan cik abang dtg berjumpa cik abang...masa tu jugaklah aku terpaksa memindahkan data2 cik abang dari komputer ke thumb drivenya...aku bertambah was was dibuatnya.

Semasa sudah berada dalam kereta...hati aku berkata2...

'Kucing2 dah keluar ke belum?'

Untuk menyedapkan hati...aku terus menyakinkan diri aku bahawa kucing2 aku dah keluar...sebab aku ternampak Roni tidur di bawah kereta Naza...

Sampai di Melaka tepat2 ketika orang sedang hendak mendirikan solat Jumaat. Meninggalkan cik abang di Masjid Tengkera...aku terus memandu ke rumah ipar berdekatan Masjid tersebut.

Anak sedara lelaki telah pun bersiap2 untuk ke rumah pengantin perempuan kerana majlis pernikahan akan berlangsung selepas asar. Malamnya ketika aku dan ipar2 sibuk di dapur...cik abang memanggil aku ...

'Anie...tadi siapa halau kucing keluar?'

Hati aku dah mula rasa tak sedap...

'Kenapa bang..'

'Ada sekor kucing kat dalam rumah...'

'Hah!!...Alamak...'

Aku jadi tak tentu arah...terus call jiran yang aku minta tolong bagi makan kucing2 aku minta tolong dia mencari jalan camaner nak kluarkan kucing tu...kemudian aku call Munir yang masih belum bertolak balik supaya singgah kat rumah sebentar...dalam hati aku sungguh bimbang takur kalau2 si Rena dah berak kat dalam rumah...adooooiiii...mati aku nanti!!!!

Tak lama kemudian jiran aku call aku memberitau aku bahawa Rena dah keluar...dari tingkap dapur ...

Alhamdulillah....!!!!...kalau tak...4 hari aku di Melaka memang habislah najis dia bertaburan dalam rumah.

Malamnya kami semua ke rumah pengantin perempuan untuk majlis berinai besar.



Majlis malam berinai di rumah perempuan...

Majlis langsung di rumah perempuan seperti biasa ialah pada hari Sabtu...dan sekali lagi...kami mak2 sedara dan sepupu2nya menjadi wakil di sebelah pengantin lelaki. Kali ini pengapit pengantin lelaki ialah sepupunya...Mun*ir...heheheh...amboi...pengapit tu bukan main melaram lagi...mata2 anak2 dara asyik pada dia aje...sebab pengantin lelaki dah berpunya...hehehehe



Tiga sekawan...Zaty Ude & Effa yg menyelit tu..Kak Nam seploh...sebelum bertolak ke rumah pengantin perempuan

Pengantin lelaki bersama sepupunya yang juga pengapit yang kononnya 'macho' ...hehehe

Adik2 pengantin lelaki dan sebahagian dari sepupu2 mereka bergambar sementara menanti pengantin diarak ke rumah pengantin perempuan...


Majlis persandingan di hari Sabtu rumah pengantin perempuan


Balik dari rumah pihak perempuan kami sudah begitu sibuk menyiapkan segala persiapan untuk memasak keesokan hari. Ipar aku tak menggunakan khidmat katering. Dia mengupah tukang masak untuk memasak lauk pauk pada majlis itu nanti.

Selesai segala kerja...anak2 sedara dan pak sedara bersama-sama berkaraoke untuk menghilangkan penat...sebelum menamatkan sessi karaoke...kami semua berpoco-poco...bukan main meriah lagi bila jiran sebelah menyebelah pun turut sama berpoco-poco...


Anak sedara ku...Effa sedang menyanyikan lagu Inul...


Fareez menjadi penonton setia mereka yg berkaraoke...


Majlis berlangsung meriah pada hari Ahad...petangnya majlis ditutup dengan tarian poco-poco oleh famili sekali lagik. Walaupun penat...anak2 sedara...pak2 sedara...& mak2 sedara semua rancak menghayun langkah. Malamnya ketika berkemas2 dan proses cuci mencuci...adik2 ipar aku mula bermain siram menyiram. Orang Melaka panggil...'main mandi mandi'...maka habis basah kuyup kedua dua pengantin...mak dan ayah pengantin...serta semua yang ada di rumah kecuali mertua dan anak2 kecil..keriangan berlarutan hingga hampir tengahmalam. Penat sungguh mengeringkan kawasan rumah yang telah basah dipenuhi air.

Kami yang pada mulanya bercadang untuk pulang malam itu terpaksa menunda hingga hari Isnin kerana keletihan.








Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

27 comments:

iina said...

wah kak meriah sungguh majlis tuh.. masa nielah kan nak jumpa kaum keluarga ;)

kak ina kl said...

salam aNIe..kat melaka tulah yang paling best bila habis kerja kawin..basah membasah..lecun dibuatnya..masih lagi pengantin pakai baju melaka ekk..agaknya kat kepala pengantin perempuan tu dah tak berat lagi kot...

handsome anak teruna kamu..anak dara pun boleh tahan..agaknya kamu pun cun kot masa muda tu sebab kawin awal kot..

kakpah said...

cuti sekolah macam ni tak leh nak bediet. Sana sini ada kenduri je. Perut pun macam dah nak jem asek makan nasi beriyani dan daging hehe..

Kak Elle said...

meriah jamuan tu banyak lagi yg belum kawin kan?pengapit pengantin bila pulak?

ez said...

akak..meriahnye..heheh..bestkan..coti sekolah ni memang byk org kawen kan..

KV said...

tahniah utk anak buah akak.

hehe..seb baik dpt kluar si kucing tu, kalo dk, berkepam satu rumah.;)

Mummy Rizq said...

adik ipar kemungkinan besar akan berkahwin awal tahun depan.. membaca kisah kak lady.. terbayang kepenatan yang dialami.. faham faham ler.. org Melaka kan! hee..hee..

Masy said...

siap poco-poco lagi haahahahah hebattt

Alina... said...

Melaka kalo buat majlis mmg giler2..
eh2 lama tak tgk si munir.. dah mcm sabar masa muda2..hehehehe

Abang Long said...

Cuti sekolah, semuanya sibuk dengan urusan majlis perkahwinan.

Kak Anie - bila agaknya nak buat KAD JEMPUTAN KAHWIN ? Hahahahahaha

sophea shahril said...

masa kenduri kawin, bukan pengantin je yang seronok..
sepupu sepapat pengantin lagi seronok sebab ramai yag akan usik... lepas ni giliran 'ngko' pulak.. kan Kak Anie..

Neeza said...

laaa.. sophea tu neeza ya kak anie..

CuTeMiUt78 said...

wah.. kak meriah sungguh la.. siap ada tarian poco2 lagi.. heh..heh..heh

jus call me ida.. said...

best balik kg ni.. merapatkan silaturrahim..

PINATBATE said...

memang macho aper pengapit tu....
hai...tak lama lg bermenantulah kak anie...

Led said...

bila tgk muka pengapit, tetiba tingat style rambut bapa saya memuda dulu.dgn spek skali. takde beza.cuma masa jek berbeda.

Sha said...

salam:)

meriah majlis siap ada poco-poco lagi. untuk anak akk bila lagi?

Kopi Suam said...

orang Melake le katekan...macam tu le..kalau tak meriah memang tak sah le kan keje kawin...

Kak Ani..sanggul lintang tu kan...ewah tak tahan....kalau yang betul2 punya mau patah tengkuk pengantin dibuatnya heheh heheh

idahani said...

bestnya berkumpul beramai2 kan kak..penat pun takper janji dapat berkumpul..meriah gitu..

Zareda Norman said...

meriahnya kenduri... seronok kan dapat berkumpul saudara mara kan kak anie

Laracroft74 said...

kak anie dk abang tak pinjam pelamin ke...tumpang bersanding sekali pasal jarang jumpakan...hehehe..

zino said...

majlis kenduri hujung minggu ni kena skip la nampak nya pasal jemputan KB lagi kuat hehe

Mas said...

org melaka kawen kalu takde main simbah2 air tak sah. Simbah air bersih takpe ini simbah air kari n dalca.Pastu ada joget lambak. Hehehe masa saya kawen dulu saya ada pakai sanggul lintang...berat n nak tercabut rasa pala.Penin.Yng husband lak pakai jubah tu...rasa kelakar je nengok.

zue said...

cuti sek musim mkn nasi minyak...klu dpt nasi berani gam lagi sedap.

p/s: sy pernah balik kg x basuh sisa nasi kat rice cooker...balik2 rumah dah jadi tapai.

Anonymous said...

kak anie,

sambal bilis akak tu kan bt hancur sy punyer diet la...sedap yg amat...nasibla org bujang mcm sy ni malas masak...dapat sambal bilis kak anie pun dh nikmat....



chyazl aka ina jgk......

aNIe said...

iina...tulah...kalau takde kenduri kahiwn atau lain2 majlis susahnya nak jumpa diorang...

-----------------------

Ina KL...hehehe...memang pun...main mandi2 tu hajat mertua...terkekek2 diketawakan cucu2 dan anak3 berkejar2an...seronok sungguh dia...biarpun badan tak sihat suasana gembira tu buat dia ketawa...

Pakaian pengantin melayu melaka tu dipanggil sanggul lintang...ada yang masih guna...ada yang tidak...memang berat sungguh...

Anak muda tu kata nak kumpul duit dulu...bara bekerja...begitu juga ngan anak dara tu...hehehe

---------------------

Kak pah...suami saya tu sampai dah katap perut naik kembung asyik makan nasik aje...habis jahanam diet da...

---------------------

Kak ...kalau ikutkan anak2 sedara memang ramai yang belum kahwin lagi...berderet2 tu...anie punya pun ntah bila tak tau

--------------------

ez...orang melaka memang camtu...kerja kawin nak buat meriah2...kalau tak macam tak syok

------------------

KV...tulah pasal...masa dpt tau kucing dalam rumah akak dah tak boleh tersenyum lagik dah...muka terus jadi kelat...hahahah

-----------------

MR...memang penat...especially kalau rumah pengantin perempuan...ada pulak berinai kecil...besar & majlis langsung...bertandang...seminggu penat tak hilang lagik...

------------------

Masy...dah penat2...apa lagi mengayun langkah le...joget lambak dah takde...poco2 le kita

------------------

Alina...penat pun giler2...

Munir memang banyak rupa sabar

-----------------

Abang Long...hehehe...soalan cepumas tu...calonnya pun belum tentu camaner nak hantar kad...insyaallah...3-5 tahun lagik...hehehe

--------------------

Betul tu Neeza...yang sibuk mengenakan pengapit lelaki & pengapit perempuan pun ada...tapi bab jodoh ni bukan boleh dikena2kan...meriah bia mereka saling usik mengusik menambah keriangan mereka yang melihat...

----------------------

Cutemiut...joget lambak dah takde...ganti dengan poco2 dah...heheheh

----------------------

aNIe said...

ida...lebih2 lagi kalau dpt berkumpul ramai2

-----------------------

pinatbate...dia nak kumpul duit lagi...lom nak kawin katanya...hai...lambatlah lagik akak nak bermenantu

-----------------------

Led...hahahha...ada seropa ke? Anak akak ingat tu fesyen terkini...hehehe...silap le dia

---------------------

sha...poco2 tu untuk menghilangkan rasa penat bekerja..seronok bila dah ramai2...

Anak akak tu tak tau bila...gf pun lom ada yang steady lagik...

---------------------

Kopisuam...betul tu...sanggul lintang yang lama dulu memang berat giler...akak pakai sampai naik kejung tengkok dibuatnya...

----------------------

idahani...itu semua jadi kenangan dihari tua...kenangan manis bila anak2 sedara kawin dan bila berkumpul

--------------------

zar...memang meriah bila anak2 sedara dah besar2...seronok jadinya melihat telatah mereka

-------------------

Laracroft...dia sibuk berkaraoke...tak sempat nak posing...hehehe

-------------------

zino...wah...!! Lambaian cucu lagi berpengaruh ye...selamat jalan ke KB...

------------------

Mas...larr...simbah air dalca...kalau masuk mata...tak ke haru dibuatnya...ada jugak yang main sapu2 arang...habis hitam legam muka...

Kak anie pun pakai sanggul lintang tu...memang berat giler...jubah pengantin lelaki tu kalau di pakai yang tinggi okaylah...kalau suami kita rendah...nampak merayap aje...hehehe

----------------------

zue...Beriyani gam ...mahai...kene makan kat kedai...hhehehe...

Akak pun selalu buat tapai kat rumah...huhuhuh

---------------------

Ina...hehehhe...ye ke...sesekali makanlah dgn roti...kalau nak diet...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails