Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, May 26, 2009

Maklang Yang Sporting & Pandai Masak...

Hujung minggu yang lepas...hmmmm....tak de apa2 yang menarik...

Sabtu..aku dan keluarga seperti biasa menghabiskan masa di rumah.

Ahad...pagi2 lagi Ude dah keluar sebab ada 'event' di Menara KL. Bila aku dan cik abang tinggal bersama yang kecik2 aje kat rumah bersama...maka cik abang mengajak aku bersarapan di luar. Yahuuuuuu!!! Lama benar aku tak bersarapan di luar bersama cik abang dan anak2.

Aku terus mengejutkan anak2 untuk mandi dan bersiap2. Tujuan utama untuk bersarapan sahaja menjadi makan tengahari...sebabnya...sampai sahaja kat kedai tu...aku dan anak2 tengok lauk pauk dah berderet2 siap dimasak...macam2 ada. Apa lagi aku dan Farhan pun jadi rambang mata....meleleh airliur tengok macam2 gulai yang dah tersedia...sebut apa aje...semua ada.

Setelah kenyang kami semua pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang...aku cakap ngan cik abang...

'Bang...ari ni tak yah masaklah eh? Lepas ni anie pergi rumah Sya...antar sambal kawan blog anie...pastu bila anie balik...kita keluar dgn anak2 ye...dah lama sungguh kita tak keluar sama2'

'Yelah...anie nak pi umah sya jam berapa?'

'Dalam kol 12 kot...'

Sampai aje di rumah aku berehat sebentar dan kemudian bersiap2 untuk ke rumah Sya.

Keluar aje dari rumah...aku call sya...

'Sya...aku dah on the way...'

'Mesti baru kluar rumah ni..'

'Eh!! Kau macam tau2 aje eh...hehehe...'

'Yer...aku tau...kau memang camtu...'

'Hehehhe...aku dah sampai Bukit Jelutong...kau dah buat tak chicken pie Ude...'

'Dah...tengah buat ni...'

Rasanya dah berbulan aku tak pergi rumah Sya. Memang seronok bila jumpa dia. Semasa dia sibuk membuat chicken pie...aku dok pot pet pot pet dengan dia....maklumlah dah lama tak jumpa...dah lama tak bergayut di telefon...banyaklah cerita.

Semasa berbual...Amizah sesekali mencelah...

'Hisshh!! Kau jangan kaco...mak Ngah dah lama tak berbual ngan mak kau ni...'

'Yelah...' Sya mengiyakan...

'Sya...dalam perjalanan tadi...aku tanya lah Fareez...dalam banyak2 mak sedara dia sayang siapa...kau tau dia cakap aper?'

'Dia cakap saper?'

'Dia kata dia paling sayang Maklang...pastu aku cakap lah...kalau kau sayang Maklang...kenapa kau selalu kaco dia...kau cakap dia gemoklah...macam2 kau cakap dia...'

'Hahaha...abih aper dia cakap...'

'Dia cakap...dia suka kaco kau...sebab kau sporting....hahahaha....'

'Pandai aje dia...'

Sya dan aku dan Amizah sama-sama gelak ...

Setelah chicken pie siap...dan Adeq Anjer datang mengambil sambalnya...aku pun bersiap2 untuk pulang. Sebelum tu...Sya sempat membekalkan aku nasi beriyani ayam yang dimasaknya ...

'Rajinnya kau Sya...'...aku paling malas nak masak nasi beriyani ke...nasi minyak ke...leceh...!!

Semasa dalam perjalanan balik...aku cakap ngan Fareez...

'Maklang tu sporting & pandai masak jugak kan?'

'Aha...maklang sporting.... pandai masak...'

Balik aje rumah...cik abang menjamu selera dengan Nasi Beriyani Ayam yang Sya masak...memang sedap...lebih2 lagi dalca yg dimasaknya....hehehehe....

Bila dah kenyang...rancangan untuk keluar bersama anak2 pun tak jadi...aku dan cik abang tergolek depan TV....hilang ke alam mimpi...teruk betul...mana tak 'sihat' lepas makan aje...bammmm!!





...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

37 comments:

silversarina said...

Budak kecik tak tau menipu...memang dia betul sayangkan sya tu sebab sporting dan pandai masak...dia tau sya sporting tu yang dia suka usik .. eeemmmmm sedapnya nasi beriani dan dalca.

idahani said...

eh...eh..kak anie pun pandai gak masak apa..kak anie pun sporting yo..nak bodek kak sya ar sbb dpt mkn nasi beryani dia kan...hehehehehe

cikMilah said...

rajinnya sya masak nasi beriani ya, kalau dekat dah sah gi mengendeng.. hehehe

Kak Elle said...

nak amek hati maklang dia mesti ler cakap gitu kang tak dapat nasi bryani...hahaha

kasutsaiz4 said...

mak lang terrer memasak..

makin dipuji makin semangat ler nak memasak len kali.. kan kan kan.. hehehe..

zino said...

makin rajin la maklang lepas ni hehe

kakpah said...

makan-makan kat luar memang sedap sebab tak payah masak haha...

Laracroft74 said...

memang best klu dpt makan kat luar sekali sekala...tak payah nak asapkan dapur...bukan tuan jer yg nak berehat.. dapur kita pun sesekali nk berehat
jugakkan...
:-))

Abang Long said...

aku dan cik abang tergolek depan TV....hilang ke alam mimpi...teruk betul...mana tak 'sihat' lepas makan aje...bammmm!!


Ahahahahah .... lepas ini timbang berat badan...

Neeza Shahril said...

ooo.. kak Sya pandai masak ya..

best la kak anie dapat adik pandai dan rajin masak pulak tu..
patutnya Aeez suka.. :D

iina said...

takpe kak yang penting hati gembira heheheh.. makan selagi leh makan.. asalkan kita tau hadnya ;)

Cat Cat said...

Kak Lady,
Kalo ada chance dapat rasa nasi beryani Kak Sya, memang bertuah Cath, kan...??? Next year.. Next year, Cath nak singgah ke rumah Kak Sya mintak dia masak sedap2 tuk Cath... Hehe.

sya said...

Adoi ai... aku jadi banyak Vitamin R masa ko nak datang tu, tu sebab banyak dimasak. Kan aku tengah train2 diri cara nak masak nasi beriani ala Johor utk adik An nanti masa anak dia nak khatan.

Kalau ko datang masa aku banyak Vitamin M... minum air sarsi kosong ajelah.

Sporting pun selalu gak kena marah ngan aku tu..

Cath next time come to my small hut.. I will cook the things that u want to eat.

Masy said...

perghhh rajin tahap dewa maklang ni hehehhehhehh

aNIe said...

Tulah Rina...memang dia rajin mengusik Maklang...tu sebab dia sayang sebab sporting...kena marah pun dia tau maklang dia sayangkan dia...

Dalca tu siap mintak resepi dari sya...sebab cik abang & Farhan suka...sedap kata mereka...

----------------------------

Idahani...hahahaha...nak amik hati Maklang yang bagi nasi beriynni tu...kalau tak nanti tak dpt lagi...hehehe

----------------------------

Cik Milah...kalau pi umah sya masa dia masak makanan yg sedap2...memang tak rugi...kalau tak dpt makan...dpt bekalannya...hehehe

---------------------------


Kak Elle...nanti tak dpt bawak balik bekal lagik...hahahah

---------------------------

kasutsaiz4...mintak2 len kali kalau dia masak nasi beriyani dia akan call akak untuk datang makan2...hehehe

---------------------------

zino...nanti kita jugak yang untung... :D

---------------------------

Kakpah...memang sedap kan...macam2 lauk...main cedok aje..tak yah nak berpeluh2 masak

--------------------------

Laracroft...betul tu...akak sokong 125%...hehehe

-------------------------

Abanglong...nasib baik mesin timbang tu jenis tak bersuara tau...kalau tak mau dihalaunya akak turun... :P

------------------------

Neeza...hehehe...dia rajin masak...tapi anak2 dia makan ala2 kadar je...jadi memang le akak untung sebab siap dpt bekal lagik

------------------------

iina...tu yang penting...jgn mengabaikan kesihatan sudah ...kan?

-----------------------

Cath...singgah...jgn tak singgah...janji kene buat appointment...nanti vitamin M dia lebih tak masak pulak dia...hehehe

----------------------

Sya...nasib le kitorang ari tu langkah kanan dulu tau...

Seb baik kau tgh rajin ye...beruntung!!

----------------------

masy...tahap dewa cipan tu masy...

~adeQ~ said...

dalca tu mmg sedap ler kak....huhuhuh...nasi pun ok, cuma tak taruk garam jek, kalau tak, perfect!
sambal sedap, pedas, cuma kalau bg manis lg sket lg sedap...tu tekak sy la...hehehe...

dlt said...

bila la leh merasa nasik beriani kak sya... emmm.... meleleh air liur nih. len kali kalu kak lady tapau, tapau sekali lah untuk saya. kekeke.... muka tak malu,kan?

kak, kenyang dah hamster kat sebelah tu saya bagi makan. siap minum lagi. ekekeke.... pet baru ker?

ina said...

ish...sedap lak baca org citer nasi beriani ni..aisk makan beriani JM je...nak sket..

Sastri said...

waaa... dah lama tak pekena pai ayam kak sya... nak ode tapi kalau sikit mau tak ek dia?

nasik beriyani ayam? waaa... kemecer... dah la tak lunch ni... lapaaaa...

aNIe said...

adeq...tulah pasal ...kak sya tu luper nak letak garam...sebab nak cepat semua dia lupa...hehehe

Ohh!! sekarang akak dah tau...selera adeq anjer..nak yang manis sikit...sebab ada jugak yang akak buat nak pedas...diorang kata lagi pedas lagik sedap...thanks adeq anjer untuk komen tersebut...

--------------------------

dlt..hehehe...kalau dlt dekat...aper salahnya akak tapau untuk dlt...tapi ntah bila lah nak dpt makan beriani lagik...

Aha...tu pet baru akak...comei kan...kalau dah kenyang ...pastu dibiarkan dia tidur...pemalas betul...hehehe

--------------------------

ina....akak ni pun malas nak masak nasi beriyani...leceh...jadi kalau nak makan pi kedai aje...order nasi beriyani 1...!!

--------------------------

Sas...pasal pai tu kene ler risik2 ngan kak sya...kalau dia ada banyak vitamin M...dia buat ler...

Memang kemencer....bila perut tgh lapar...bayangkan pulak nasi beriyani yang sedap...mau tak meleleh air liur kan sas..?

Tirana said...

Untung ye kak Anie..ada saudara yang rajin memasak. Suami saya memasak hari minggu aje..tu pun kalau tak ada kerja di luar. Sesekali makan masakan orang, sedap gitu..dah jemu makan masakan sendiri..hehehe

Mak Su said...

oohh... maksu suka bebeno kalu dpt makanan yg menyihatkan cenggitu, lepas tu trus kumpul lemak katanya, tiada pembaziran :)

have a nice day kak, gurau2 jer.

NJ@goboklama said...

yeayyy,esok nak amik sambal!! ;D

zue said...

pekena pulak nasi berani gam...lepas tu tangkap lalok lah.

umeboshi said...

ahahah...ume pun selalu gak,plan macam2 dgn cik abang, at last, bila tiba hari nye...ada je yg membuatkan kami cancel segala planning tuh. bila dah dpt bantal, mmg tak hingat!ahahha

Mas said...

nasik beriani memang best. Kat melaka yang jual kat ujong pasir tu tak best mana pun...sedap lagi yang kat subaidah. Gulp!

tulipurple said...

kalu dah sohih sambal ikan bilis kak anie shedapp...tak dpt sy bayangkan betapa shedappppnye nasi yg kak sya masak...mmg adik beradik yg pandai masak!!

tq sis...sambal akak tu mmg penyelamat sy..naik bdn nie!hehe

jus call me ida.. said...

kak anie..nain kali sambil golek2 tu buat sit up skali!hehe
best nyer biler dah ada anak yang semakin membesar dan remaja dan melayan keletah si kecil..

ez said...

kak anie..org nak rase masakan kak anie..hheehe

Mamamanja said...

ooo kalo MM pun x jadi bekpes gitu. lauk pauk suemr dah ada sure jadik lunch terus heheheh.

** kak anie, meh tolong vote tuk qina tuk toddler super model contest. tq

sally said...

kak sya tu memang sporting, pandai masak dn penyabar ngan anak-anak & kawan sekerja..bertuah kak aNie dpt adik mcm kak sya..

Nong said...

Seronok nye, lepas makan2 boleh golek2... Cuti sekolah ni tak gi mana2 ke?

Led said...

nk order chicken pie, kak Lady...

HappyIrfa said...

selama ni kutuk2 sayanglah tu

Led said...

tetiba tingat nsikayam man chong kam, sek 7...

Mummy Rizq said...

bestnya kalo saya pun pandai masak macam kak sya tu. saya suka masak masak ni.. tapi tak la sesedap mana pun!

aNIe said...

Tirana ...dpt suami pandai memasak lagi bertuah tau...

--------------------------

Maksu...ha'ah...membazir tu kerja syaitan...hehehe

-------------------------

NJ...thanks...seronok jumpa NJ...:P

-------------------------

Zue...Makan beriyani gam ...memang boleh lalok kalau dia gunakan banyak kas kas

-----------------------

Umeboshi...bila kene bantal tu macam ada gam gajah kan?

----------------------

Mas..akak jarang makan nasi beriani kat Melaka...selalu makan kat shah alam ni

----------------------

Tulipurple...alamak hai...akak ni bersyukur sebab tulip dah boleh makan...maklumlah bila badan macam tu...selera terbatas...

Take care tulip...

-----------------------

Ida...hahaha...bab buat sit up tu akak fail lah...ada masa rajin...ada masa malas...mana nak slim

---------------------------

ez ...hehehe...meh beli sambal bilis akak... :P

---------------------------

Mamamanja...betul tu...

Eh!! akak klu masuk blog MM selalu terus ke entry terbaru...camaner nak vote? Just click kat link tu ke?

------------------------

Sally...dia pun bertuah dpt kakak macam kak anie tau...puji2 dia lagik...hahahah

-----------------------

Kak Nong...memang seronok dpt golek2 lepas kenyang...tapi kalau buat selalu nanti jadi macam dugong di tepi pantai...hahahhaa...

Cuti ni tak kemana2 lah kak..

----------------------------

Led...chicken pie kena order kat kak sya...Led...nasik ayam Man Cong kam tu sedap ke?

-------------------------

Irfa...tu lah...kutuk2 sayang tu

-------------------------

Mummy rizq...asalkan cik abang kita suka masakan kita itu sudah beruntung tau MR...kalau rajin memasak nanti lama2 pandailah...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails