Sehingga ke hari ini telinga aku masih terngiang2 kata2 si kecik.
Sehingga ke hari ini juga aku masih tersengih2 sendirian bila mengingatkan kata-katanya.
dan...
Sehingga hari ini juga aku masih tergelak ketawakan cik abang aku yang suka sangat menyakat si kecik...
Semalam...semasa cik abang baru balik dari mengambil si kecik dari sekolah agama.
'Anie...anie cuba le tanya Fareez apa Ustazah tu cakap kat dia tadi...'
'Ustazah tu cakap ape'
'Aeez cakap kat abang....masa abang sampai...ustazah tu pegang tangan dia...pastu ustazah tu cakap... Fareez...tu kereta ayah awak dah sampai....'
'Ye ke...?' sambil aku tersenyum2...
'Anie tanya le dia...' bisik cik abang...
Si kecik yang berada di sebelah membuat kerja sekolah tanpa berkata apa2...
'Aeez...cakap le kat ibu apa ustazah tu cakap tadi...' cik abang mula mengusik si kecik.
'Alah ayah ni loratlah...' *lorat kalau orang melaka cakap sama erti macam sibuk aje* sambil tangan masih rancak membuat kerja sekolah...
'Cakap ler...'
'Ustazah tu cakap....Fareez...tu dia ayah awak yang gemok tu dah sampai....'
Berdekah-dekah aku ketawakan cik abang....
'Mana ada ustazah tu cakap camtu....hehehhe'
'Ye...ayah tak dengar...'
'Anie...tadi dia cakap abang lain....ni dia cakap lain...sajer aje tu...' kata cik abang sambil terus ketawa
Kemudian cik abang menyambung lagi...*dia masih belum puas menyakat ni*
'Aeez....ustazah tu ajar anak ayah mata pelajaran apa eh?'
'Ntah..i don't know. It's my secret...' si kecik dah mula speaking...
'Alah cakap ler...'
'No...secret...'
'Tak pelah...nanti esok ayah pi sekolah aeez ayah tanya ustazah tu...you ajar anak i matapelajaran apa?'
Si kecik terus menjawab...dengan nada mengejek...
'Huh....anak I?? anak I?? Eh!! You dah kawin ke?? I takmo you lah....sebab I nak you sorang-sorang untuk I aje...'
Habis aje dia berkata-kata...aku dan cik abang ketawa sampai keluar airmata...
Hah!! Tulah... Nak mengenakan anak...sendiri yang kena...
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
33 comments:
heheheh pandai dia menyakat
Hahahaha..Kak Anie...sama jer abang dengan Aez yek..sakat menyakat secara berjemaah
Anie
ada tag untuk anie di blog sakura
tq
Bagaimana agaknya kalau si ustazah kata "Ayah Aez hensem la..."
Susah le laki ko tu nak menackle sapa2 dah
haha.. boleh imagine aeez sebut ngan gaya2nya sekali. cayalah kak lady, ada spy / bodyguard sendiri.
hahaha...saya gelak sorang2 kat sickbay membaca ni....aeez wah caya sama lu ah...
hehehehe..marah beno Aeez ngan ayahnya..cemburu sungguh!
Agaknya ustazah tu cantik sangat kut..
Kecik jangan disangka anak...besar jangan disangka bapak..hahahaha..pandai dia kenakan ayah dia..
kuang, kuang, kuang.... petahnya berbicara. pantas dan tuntas memangkas hujah si ayah!
hehehhe..akak..kelakola...petahnye aeez berckp..bijak plak tu..hehhe
"Ahaaaa!!ambik kau yahhh!!" hehe..
tu maknanya aez dah membesar dan pemikirannya dah matang
memang kena cik abg akak...tanya soalan mcm gitu kat anak.
Mas tu lah pasal...anak tu sampai dah geram...asyik menyakat sikecik dengan ustazah tu aje
--------------------------
abahnajwa...tulah...yang gelihati cik abang yang menyakat...dia sendiri yang terkantoi...hahaha
-------------------------
sakurasa2...ye ke...nanti akak tengok ye...
-------------------------
Abang long...kalaulah ustazah tu cakap camtu...memang le tak sampai ke pengetahuan ayah dia...hehehe
-------------------------
sya...tulah pasal...bodyguard aku tu cekap dan hebat...hahaha
------------------------
dlt...dia cakap kadang dgn selambanya...sambil buat kerja...tapi intonasi suara dia tak tahan...
------------------------
kak elle...tulah pasal...mau tak tergelak anie dibuatnya...siap dia kata....'ayah aeez yg gemok' sedangkan cik abang tu tak le gemok sgt...pandai aje dia menambah2...
------------------------
sally...ustazah tu dulu memang ustazah kesayangan dia...sebab ustazah tu tinggi...putih dan cantik...tu yang dia cemburu bila ayah dia sakat dia pasal ustazah tu
-------------------------
Tirana...ayah dia suka melayan...tu sebab sekali terkena dgn anak tu...tak boleh nak cakap aper dah...hahaha
-----------------------
hanim...akak ni jadi pendengar bila ayah & dia berhujah...sebab dah tau...pasti nanti ayah dia yang kene balik
-----------------------
ez...dia kalau pasal bercakap...memang susah nak lawan...tu yang akak kalau dia bercakap ngan sesaper akak jadi seram...takut dia terlepas cakap
----------------------
ila...rasanya sebab dia banyak tgk drama kot...hahahaha
----------------------
zue...tu ler pasal...asyik menyakat aje tak habis dia menyakat sikecik tu
byk tgk cerekarama gaknye dak aeez ni hahahahaa
waduhhh...kedepek kene ayah nya...hehe.memang jantung hati,intan payung tul aeez nie ek sis.
Bijak Aeez, haa terkena balik ayahnya ...hihi.
Kak ani
wah spy kak ani boleh tahan jugak antivirusnya ek.. selamat ler kak ani..
yang bes tu boleh pulak buat skrip menyakat ayahnya
takpe, ayah teww ada plan B..
AYat yang last tu, yang mahal sekali tu.... Pandai betul menegnakan Ayah nya...
huhuhu, tobat
bagus tul si Aeez jadi bodyguard tak bergaji utk kak anie..x yah risau dah..hehehe
kak, cuba akk lak sakat si Aeez tuh..eh..takleh takut kot cik abang lak yg jeles.ahhaha
Adoi lah...anak..anak...
Lahai... Aeez cakap macam tu? Sabar aje aku. He he he... cute sangat.
hehehe... mesti best menyakat anak.. skali kene balik bulat2.. pandai btul aeez!
hahahah!!! pandai nya Fareez..
boleh jadi pelakon drama Yusof Haslam gini kak anie..
hehehe..
aeez yg bijak hehe
ku suka petua tegangkan tuuuu
adoii...marag dan geram betul dia! ehehe
kekekkekke ni mesti kaki tgk drama melayu gak ni...
alaaa you ni, sakit perut i tahan gelak tau...keh keh keh! macam-macam la fareez ni :)
Masy...minat dia sama ngan ibu dia...kalai ibu tgk drama...dia pun tengok...ibu dia ni peminat drama 'global'...sepanyol, indonesia, filipina...semua akak tgk
------------------------
tulipurple...kadang bukan ayah aje yang kena...ibu pun kedebek kena jugak...tapi sebab ibu jarang menyakat...kurang le sikit...hehehe
------------------------
rina...tu lah...kalau bab berdebat ni...memang kadang kami kalah dengan dia...dia pandai menggunakan kelemahan kami
-----------------------
Zar...ibu dah tak payah jadi spy lagik...dia spy yang boleh diharap...segala laporan lengkap disampai sebaik sahaja masuk rumah dah mula berbisik2...hehehe
-----------------------
Maksu...heheheh...macam2 budak2 ni kan
-----------------------
idahani...akak tak berani sakat aeez pasal isu boipren ke aper ke...nanti menyusahkan diri...hahaha
-----------------------
pinatbate...seronok dpt anak yang kuat cemburu ni...
-----------------------
OD...tulah pasal nanti kalau OD berpeluang jumpa dia jgn sakat dia yang bukan2 tau...nanti ntah aper2 yg kluar dari mulut dia...
----------------------
ida...ayah dia tu memang tak serik2 menyakat sikecik tu...sekali kena...hah!! tak boleh cakap aper2 lagik dah
----------------------
neeza...dia tu banyak tgk drama yusuf selam...tu yang siap pandai buat skrip tu....hahaha
----------------------
zino...semoga bijak dia berkata2 sebijak dia di sekolah nanti
----------------------
joegrimjow...hehehe... :P
---------------------
KV...dia memang tak boleh kalau diusik ayah dia dgn orang lain...marah dia...silap2 ayahnya yang kena kata...tua lah...gatal lah...hehehe
---------------------
anon...memang betul tu...teman ibunya menonton drama...
---------------------
mamarock...lagi banyak dia bergaul di sekolah...lagik banyak idea dia mengenakan ayahnya...
heh..heh..heh.. anak2 pun pandai menjawab ya kak
Post a Comment