Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, April 27, 2009

Cerita Hujung Minggu...

Setelah berseronok minggu lepas dengan jadual pertemuan dengan kawan2 blog...minggu aku melengkau kat rumah je. Lebih2 lagi cik abang menanti 'sekretari' income tax dia datang dari BBST untuk buatkan e-fillingnya...jadi minggu ni aku cuma sibuk di rumah.

Sabtu...anak2 yang dua orang tu sibuk dengan jadual tusyen...memang kami selalunya tak kemana kalau Sabtu...sebab menghantar anak2 pergi dan balik tusyen.

Cadangan untuk aku keluar dengan Ude nak ke Low Yatt...terpaksa dibatalkan kerana anak sedara dari KL nak datang buat projek dengan Ude.

Selepas makan tengahari cik abang tiba2 bersuara mengajak aku ke MJ Warehouse sale. Pada mulanya aku malas...maklumlah cuaca sekarang panas gilerrr...tapi bila Ude dok cakap kat aku barang2 kat situ murah2...aku pun bersiap2 untuk menemankan cik abang.

Sampai aje di Stadium Melawati aku tengok orang berpusu2 masuk...adoiiii!! Ramainya orang...dan aku paling tak suka shopping kalau orang berhimpit2...

Barangan memang murah...lebih2 lagi kalau ada tawaran 'happy hours'. Aku cuma membelek2 beg tangan...tapi takde yang berkenan...akhir sekali...kami keluar dari stadium tersebut cuma membeli bantal2 besar untuk anak2 lepak2 depan TV.

Keluar aje dari kesesakan manusia dan ketika menuju ke kereta cik abang ternampak sebuah gerai menjual 'nasi beriyani arab' ...terus mengajak aku singgah untuk makan. Agaknya cik abang dah rindu nak makan nasi arab...hehehe

Nasi beriyani kambingnya memang sedap...dagingnya lembut...sepinggan besar habis aku makan...sebab sedap. Gambar memang takde...kalau aku berjalan2 dengan cik abang memang aku tak amik gambar...nanti ditegurnya aku sebab kejap2 amik gambar.

Selesai makan...kami membeli untuk anak2 yang berada di rumah.

Ahad...pagi2 lagi aku dah mula memasak. Menu hari minggu ialah Nasi Ayam. Dah lama rasanya aku tak masak nasi ayam. Memandangkan aku ada tetamu hari tu...jadi lebih mudah masak lebih sedikit.

Selesai memasak...'sekretari' cik abang aku pun sampai dengan anak bongsunya...Arif. Selepas makan...dan menyiapkan segala yang patut...aku, cik abang dan anak2 golek2 depan TV layan DVD cerita Hindustan yang cik abang beli minggu lepas. Dua2 cerita SRK...biar pun kedua2 cerita tersebut bukan cerita yang penuh khayalan cinta...tapi ceritanya sedap...aku suka sebab ada pengajaran dalam kedua2 filem tersebut. Sya pula melayan You Tube tgk cerita2 Korea...dah demam teruk Sya ni...heheheh..

Malamnya sejurus sebelum Sya balik...ipar aku pulak sampai dari KL. Mereka tak lama berada di rumah ku kerana esoknya anak2 nak bersekolah.

Jadi... hujung minggu aku kali ini adalah 'hujung minggu di rumah bersama keluarga'. Walau bagaimanapun...seronok dpt menghabiskan masa bersama famili...





...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

28 comments:

Mulan said...

bila la turn saya anta anak2 tuisyen pulak? habis la weekend ku itu..!!! tapi memang seronok kan lepak lepok dgn family..

Zareda Norman said...

kak ani

zar pun baru balik amik anak dari tusyen kol 10 tadi.. letisss bila cik hubby tak de, letisnya berganda..

Sebab tu kalau wiken zar lebih suka memerap kat rumah.. ehheheh

Macam kak anilah.. sewiken di rumah.. happening kan

Kak Elle said...

alahai yg kakak hindustan yg adik lak korea...hehehe

ibundo said...

ish..dah lama tak makan nasi briyani ni. nanti kpah cek, mgu depan ada kenduri kawin tak ha..ha..

Ajzie said...

kak sya deman citer korea.. hihihi..
kak anie plak deman citer hindi...

MrsMama said...

Weekend lepas paling tak best untuk saya. Kena tinggal lagi. Klau ada saudara bole borak2..ini tak, saya sensorang jer kat umah.

MOKCIK AZWA said...

ouch...mokcik belum buat lagik e filing ittewww...

beshnya wiken akak...siap bleh makan nasi beriyani arab lagik..

wiken spent with family memang best kan..sambil layan citer hindi ke, korea ke...hehehe

RaFFLeSiA MeRaH said...

sy pun mcm akak gak...kuar dgn suami x der nyer nak snap2 gambar...takut dia x suka kan....time dia gi toilet ker, gi kuar merokok ker baru ler duk snap gambar ape2 yg kenan...hehehehe...sesekali memang syok duk santai2 ajer kat umah ni tapi kalau musim2 panas ni sy lebih suka menepek kt shopping kompleks...hehehe...

Ummi365 said...

hehehe seorang ke timur seorang ke barat.. kat tengah2 tak ada orang nengok ke? ummi pun suka memerap kat rumah wiken.. best giler tuhhhh golek2 atas katil tak ada buat apa2.. tenguk ceiling tenguk dinding.. nikmat oooiiii

KV said...

asal bersama keluarga walo di mana, mmg meng happy kan.

Nukilan ida said...

waktu weekend rasa sungguh sekejap masanya.. kan best kalu sama waktu weekend n waktu kerje.. keje sehari,cuti sehari..keje 5 hari..cuti 5 hari!

Laracroft74 said...

haritu pun i berhajat gak nak gi MJ warehouse sale tu..sekali lalu depan stadium tengok kereta penuh sesak..terus kensel!!! tak larat nak bershopping kalau sesak sangat..tak boleh nak bernafas...
SRK...lamanya tak layan hindustan...:-))

Masy said...

sy pegi ari khamis n jumaat, so x brape ramai sgt bbanding ari cuti kot. cadang nk pegi lg ahad tu tp malaslah, mesti ramai giler. nak2 pulak kat stadium tu ade car boot sale (pasar tani tu). musti lg ramai umat. malas malas hahaah

ILA said...

Nasi beriyani arab???
eshhh...apa bezanya dgn nasi beriyani biasa??
nyummmmiiiii!!!

ida napi said...

kak anie..'sekretari' tu demam2 pun leh gak datang n tlg buat e-filing utk cik abg kak anie yer..hehehehe

silversarina said...

'Sekretari' datang dnegan anak sekali, hebat tu :)

Cakap pasal bantal. lama dah nak cari bantal besar untuk lepak2 .

en_me said...

tenet me sengall takleh men awaktiub.. uhuhu

arsaili said...

salam..besnya nasi ayam..my fav!

Sya said...

Aku balik terus terlepak senang hati sbb sume dah selesai.. aku punya pun dah selesai dah buat..

Ckp ngan bos aku tu..kalau tak dpt aunty aini.. nasi arab tu pun ok gak ..

nanti jgn lupa simpan itu resit2 shopping aarrr.. tak le aku membebel lagik pd penolong seketari

Mak Su said...

asalkan dengan famili, apa aje pun tak kesah, kan kak anie... semua seronok jer. dalam keredhaan.

CuTeMiUt78 said...

seronok kan kak.. dpt bersantai2 ngan keluarga dihujung minggu

Mama Rock said...

sekurang-kurangnya ada jugak kak anie keluar rumah. bila tang malas pernah mama sekeluarga tak keluar rumah langsung over the weekend...hybernate macam beruang kutub tu!

Kiah Kardashian said...

Kak Anie, saya pun pergi MJ warehouse hari Sabtu hari tu. Ramai sangattt orang. Boring betul..pergi pun teman cik abang bershopping office attire. Sebenarnnyer first day opening hari tu saya dah pergi...hehehhehe. masa opening tu mmg worth pergi..tapi towards the end dah abis agaknyer...

Nong said...

kak nong belum habis penat, drive all the way to penang ambik hubby yang gi deep water fishing, stay a night kat chalet golek2, then drive balik KL. Hubby pulak moyok je, mabuk laut kot...he he...

kad0k. said...

lama la jugak x mkn nasik beriani tarbus tu..hehehe..:)

cikceriacorner said...

bestnye kak..berhujung mggu bersama keluarga..hehhe

aNIe said...

Mulan...bila anak2 mula tusyen...memang waktu hujung minggu menjadi begitu sibuk...kalau tak tusyen pulak nanti pelajaran anak2 jadi ketinggalan...sian diorang

-------------------------

Zar...bila segala2nya kene buat sendiri tanpa bantuan cik abang memang memenatkan...bila dah penat...apa lagi yang menyeronokkan...mestilah golek2 di rumah bersama anak...hehehe

---------------------------

Kak...anie ni boleh tahan lah maboknya...sya tu yang terok...hahaha

--------------------------

Kak pah...anie kat sini kalau nak makan beriyani gam...pergi kat belakang concorde Shah Alam tu...memang menepati citarasa anak2...tapi mesti beriyani kambing...kalau yg lain tak suka

-------------------------

Ajzie...tulah...sya tu boleh melayan dan terkekek2 sensorang kat depan komputer...bila ada something yang kelakar nak dishare dengan akak...dipaksa2nya kita tengok...hahahha

--------------------------

Mas kalau akak sensorang kat rumah...akak layan tgk TV aje...golek2 depan tv...pastu tv tengok akak...pastu akak tengok TV balik...heheheh

--------------------------

Mokcik azwa...memang syok...sambil2 golek2 layan DVD...boleh peluk sikecik...melepaskan kepenatan untuk minggu itu

-------------------------

Rafflesia...tulah orang laki ni tak sporting kan...kita ni amik gambor untuk kenang2an...dia yang tak berkenan tengok...hehehe

RF...menepek kat shopping compleks tu lagik le cik abang akak tak berkenan...

-------------------------

Ummi tu suka golek2 pandang siling...pandang dinding..sebab kat siling kat dinding tu ada bayangan cik abang yang jauh dimata tu...:P

-------------------------

KV...memang happy...kalau dok dlm bilik kecik anak beranak sambil layan anak2 pun happy dibuatnya

------------------------

Ida...hahaha...orang yang kalau dah bekerja...bila dok rumah lama2 jadi bosan...tapi bila dpt cuti panjang ...dpt pulak bersama famili 5 hari pun rasa tak cukup

aNIe said...

Laracroft...agaknya kalau jadi pergi hari tu mungkin kita bertembung kat sana kan?

Akak pi masuk dari entry kat giant tu...tak le sesak sgt dengan kereta...tapi kat dalam stadium tu sesak giler...akak pun mau pengsan dibuatnya

--------------------------

Masy...hari sabtu tengahari tu orang dah mula ramai...masa akak balik orang masih berpusu2 masuk...kalau ahad mesti le lagi sesak sebab cuti & ada pasar tani...

Pstt!! Borong aper kat sana?

---------------------------

Ila...tak tau ler nak cakap aper yang best...tapi memang sedap...daging kambing dia lembut...nasi dia panjang2 ...sedappppp

--------------------------

idahani...tulah dia bukan demam aper pon...demam citer korea aje...

Kalau dia tak tolong buat...hmmmm...saper le nak buatkan untuk cik abang tu...dah berkali2 dia ajarkan akak...tapi...akak malas...sebab sya ade...jadi mintak tolong dia buatkan lagi senang

------------------------

Rina...sekretari bekerja dari rumah...hehehehe...anak kecik dia tu memang suka kalau dpt kemari...akak beli lebih bantal2 ni...kalau tak nanti berebut2 masa nak lepak2 tgk tv

-----------------------

en_me...kalau tenet teruk tgk awaktiub tu memang menyakitkan hati...

---------------------

arsaili...nasi ayam feveret anak2 akak jugak

---------------------

sya...dah siap semua hati pun senangkan...

Eh!! Aunty aini ler lagik best...bukan selalu boleh dapat...nasi arab tu senang aje cari kat sini...hehehe

-----------------------

Maksu...betul tu...semuanya kalau dengan keluarga... besssstttt!

----------------------

cutemiut...paling best dpt meluruskan pinggang...heheheh

---------------------

Hahahhaa...mama...beruang kutub suka hibernate eh?

---------------------

Zek zek...alamak...awat tak khabaq kat akak zek zek ade...kalo tak boleh belanja nasi arab...

Biasalah kan...kalau yang dah kendian2 tu...banyak barang2 yang best2 dah abis...

----------------------

Kak Nong...jauhnya perjalanan kak nong....memang meletihkan...tapi dpt golek2 kat chalet sambil meluruskan pinggang yang keletihan seminggu tu...tiada tandingan syoknya kan?...

---------------------

Kadok...sedap betul nasi tu...kena dengan daging kambing tu...perrrrghhh!!

--------------------

ez...berhujung minggu dgn famili memang bessst...!!

------------------------

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails