Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Sunday, June 7, 2009

Macam-macam aje...

Minggu lepas...semasa aku sedang menonton TV...cik abang menaip sesuatu di desktop...aku dengar orang memanggil aku...

'Hello kak....kak....'

Aku menoleh...aku lihat seorang lelaki India di depan pintu. Grill pintu terkunci. Aku panggil cik abang...

'Bang...tu...tengok le...saper tu...'

Cik abang aku bangun dan bertanya apa dia nak...

'Bang...mau minta derma sikit bang...'

'Derma?...Ni nak tanya...macamana awak masuk. Pintu gate depan tutupkan?'

'Saya mau minta sikit duit bang...sudah beberapa hari tada makan...'

'Takde...saya tanya...u macamaner boleh masuk sini...saya tutup gate depan...kalau pun tak kunci...u mana boleh masuk...salah tau...'

'Sorry bang...saya mau mintak derma sikit...1 ringgit pun takpe...'

Cik abang aku malas nak layan dia lagi...terus keluarkan RM1 dan menghulurkan padanya.


Sejak hari tu aku sentiasa pastikan pintu grill depan berkunci...takut pulak aku kalau terjadi macam dulu...semasa budak tu dah nak melangkah masuk...sebab grill tak berkunci.



Semalam sekali lagi...aku dengar ada sayup suara memanggil manggil...

'Farhan...pergi tengok kat gate tu...kawan kau datang kot...'

Farhan yang sedang memakai earphone langsung tak bergerak sebab tak mendengar apa yang aku cakapkan...

Aku pun bangun dan menjengah dari pintu rumah...

Larrrr!! Budak India tu datang lagik...

'Mau apa?'

'Mintak derma kak...'

'Takda...takda...' kata aku dengan slang India sambil mengoyang2kan tangan menunjukkan aku taknak bagi derma...lagi baik aku bagi derma pada orang yang lebih memerlukan.

Kalau sekali datang takpelah....ni selalu nak datang mintak derma...kalau lah kat lorong rumah ni aje dia boleh dapat RM 3 sahaja...berapa banyak rumah dlm taman ni yang dia boleh dapat kan?

Macam macam aje diorang ni.




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

27 comments:

zino said...

kena berhati hati tu.. kita pun tak tau yg datang tu betul nak minta sedekah atau nak mencari kesempatan bila keadaan terluang..

zino pun tak suka kalau tetiba org muncul kat depan pintu..

Kak Elle said...

betul kata zino tu nak berhati2 jugak...berani pulak sampai dtg 2 kali kerumah yg sama kan?

kakpah said...

diorang ni nak dpat duit mudah. senang...ketuk rumah orang dapat duit. keje taknak. ishh...geram.

jus call me ida.. said...

amboi senangnyer mintak derma..

sakurasa 2 said...

Senang ajer dia nak dapat duit...
dengan minta sedekah ajer
tak perlu bersusah payah.

aNIe said...

Betul tu zino...berani pulak dia datang sampai 2 kali...yg ada dalam kepala ni ...mungkin dia saja2 nak tgk ada orang laki kat rumah tak...ataupun ada tak kesempatan yg lain...

--------------------------

Tulah kak...bukan kita tak kenal muka dia...siap bawak surat ntah apa tah...

-------------------------

Kak pah...tulah...bagi kat anak yatim atau mereka yg lebih memerlukan lagi baik

------------------------

Ida...dia main2 ketuk rumah orang je...senang kan?

------------------------

Sakurasa....tulah...rasanya orang kita pun tak buat camtu...

KLMari said...

Uish !!! Sekarang ni semua pintu kena bermangga walaupun siang hari...takut entah siapa siapa aje masuk...KLM kat rumah pun, kunci semua, siap pesan dengan kids kalau ada orang ketuk pintu, jangan terus bukak..panggil mommy dulu...risau !!!

Abang Long said...

Abang long cuma ketuk pintu hati manusia untuk dapatkan kerja.

Ida@Audra said...

woho.. orang macam ni saya takkan layan.. otherwise, jadik macam tu la.. dia akan datang lagi, "memeras" hasil titik peluh kita..

Kalau nak beramal jariah.. lebih baik melalui saluran yang betul dan kepada yang sahih memerlukan.

Saya dah lama stop sedekah kat beggar.. sejak saya nampak sorang beggar kat Keramat ni, siap boleh beli KFC dan lepas tu membazir...

dlt said...

laa... macam ni pun ada. orang mcm ni la yg buat orang yg betul2 nak berniaga door to door tak dapat customer. sebab orang dah takut. kalu saya pun, baik menyorok balik pintu jer.

sya said...

Smlm pagi dlm kol 9 ada India potong rumput dtg, aku bgn awal buang sampah lupa tutup pagar, pastu dia gegar pintu kayu aku.. hangin dibuatnya melampau sungguh

Mummy Rizq said...

Amboi.. pepandai masuk umah owang mintak derma kak kak! Bahaya betul.. nanti salah2 umah pun dia masuk!

zareda said...

zaman sekarang ni kak anie, macam macam gaya depa nak nak amik kesempatan. Kita ni lah kena sellau berhati hati..

Laracroft74 said...

budak tu, sukahati dia aje bukak pintu rumah orang.. sebab tu i selalu pesan kat bibik pastikan gate depan sentiasa kunci..macam2 kes sekarang.. nk mintak, derma ke jual barang ke memang kitaorang tak layan..manala tau tu taktik jer, entah2 dia nak rompak rumah kita ..

blackpurple @ jowopinter said...

Kalau 1 rumah dia kutip RM1, kalau 1000 rumah dah RM1000. Kaya dia tak payah kerja.

Anonymous said...

kakk lagu apa ni akak?

iina said...

uihh kak anie.. dia dah ngulang dtg umah balik.. bahaya sungguh yelah sebab tau org bg derma.. mmg eloklah kunci pintu pgr tuh kan kak

aNIe said...

KLM ...sejak tu sekarang grill depan memang sentiasa berkunci...dan sentiasa berpesan pada anak2...kalau kami tak bercadang ke mana2 memang gate pun dikunci kecuali kalau cik abang ada...bahaya

--------------------------

Buat Abang Long...akak memang bersimpati kerana telah lama berusaha tapi masih belum dpt apa yang dicari selama ini...tak pelah abang long...teruskan usaha...Insyaallah...Allah takkan mengecewakan mereka yang sentiasa berusaha...berdoa dan tidak berputus asa...doa akak buat abang long juga...

--------------------------

Ida...akak ni sekarang pun dah jarang nak bagi derma pada mereka yang kita tak tau betul ke idak mereka tu memerlukan...kerana kadang kita tengok mereka tu sihat walafiat.

--------------------------

dlt...yang jadi mangsa ialah mereka yang betul mencari rezeki yang halal...disebabkan orang2 macam ni lah kita jadi takut untuk membuka pintu bagi mereka yang betul2 ikhlas mencari rezeki

-------------------------

Sya...sama ler...aku kadang sampai hangin dengan diorang yang nak potong rumput...dibunyikan hon motor...selagi kita tak buka selagi tu di bunyikan...geram

------------------------

MR...dulu pun ada kejadian siap dah masuk sebelah kaki dlm rumah sebab grill tak kunci...seb baik cik abang nampak

-----------------------

Zar ...memang kene lebih berhati2 sekarang...

----------------------

Laracroft...tu yang bermain dalam kepala akak...akak rasa dia saja nak cek...ada orang kat rumah tak...sebab sekarang ni banyak dah kejadian mencuri di kawasan akak...mana ler tau kan...diorang ada pasang 'kaki'

----------------------

BP...betul tu...kalau seribu rumah dlm sminggu...sebulan dah dalam 4000...uikkks!! kayo pakcik...

-----------------------

Anon...lagu ni...lagu Alya...'Tak Mungkin Kerana Sayang...' Suka sgt lagu ni...sedap lirik dia

----------------------

iina...sekarang akak dah lebih berhati2...takut kalau dia datang slalu kat sini semata2 nak intip rumah akak...takut jugak...

faridmw said...

salam.. manusia2 nak cari jalan mudah... itulah kehidupan manusia...

mummysya said...

bahaya tu kak!!!

sangat membahayakan.....

Masy said...

cuaknye. takot dia aim je umah akak lepas ni.

extra careful lps ni eh kak :)

kuIna LadyInRed said...

klu dh dtng berkali2 tu maknanya keja nie meminta sedekah...

Kopi Suam said...

iskh bahaya bahaya mcm ni kak....tu sebab saya kalau kat umah memang grill sentiasa terkunci pintu pagar sentiasa tertutup...

kekadang dah terjengul aje depan pintu.

zaman sekarang ni orang memang desperate..

aNIe said...

faridmw...hehehe...tapi kalau nak senangkan diri menyusahkan orang...buat aper?

---------------------

mummysya...memang betul...akak lebih berhati2 sekarang...

--------------------

Tulah masy..sekarang grill pintu memang sentiasa berkunci...takut ...bukan takut kehilangan barang tapi takut membahayakan nyawa...macam2 sekarang kan?

-----------------------

Lady inRed..

Memang pun kerjanya tu...hehehe

-----------------------

Kopisuam...tulah...terjengol yang buat tuan rumah terperanjat tu...tetiba aje ada ada depan pintu...kalau ada orang laki dlm rumah takpelah jugak....rasa selamat sikit...

HappyIrfa said...

rasanya dah banyak kali kak lady tulis citer psl org terlepas smpi ke pintu grill ni.bahaya sungguh..
hati2 ye kak

aNIe said...

Irfa...tulah...selama ni kadang akak ni ambil mudah aje perkara2 macam tu...tapi bila mendengar dan membaca macam2 peristiwa yang tidak elok berlaku...akak jadi lebih berwaspada .

CuTeMiUt78 said...

akak..kena lebih berhati2 dan berwaspada kak.. pastikan semua grill gate berkunci.. klu tak.. lain plak karang jg jadi.. ish bahaya la kan

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails